Sunday, December 6, 2015

new home for our small family

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah.. alhamdulillah..alhamdulillah... we are about to have a new home for our little family...

our soon to be living room

living room with sky window cewah

mr boss and our soon to be dining / family area

my small n cute kitchen

dry kitchen area

kitchen from other prospective

room 4 - near kitchen - mayb will be utility room or working area

room 3 - guest room

toilet no 2 - guest toilet

room 2 - bilik anak-anak or bilik solat for time being

our spacious masterbedroom

toilet master bedroom

baru je dapat kunci ni.. so kotor lagi... need major clean up and yeay dah bleh start cari idea for deco.. kena pandai bajet duit ni..

huu

will update later after deco

rumah ni terletak di bandar puteri jaya sungai petani, a gated and guarded community, Puteri Residence semi D single storey house. alhamdulillah rezeki kami setakat ni dlu untuk rumah pertama..

till then, see u later insyaAllah

Wednesday, September 30, 2015

Cerita pantang Ummi Zara Zayyana

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, selamat melahirkan baby ke 2, skang masih dalam tempoh cuti confinement..

Tepat hari ketujuh kelahiran 2nd baby, kami sepakat menamakan adik Zara sebagai

Zayyana Aulea

زَيَّانَة = kecantikan

أولياء = para wali

lebih kurang maksudnya kecantikan wali Allah.

mulanya ummi nak namakan Zayyan Auliya.. tapi maktok and makngah komen bunyinya macam keras sikit.. so ummi tambah jadikan Zayyana supaya bunyi lebih lembut, maksud pun xbanyak berubah dari segi bahasa arab. Babah pulak suggest nama Auliya tu dieja dalam rumi sebagai Aulea.. just nak nampak lain sikit je, tapi maksud dalam bahasa arab masih sama.

maka jadilah puteri kedua kami


Zayyana Aulea binti Mohd Sanirol

Alhamdulillah masa tempoh berpantang seminggu pertama, Aulea x banyak kerenah.. tido ja.. kuning pn x tinggi macam zara dlu. just p check up kat kkia sampai hari ke 8, then nurse cakap ok dah, nant depa mai cek kat rumah.

Pantang kali ni ummi pantang sendiri di SP, sebab kesian kat mak yang dh selalu x sihat. lagipun, Zara pn perlukan ummi, kalo ummi pantang di Perlis nak tinggal Zara di SP sedih jgk.. nak bawak Zara balik Perlis pn ummi xmampu nak uruskan both sendri tanpa babah. mak pulak x berapa sihat.. so kesimpulannya, kena kuatkan hati jgk pantang sendiri. alhamdulillah, kakak ipar tinggal dekat saja. hari2 dia yang akan bawakkan makanan pantang. and tolong mandikan baby. Zara babah hantar ke baby sitter siang hari. so ummi bleh focus pada Aulea ja. weekend biasanya kakngah or kak ros akan datang melawat, bawak mak ayah jugak mai tengok cucu baru. weekend jugak biasanya kami ambik maid datang tlg kemas rumah. 

Ummi start berurut pada hari ke 12 macam tu, 3x berselang seli. cucur rambut Aulea pn dengan kakak yang mai mengurut tu pada hari ke 7. cumanya Aqiqah Aulea buat hari ke 21, tu pun minta tlg mak uruskan di Perlis.. upah sembelihan dan masak, pastu agih2kan lauk kambing tu pada sedara mara. xbuat kenduri Aqiqah untuk Aulea sebab xda sapa nak tolong kami kenduri di sini.. xpa, yang penting yang wajib dah terlaksana =)

Masuk minggu kedua Aulea mula dah nangis setiap malam. kami pn xtau kenapa.. start dlm lepas isyak macam tu sampai lah pukul 2, 3 pagi baru dia nak tido.. huhuhu.. ummi la yang penat nak jaga dia. nasib baik ummi tido di bilik ke 2, x la ganggu zara tido ngan babah di master bedroom. kalo tidak dua2 nangis jenuh laa.. haha

towards the end of pantang.. lebih kurang seminggu terakhir tu, dah nak hari raya Qurban. ummi pun dah makin sihat, kami balik ke Perlis, sambung pantang di Perlis sebab lepas raya pn babah outstation ke Langkawi. masa di Perlis, Aulea masih nangis tiap2 malam.. Ada satu malam tu, tokwan ambik dukung dia, dan terus baca yassin. masa tu baru Aulea nak tido. huhu.. disebabkan tu, kak ros pn tolong carikan minyak celak untuk Aulea.. takut kena gangguan. 

Alhamdulillah, lepas pantang mcm tu Aulea dah stable.. x nangis2 dah... lega ummi.

oh ya, alhamdulillah, ummi berjaya fully breastfeed aulea kali ni.. towards the end of cuti confinement pn ummi berjaya kumpul stok ebm yang agak banyak. alhamdulillah.. murah rezeki kali ni. sebabnya, ummi dah belajar kena pam seawal mungkin masa confinement sebab time tu la susu tengah melimpah ruah..

pantang day4

dah start mengepam dari hari ke 4. alhamdulillah medela ni masih berjasa pada tuannya. pantang sendiri kat rumah senang sikit nk mengepam.. xde org nak melawat sangat time weekdays
cukur rambut Aulea hari ke 7

alhamdulillah, surat beranak pun dah didaftarkan nama Zayyana Aulea pada hari ke 7

potong kuku hari ke 7

yeay kepala baru.. haha
set pantang yang ummi gunakan.. kali ni ummi guna NR. seriusly mmg best. Ummi dapat ni dari kawan Ummi, farhana che nik. actually, dia beli untuk pantang anak pertama dia, tp dia x sempat guna langsung sebab anak dia keluar masuk wad. so dia let go kat umi harga rm200. langsung xbukak lg time dia dah post tu. alhamdulillah rezeki baby. set ni mmg sangat membantu umi. phytonatal tu mmg menambahkan susu, dan jugak senang melawaskan. air herbanika tu pn buat bdan segar.

baru 3 hari cukur rambut dh naik anak rambut baru. hehe

Zara tgh bonding time ngan adik

perbandingan muka zara n aulea

Aulea masa check up 1 month time ni dah 5.5 kg

masa balik sambung pantang kat Perlis.. babah outstation.. guna kain pelikat babah selimutkan zara sbb rindu babah

time ni Aulea dah berenti nangis lepas tokwan dok baca yassin. kakak zara datang nk pujuk aulea

bawah : Zara Afreen , atas : Zayyana Aulea
akhirnya ummi habes pantang baru bleh bawak zara n aulea jalan2

babah belanja Blackwood lepas habis pantang

adik lepas pantang.. bawak keluar naik stroller

yeay ummi dah merdeka time ni
lets celebrate my last day of confinement with coffee =)

tu lah serba sedikit cerita pantang ummi untuk Zayyana Aulea. 

till then, jumpa lagi nnt..

Tuesday, August 25, 2015

Alhamdulillah.. Zara dah jadi kakak =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. alhamdulillah...i happily n safely delivered our second daughter on 18 August 2015 on 0942hrs, Elective LSCS at Amanjaya Specialist Centre. Yeay Zara dah jadi kakak..

Xpa lah xda rezeki nak bersalin normal. as long as ummi and baby selamat that is a relief. pada mulanya Dr Halimah (pakar gynae ummi di ASC) mmg bagi kebenaran untuk VBAC (vaginal birth after ceasaerian) sb baby kali ni x breech macam Zara dulu. tapi masa check up dengan KKIA time 37 weeks, Dr pakar dari HSAH detect ummi oligohydramnios (kurang air ketuban). Ummi p cek sekali lagi dengan Dr Halimah, she said masih ada masa kalau nk try spontaneous delivery. mana tau kot 2 3 hari lagi umi sakit nak beranak ka.. tapi tengok2 sampai ke 38 weeks, masih xda tanda-tanda adik baby nak keluar.. contraction pun xda.. Dr Halimah check lg sekali air ketuban masa last check up (17.8.2015), air ketuban macam makin berkurang and paras border line. So dia suggest untuk Elective czer ja the next day sebab kes ummi x boleh induced (due to poor spacing - jarak kelahiran czer terdahulu less than 3 years). maka redhalah kami suami isteri perut ni ditoreh semula untuk keluarkan adik baby...

Balik check up tu, apa lagi.. time tu musim cempedak.. tibai beli cucur cempedak RM5 terus nak melahap sebelum pantang. malam tu pulak hubby bawak p makan Buskin Robbin siap2 sebab nak kena pantang ais 6 bulan.. hahahaha

esoknya, 18.8.2015, lepas hantar zara ke babysitter, kami ke Amanjaya Specialist Centre untuk serah diri untuk pembedahan.. beranak kali ni macam nak p holiday kot... packing barang, xda sakit apa terus serah diri.

Alhamdulillah, husband book bilik yang selesa untuk ummi rehat lepas lahirkan baby. VVIP room yang sangat spacious, utk tetamu yang mai melawat dengan harga cuma macam Single Room (sebab hubby dapat corporate rate company) alhamdulillah, ummi tumpang rezeki baby sebenarnya.


Petang selepas pembedahan selesai. Nurse bawak baby utk bonding n nursing.


hi baby


mak tok sampai petang tu dengan ayah, abg mat n abg buzar+kakros. Mak stay teman ummi malam pertama di ASC. kesian maktok sejuk tido sini. terima kasih mak

second day. bengkak lagi muka i
my view sepanjang 3 hari di ASC VVIP room. alhamdulillah dapat rezeki bilik selesa..

katil orang sakit

baby hamper management ASC datang bagi kat bilik

ruang tetamu. mak tido kat sofa bed ni. Babah bawak zara pn zara main kat area ni. sedara mara datang melawat pn lepak kat sini la. room service pn ada untuk order makanan.

yeay, last day at ASC. i m going back home. welcome home adik baby

Masa ni nama belum finalize untuk baby. InsyaAllah next time ummi akan share cara pantang and nama baby baru ni..

oh ya, not to forget.. today is my father's birthday. Happy Birthday tokwan Ghazali b L Ishak.. Birthday adik baby seminggu ja sebelum birthday tokwan.

till then.. see you later..

Sunday, May 17, 2015

Holiday in Cameron Highlands

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

wahhh.. lama sangat bersawang berdebu blog ni... haha tetiba hari ni teringat nk berblogging semula

yeay... kami bercuti ke Cameron Highlands.. celebrating our anniversary as husband and wife on 17th May. Alhamdulillah it had been a great 2 years of knowing each other and thank you for everything en husband. Kami bertolak ke CH 16 May 2015. Staying at Copthorne hotel. Book through trivago. hehe.

si kecik ni sempat tawaf hotel.. mentang2 dah dapat kaki.. hehe

bilik sebelum disepahkan. haha


our view

gambar air mineral pun nak snap. haha

bergaya tak zara dengan jaket bagai.. haha sejuk kannn

exploring the hotel lobby.. seronok la bulih kaki
ok fine.. ummi dah gemuk.. officially i want to announce that currently i am pregnant with second child. skang dah almost 5 bulan gitu...Zara nk jadi kakak dahhhh.. hehe

at ladang kaktus

Strawberry Farm..dapat jugak yaya berry tu untuk Zara

tengah tunggu order ais krim strawberry

Strawberry Ice Cream dah sampai yeayy

Strawberry Smoothies

Bagi Zara main puas2


near the hotel

Strawberry nyum2...

Alhamdulillah... dapat sambut wedding anniversary ke 2 dengan anak n bakal baby.. Terima kasih untuk segalanya ya Allah...

till then.. jumpa lagi insyaAllah...