Thursday, June 23, 2011

23 : 115-118

Tafsiran surah al-Mukminun (23 : 115-118)

115 : maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
116 : Maka Mahatinggi Allah, Raja yang sebenarnya, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan (yang memiliki) Arsy yang mulia
117 : dan barang siapa menyembah Tuhan yg selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sungguh orang-orang kafir itu tidak akan beruntung
118 : dan katakanlah (Muhammad) “ Ya Tuhanku, berilah ampunan dan (berilah) rahmat, Engkaulah pemberi rahmat yang terbaik”

Ayat di atas dipetik dari surah al-Mukminun, ayat  115-118, yang mana potongan ayat ini juga terkandung dalam Manzil yang dibaca setiap hari. Xtau kenapa saya tertarik dengan ayat ini terutamanya ayat 117 :

“dan barang siapa menyembah Tuhan yg selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sungguh orang-orang kafir itu tidak akan beruntung”

Saya bukanlah pentafsir al-Quran atau ulama yang mahu menetapkan hukum agama, tp ayat ni sedikit sebanyak terkesan di hati saya…kadang kala kita tidak sedar kita telah mensyirikkan Allah…walaupun syirik kecil. Dan perkara ini selalu menjadi kebiasaan masyarakat masa kini. Syirik maksud saya di sini bukanlah kita pergi menyembah berhala atau sewaktu dengannya seperti zaman jahiliyah. Contohnya, ada sesetengah yang terlampau taksub dgn mimpi…percaya bahawa mimpi tu petunjuk tentang sesuatu…namun sebenarnya mimpi cuma mainan tidur…terutamanya kalau tidur yg tidak dijaga. Macammana pula tidur yang dijaga itu? Saya pernah terdengar dalam satu ceramah di TV “Tanyalah Ustaz” yg menyatakan tidur yang dijaga adalah tidur berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Antaranya sebelum tidur membaca 3qul, ayatul Kursi, doa tidur, tidur dalam keadaan berwuduk dan mengiring ke kanan serta mengadap qiblat..andaikan seseorang itu melakukan solat istikharah meminta petunjuk sebelum tidur, maka insyaAllah mimpi yang diperoleh itu mungkin petunjuk dari Allah. Tp seharusnya berhati2 dgn mimpi kerana kadang kala mimpi juga boleh dipengaruhi syaitan. Dan ada seorang sahabat saya pernah memberitahu saya, kita tidak boleh mentafsir mimpi kerana hanya Nabi Yusuf saja yang dikurniakan Allah kebolehan mentafsir mimpi. Hukumnya sama seperti hukum menilik nasib.

Ada juga di kalangan masyarakat kini yang terlampau taksub dgn bomoh dan jin…percaya dengan pertolongan jin melebihi dari pertolongan dari Allah..sedangkan Allah telah berjanji bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia…dan Dialah sebenar2 penolong. Rancangan2 di kaca tv juga banyak memaparkan cerita-cerita berunsurkan tahyul dan meminta pertolongan jin…hampir 90% rancangan TV masa kini berkonsepkan seram…saya sendiri agak terkejut bila menonton tv masa balek bercuti ni…mungkin sudah menjadi trend. Even filem2 terbaru pon banyak berunsurkan seram…xpaham kenapa ini menjadi satu kebiasaan…pd pendapat saya yang cetek ilmu ni, crita2 sebegini xpatot menjadi lambakan…kadang2 memang ada hikmah dan pengajaran di sebalik cerita tersebut…tp ada juga yang kadang kala critanya hampeh. Contoh yg saya pernah tonton : “MA” yg ditayangkan di tvN. Di akhir ceritanya iblis laknatullah  berjaya menewaskan ustaz (apakenamanya xingat) disebabkan janji yang dimaterai antara iblis dan manusia.  Seolah-olah iblis tu lebih berkuasa dari kuasa Allah…xke syirik namanya tu…Memang sangat tidak patot crita macam ni ditayangkan di tv. Bagi yg mengkaji tu baguslah..tp bagaimana pulak bg yang hanya menonton dan menerima bulat2 apa shj yg ditayangkan? Dan bagaimana pula jika yang menonton itu kanak2? Ni sedikit sebanyak boleh merosakkan akal pemikiran mereka. Sedangkan kita tahu janji Allah bahawa tidak ada yang lebih berkuasa daripada-Nya.

Contoh laen seperti filem “S”..saya tau adanya crita ini pon masa tengok “A”. “S” adalah salah satu filem yang ditawarkan untuk “A”. Tp saya xbeli pon citer ni, cuma donlot di youtube je..membazir sebab cite die memang hampeh…mungkin sebab pengarahnya bukan Islam, maka critanya pon xda langsung unsur2 islamic.. pendek kata xda pekdah langsung tengok cite tu…sepanjang cite tu, xde langsung unsur2 nak berdoa ke, baca ayat al-Quran ke atau bersandar pada Allah untuk melawan syaitan..akhirnya semua mangsa mati, dan satu mayat berjaya dihidupkan semula setelah rohnya dipanggil datang…aneh skali bagaimana crita sebegini boleh ditayangkan…huhu~

Ok, kembali pada tajuk asal. Banyak lagi contoh syirik kecil yang kadang kala kita terlepas pandang…minta Allah jauhkan kita dari terjebak dengannya…na’uzubillahi min zalik!

maka perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sungguh orang-orang kafir itu tidak akan beruntung”

“Ya Allah, aku memohon, tetapkanlah hati ini di jalanMu, tetapkan hati ini dengan agamaMu, dan jauhilah aku dari kesesatan yang tidak aku ketahui”

Berkenaan Manzil

Manzil ini merupakan ayat penyembuhan beberapa jenis penyakit zahir dan batin serta pelindung dari serangan sihir atau ilmu syaitan. Manzil ini merupakan bekalan yang ampuh bagi menghadapi segala macam serangan mereka yang berpunca dari sifat mazmumah.

Manzil mengandungi khasiat seta kebaikan bagi mereka yang istiqamah serta tekun mengamalkan. Disebut di dalam hadis sahih yang dicatatkan dalam sebuah kitab “Hayatus-sahabat” (jilid 3, ms 334), bermaksud :
Ubai Ibn Kaab ra meriwayatkan: Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata, “Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit”

“penyakit apa?” bertanya Rasulullah SAW.

“sejenis gila” orang tersebut menjawab

Rasulullah SAW menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian baginda membaca surah al-Fatihah, 4 ayat pertama surah al-Baqarah. Ayat yang bermula dengan Wailahukum ilahun wahid… ayat Kursi dan 2 ayat seterusnya, 3 ayat terakhir surah al-Baqarah, ayat Syahidallah annahu… terakhir dari surah al-Mukminun (Fataalallahu malikul haq….), ayat dari surah al-Jin (Wa annahu ta’ala…), sepuluh ayat pertama surah Wassafat, 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, dan surah an-Nas. Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ, penyakit yang dideritainya hilang.

Menyentuh mengenai fadhilat manzil ini, ia mempunyai banyak kebaikan dan terbukti pada mereka yang mengamalkannya. Dan pengalaman kebanyakan orang yang mengamalkannya, manzil ini sangat mustajab menyembuhkan penyakit khususnya yang ada kaitan dengan sihir dan jin.

Nota kaki:
1.      -  Jom amalkan manzil dan ma’thurat setiap hari!
- Menonton tv/cerita berpada2, selalu refleksi diri dengan apa yang ditonton dan jangan terima bulat2 apa yg dihidangkan. Begitu juga bila mendapat satu perkhabaran, hendaklah dipastikan dulu kebenarannya, sebelum berita tersebut disampaikan kepada orang laen..Wallahua’lam.

0 comments: