Sepanjang cuti ni, saya sebuk mem’baby sit’ kan anak sulung akak saya (3 y.o)…time saya kat uia, mak yang mengasuh…sampai kadang2 xsempat nak masak sebab si kecik ni memang banyak kerenah…lauk pon selalu dibeli kat kedai…tp bila saya balek ni tugas mak saya pon dibahagi la…sama ada mak saya yg jga dia n saya yang masak, ataupon saya yang jaga dia n mak saya yang masak…semua ikot kehendak si kecik tu…kadang2 dia nak main ngan saya terpaksa la layan dia n xleh masak…kalo dia nak ngan maktok dia, saya la kena masak…hehe….
Frankly speaking saya bukanlah termasuk kategori pandai masak…setakat cukup2 makan je… resepi pon simple2 n cikai je…hafal dalam kapla otak je…cara orang2 kampung…ni pun mak saya punya cara…die bagitau sekali lalu je sebab nak cepat…untuk makan tengah hari…masa nak masak tu je la dia bagitau cara2nye…kalo saya xcatat macam ni kompem balik cuti pulak dah xingat nak masak pe… takde tengok buku resepi pon…so rase die xde la hebat macam resepi chef wan ke, resepi anita Sarawak ke…cukup sekadar untuk makan ala kadar…ni la orang kata resepi campak2…huhu
Mak memang dari dulu xpernah beli ajinomoto/pasti sedap/apa2 yang sewaktu dengannya…even perencah tomyam ke, kiub sup knorr ke, perencah ape2 ke memang xde kat umah…kecuali perencah serbuk kari tu ade la…kalo xde yang tu xmasak gulai la kat umah ni…hehe…sup bunjut adabi tu pon xde…hehe…memang tradisional giler weh…mak cakap xelok untuk kesihatan…memang pon…so anak die ni pon kene la jadik tradisional jugak…so kalo ade yang try resepi ni, rase xsedap macam kat kedai tu biase la weh…ni memang xde pak aji langsung…hehe…n lagi satu, resepi ni memang resepi nak cepat…sebab nak mengelak si kecik tu datang mangacau kat dapur…time kite nak masak tu la dia nak suruh dukung die sebab nak tengok kite masak ape…aduh…kalo dia ringan xpe jugak kot boleh masak sebelah tangan…haha…tp ape2 pon kerenah dia saya sayang dia sangat2 sebab dia sangat cumil! hehe
Resepi gulai ayam/ikan
1. Tumis halba dgn minyak (ikan) / tumis 4 sekawan dgn minyak (ayam
2. Masukkan 1 paket rempah gulai ayam/ikan + bawang merah +putih yang dikisar
3. Tumis bahan2 tadi hingga naek minyak/kering/naek bau…penting..kalo tak nanti makan akan rase rempah xmasak…
4. Masukkan santan + asam keeping/air asam jawa
5. Masak hingga mendidih
6. Masukkan bahan (ayam/ikan)
7. Masak hingga agak2 ayam/ikan td masak
8. Masukkan timun/tomato (ikut suka)
9. Masukkan garam dan gula secukup rasa
1. Angkat dan hiding
Resepi asam pedas
1. Didihkan air
2. Masukkan cili kering kisar + bawang merah+putih kisar ke dalam air
3. Masukkan asam keping + belacan (sebesar ibu jari/ikut suka)
4. Masukkan daun serai (yang dah di ketuk)
5. Masukkan garam secukup rasa
6. Masukkan ikan
7. Masukkan timun/kacang bendi (ikut suka) + bawang merah + putih yang dipotong 4
8. Angkat dan hiding
Resepi tomyam ayam
1. Rebus ayam, buangkan lemak ayam yg akan terhasil di permukaan air
2. Masukkan carrot, serai yang dah diketuk, lengkuas, asam keping/air limau purut, daun limau purut
3. Dalam kuali lain, tumis cili kering kisar hingga naek minyak/kering/naek bau
4. Tuang cili kering tumis td dalam rebusan ayam
5. Masak hingga mendidih
6. Masukkan sayuran berdaun yg dah dipotong + bawang besar yang dipotong 4
7. Masukkan garam secukup rasa
8. Angkat dan hiding
Resepi sup ayam
1. Rebus ayam, buangkan lemak ayam yg akan terhasil di permukaan air
2. Masukkan 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis)
3. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dipotong
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Angkat dan hiding
6. Hias dengan daun sup (ikut suka)
Resepi nasi ayam (ni selalunye resepi hujung minggu, sebab si kecik tu xdatang so bleh la lame sket kat dapur)
Nasi
1. Rebus ayam (xperlu sampai mendidih), buangkan lemak ayam yg akan terhasil di permukaan air
2. Masukkan 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelage)
3. Tapis ayam yang direbus tadi. Asingkan kuah rebusan dan ayam rebusan
4. Basuh 5 cawan beras hingga bersih dan masak nasik dengan 6 cawan kuah rebusan ayam tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa + daun pandan +sedikit pewarna kuning(ikut suka)
5. Angkat dan hidang
Ayam
1. Ayam rebusan yang separuh masak tadi diperam dengan bahan berikut
a. Bawang merah +putih kisar
b. Kicap masin / garam + kicap manis / gula
c. Serbuk lada hitam
d. Sos tiram / madu (jika ada)
2. Bakar ayam tersebut hingga masak (kejap je agak2, sebab td da rebus)(dalam oven boleh. Tp kat umah saya selalu guna non-stick pan tu, masak atas api sambil bertutup)
3. Angkat dan hidang
Sup
1. lebihan air rebusan ayam tadi dididihkan semula(tambah air jika terlalu sedikit)
2. masukkan garam dan gula secukup rasa
3. angkat dan hidang
Extra (ikut suka)
1. salad yang dipotong dan dibasuh
2. timun yang dipotong dan dibasuh
3. tomato yang dipotong dan dibasuh
4. nenas yang dipotong dan dibasuh
5. hidangkan dengan nasi, ayam dan sup
Resepi nasi minyak (ni tetibe teringin nak makan sebab teringat kat nasik minyak Pak Lah kat Kuantan)
Nasi
1. basuh 5 cawan beras hingga bersih
2. tumis halba dengan minyak sapi hingga naik bau
3. kemudian tumis bawang merah+putih kisar hingga masak
4. masukkan 1cawan susu cair dan sedikit pewarna kuning
5. tutup sekejap api, masukkan 5 cawan beras td
6. masukkan 5 cawan air dan gaul sebati
7. masukkan garam + gula secukup rasa + daun pandan
8. buka semula api, tunggu hingga nasi masak (sambil gaul sekali sekala untuk masak sekata)
9. boleh jugak dimasukkan kismis/biji gajus semasa nasi hampir masak (ikut suka)
Ayam masak merah
1. goreng ayam yang dah digaul dengan serbut kunyit dan garam hingga separuh masak, angkat dan toskan
2. tumis bawang merah + putih kisar, cili kering kisar hingga masak/naek bau/ kering/ naik minyak
3. masukkan sos tomato, garam + gula secukup rasa
4. jika kuah terlalu kering, tambah sedikit air
5. masukkan ayam yang digoreng separuh masak td
6. biarkan mendidih
7. angkat dan hiding
Acar (ikut suka)
1. potong nenas kecil2 dan basuh
2. potong timun nipis2 dan basuh
3. potong cili besar kecil2 dan basuh
4. gaul semua sekata
5. masukkan 1sudu kecil cuka (xnak pon xpe kalo nenas tu masam)
6. masukkan garam + gula secukup rasa
7. hidang bersama nasi dan ayam
Resepi ayam kukus (malas punya pasal)
1. bersihkan ayam
2. perap dengan bahan2 berikut:
a. bawang merah + putih kisar
b. serbuk lada hitam
c. daun serai yang dipotong
d. bawang besar yang dipotong
e. bawang putih yang dipotong
f. halia yang dipotong
g. kicap masin
h. kicap manis
i. sos tiram (jika ada)
j. garam / gula secukup rasa (incase kalo guna salah satu kicap je)
3. kukus ayam tadi dengan bahan2 perap lebih kurang 45 minit
4. angkat dan hidang
Ayam masak kicap
1. goreng ayam yang dah digaul dengan serbut kunyit dan garam hingga separuh masak, angkat dan toskan
2. tumis bawang merah + putih kisar hingga masak/naek bau/ kering/ naik minyak
3. masukkan kicap, garam + gula secukup rasa
4. jika kuah terlalu kering, tambah sedikit air
5. masukkan ayam yang digoreng separuh masak td
6. biarkan mendidih
7. angkat dan hiding
Sayur campur (any sayur pon boleh, ikut suka…tp ni yang selalunya available kat umah…so sy selalu buat ini je)
1. basuh sayur lobak (bahasa suratnye sayur sawi), asingkan batang dan daunnya. Potong kecil2 bagi bahagian yang keras, bahagian daun dipotong sederhana
2. basuh carrot, potong nipis2
3. basuh kubis, potong kecil2 bagi bahagian yang keras, bahagian daun dipotong sederhana
4. potong bawang merah + putih dan cili hidup halus2
5. masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah + putih dan cili hidup
6. masukkan sayur yang keras dulu (batang sawi, kubis, carrot), goreng hingga agak masak
7. masukkan garam + gula secukup rasa
8. masukkan sedikit air (bagi ade kuah sket)
9. masukkan sayur yang lembut (daun sawi, daun kubis)
10. angkat dan hiding
· # saya paling suka makan sayur kacang buncis goreng…cara yang sama, cuma ganti sayur2 kat atas tu ngan kacang buncis dan xpayah letak air…tp sebab mak ayah saya kurang makan sayur kacang buncis (sebab nanti sakit2 sendi), so selalu kat umah memang sayur ni je la
Sup sayur bendi (ni paling simple, yang ayah saya suka makan sebab untuk sejuk badan)
1. sayur bendi dipotong serong2, basuh
2. rebus sayur bendi tadi
3. masukkan asam keping, bawang besar yang dipotong sederhana besar
4. masukkan garam dan gula secukup rasa
5. angkat dan hidang
kerabu mempelam (time ni musim mempelam, so banyak plak mempelam kat umah…kalo yang da masak dimakan begitu sahaja…yang masam xmasak lagi maka menjadi mangsa saya…ngeheee)
1. kupas buah mempelam muda
2. guna pemarut buah (ada ke istilah ni) dan parut isi buah mempelam, bijinya dibuang ye
3. potong cili padi halus2
4. potong bawang besar nipis2
5. campur semua bahan, gaul sebati
6. masukkan garam + gula secukup rasa
7. masukkan udang kering (kalo ada, selalu kat umah saya xde pon bende ni..tp kalo letak lagi sedap)
8. hidang
# kat umah yang memang selalu ade dalam peti – ayam (sebab adik hanya makan ayam – memilih sket budak ni), ikan kembung (kitorang panggil ikan termenung), sayur lobak…jarang ade daging lembu / kambing (sebab mak ayah ade darah tinggi)…kalo ade daging pon selalunye time raye korban…hehe…udang/ketam/sotong pon jarang ade…first sebab agak mahal, so xleh beli selalu…second sebab mak ade arthritis, xleh makan makanan laut sangat…
# selalunye dah dibiasakan dari dulu, mak akan beli bawang besar n putih n halia banyak2, cili kering banyak2…pastu blend bawang besar+bawang putih+halia, n blend jugak cili kering tu, simpan dalam 2 bekas berasingan. Simpan dalam peti ais..bile nak gune terus je ambik untuk masak…selalunye sekali buat bende tu tahan la seminggu….hehe
Resepi ayam /ikan goreng ala x sempat (kalo da memang xsempat sangat or xde mud nak masak ari tu or memang ni je yang ade kat umah sebab xsempat g beli, haha…goreng je la…n masak la sup sayur sket)
1. bersihkan ayam/ikan, gaul dengan garam dan serbuk kunyit
2. goreng ayam/ikan hingga garing, angkat dan tos
3. dengan minyak goreng yang sama, goreng bawang besar yang dipotong nipis, tuangkan ke atas ayam/ikan goreng td
4. angkat dan hidang
haha…giler punya sempoi kan…senarai bahan pon xde…sebab selalunye saya bukan beli bahan bila nak masak bende tu…maen campak je ape yang ada kat umah…dan saya post kat sini sebenarnya sebagai catatan saya so that bila balik cuti pulak tau la ape nak masak…nanti lupa…
hoho…lepas ni sy nak cuba masak resepi yang laen sket…yg kene pakai buku resepi…yang bahan segala bagai…masak lemak cili padi ke, ikan patin masak tempoyak ke, laksa johor ke…bukan pe…nak masak canggih2 ni kene g cari bahan2 kat pasar…amek mase sket…disebabkan kelamkabut ngan kerenah si kecik tu, maka agak terbatas la plan nak try resepi canggih2…mungkin tunggu die besar sket n dah g tadika baru ade masa nak try resepi canggih2…hehe
0 comments:
Post a Comment