Friday, June 24, 2011

Thursday, June 23, 2011

news.... good or bad?

here's d update for week 1 starting 4/7

monday 9-10 briefing dr kais 10-12.30 inventory 2-4.30 inventory
tuesday 9-10 tutorial prof zaihan arifin 10-12.30 g3g4 endo g1g2 FP 2-4.30 vice versa
wednesday 10-12.30 g1g2 FP g3g4 OS 2-4.30 vice versa
thursday 10-12.30 g1g2 endo g3g4 FP 2-4.30 vice versa
friday 10-12.30 perio g1g2 paed g3 2.45-5.00 paed g4
~ and the nitemares begins...rabbi yassir wa la tu'assir....amin~

23 : 115-118

Tafsiran surah al-Mukminun (23 : 115-118)

115 : maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?
116 : Maka Mahatinggi Allah, Raja yang sebenarnya, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan (yang memiliki) Arsy yang mulia
117 : dan barang siapa menyembah Tuhan yg selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sungguh orang-orang kafir itu tidak akan beruntung
118 : dan katakanlah (Muhammad) “ Ya Tuhanku, berilah ampunan dan (berilah) rahmat, Engkaulah pemberi rahmat yang terbaik”

Ayat di atas dipetik dari surah al-Mukminun, ayat  115-118, yang mana potongan ayat ini juga terkandung dalam Manzil yang dibaca setiap hari. Xtau kenapa saya tertarik dengan ayat ini terutamanya ayat 117 :

“dan barang siapa menyembah Tuhan yg selain Allah, padahal tidak ada suatu bukti pun baginya tentang itu, maka perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sungguh orang-orang kafir itu tidak akan beruntung”

Saya bukanlah pentafsir al-Quran atau ulama yang mahu menetapkan hukum agama, tp ayat ni sedikit sebanyak terkesan di hati saya…kadang kala kita tidak sedar kita telah mensyirikkan Allah…walaupun syirik kecil. Dan perkara ini selalu menjadi kebiasaan masyarakat masa kini. Syirik maksud saya di sini bukanlah kita pergi menyembah berhala atau sewaktu dengannya seperti zaman jahiliyah. Contohnya, ada sesetengah yang terlampau taksub dgn mimpi…percaya bahawa mimpi tu petunjuk tentang sesuatu…namun sebenarnya mimpi cuma mainan tidur…terutamanya kalau tidur yg tidak dijaga. Macammana pula tidur yang dijaga itu? Saya pernah terdengar dalam satu ceramah di TV “Tanyalah Ustaz” yg menyatakan tidur yang dijaga adalah tidur berdasarkan sunnah Rasulullah SAW. Antaranya sebelum tidur membaca 3qul, ayatul Kursi, doa tidur, tidur dalam keadaan berwuduk dan mengiring ke kanan serta mengadap qiblat..andaikan seseorang itu melakukan solat istikharah meminta petunjuk sebelum tidur, maka insyaAllah mimpi yang diperoleh itu mungkin petunjuk dari Allah. Tp seharusnya berhati2 dgn mimpi kerana kadang kala mimpi juga boleh dipengaruhi syaitan. Dan ada seorang sahabat saya pernah memberitahu saya, kita tidak boleh mentafsir mimpi kerana hanya Nabi Yusuf saja yang dikurniakan Allah kebolehan mentafsir mimpi. Hukumnya sama seperti hukum menilik nasib.

Ada juga di kalangan masyarakat kini yang terlampau taksub dgn bomoh dan jin…percaya dengan pertolongan jin melebihi dari pertolongan dari Allah..sedangkan Allah telah berjanji bahawa tiada yang lebih berkuasa melainkan Dia…dan Dialah sebenar2 penolong. Rancangan2 di kaca tv juga banyak memaparkan cerita-cerita berunsurkan tahyul dan meminta pertolongan jin…hampir 90% rancangan TV masa kini berkonsepkan seram…saya sendiri agak terkejut bila menonton tv masa balek bercuti ni…mungkin sudah menjadi trend. Even filem2 terbaru pon banyak berunsurkan seram…xpaham kenapa ini menjadi satu kebiasaan…pd pendapat saya yang cetek ilmu ni, crita2 sebegini xpatot menjadi lambakan…kadang2 memang ada hikmah dan pengajaran di sebalik cerita tersebut…tp ada juga yang kadang kala critanya hampeh. Contoh yg saya pernah tonton : “MA” yg ditayangkan di tvN. Di akhir ceritanya iblis laknatullah  berjaya menewaskan ustaz (apakenamanya xingat) disebabkan janji yang dimaterai antara iblis dan manusia.  Seolah-olah iblis tu lebih berkuasa dari kuasa Allah…xke syirik namanya tu…Memang sangat tidak patot crita macam ni ditayangkan di tv. Bagi yg mengkaji tu baguslah..tp bagaimana pulak bg yang hanya menonton dan menerima bulat2 apa shj yg ditayangkan? Dan bagaimana pula jika yang menonton itu kanak2? Ni sedikit sebanyak boleh merosakkan akal pemikiran mereka. Sedangkan kita tahu janji Allah bahawa tidak ada yang lebih berkuasa daripada-Nya.

Contoh laen seperti filem “S”..saya tau adanya crita ini pon masa tengok “A”. “S” adalah salah satu filem yang ditawarkan untuk “A”. Tp saya xbeli pon citer ni, cuma donlot di youtube je..membazir sebab cite die memang hampeh…mungkin sebab pengarahnya bukan Islam, maka critanya pon xda langsung unsur2 islamic.. pendek kata xda pekdah langsung tengok cite tu…sepanjang cite tu, xde langsung unsur2 nak berdoa ke, baca ayat al-Quran ke atau bersandar pada Allah untuk melawan syaitan..akhirnya semua mangsa mati, dan satu mayat berjaya dihidupkan semula setelah rohnya dipanggil datang…aneh skali bagaimana crita sebegini boleh ditayangkan…huhu~

Ok, kembali pada tajuk asal. Banyak lagi contoh syirik kecil yang kadang kala kita terlepas pandang…minta Allah jauhkan kita dari terjebak dengannya…na’uzubillahi min zalik!

maka perhitungannya hanya pada Tuhannya. Sungguh orang-orang kafir itu tidak akan beruntung”

“Ya Allah, aku memohon, tetapkanlah hati ini di jalanMu, tetapkan hati ini dengan agamaMu, dan jauhilah aku dari kesesatan yang tidak aku ketahui”

Berkenaan Manzil

Manzil ini merupakan ayat penyembuhan beberapa jenis penyakit zahir dan batin serta pelindung dari serangan sihir atau ilmu syaitan. Manzil ini merupakan bekalan yang ampuh bagi menghadapi segala macam serangan mereka yang berpunca dari sifat mazmumah.

Manzil mengandungi khasiat seta kebaikan bagi mereka yang istiqamah serta tekun mengamalkan. Disebut di dalam hadis sahih yang dicatatkan dalam sebuah kitab “Hayatus-sahabat” (jilid 3, ms 334), bermaksud :
Ubai Ibn Kaab ra meriwayatkan: Sewaktu bersama Rasulullah SAW, seorang badwi telah datang kepada baginda dan berkata, “Ya Rasulullah, saya mempunyai seorang saudara yang ditimpa penyakit”

“penyakit apa?” bertanya Rasulullah SAW.

“sejenis gila” orang tersebut menjawab

Rasulullah SAW menyuruh orang itu membawa saudaranya. Kemudian baginda membaca surah al-Fatihah, 4 ayat pertama surah al-Baqarah. Ayat yang bermula dengan Wailahukum ilahun wahid… ayat Kursi dan 2 ayat seterusnya, 3 ayat terakhir surah al-Baqarah, ayat Syahidallah annahu… terakhir dari surah al-Mukminun (Fataalallahu malikul haq….), ayat dari surah al-Jin (Wa annahu ta’ala…), sepuluh ayat pertama surah Wassafat, 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq, dan surah an-Nas. Selepas itu orang yang berpenyakit itu bangun dan pergi dari situ, penyakit yang dideritainya hilang.

Menyentuh mengenai fadhilat manzil ini, ia mempunyai banyak kebaikan dan terbukti pada mereka yang mengamalkannya. Dan pengalaman kebanyakan orang yang mengamalkannya, manzil ini sangat mustajab menyembuhkan penyakit khususnya yang ada kaitan dengan sihir dan jin.

Nota kaki:
1.      -  Jom amalkan manzil dan ma’thurat setiap hari!
- Menonton tv/cerita berpada2, selalu refleksi diri dengan apa yang ditonton dan jangan terima bulat2 apa yg dihidangkan. Begitu juga bila mendapat satu perkhabaran, hendaklah dipastikan dulu kebenarannya, sebelum berita tersebut disampaikan kepada orang laen..Wallahua’lam.

rahsia solat di awal waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

  • Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
  • Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?
  • Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita
  • Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
  • Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

sumber : pakarhowto.com/rahsia/rahsia-solat-di-awal-waktu.html

eh??

Eh…da tinggal seminggu je nak balek UIA? Cepatnye masa berlalu…kene buat post mortem sket berkualitikah masa yang dihabeskan di rumah…

Alhamdulillah…banyak jugak da buat rupanya…walopun bukan hari2 bleh istiqamah…tp saya berazam untuk mengistiqamahkan bende2 ni...tp ade jugak yang belum terlunas… xpa, pelan2 kayuh…it takes a lifetime…bukannya untuk masa ni saja…
  
Tp dalam pada tu pon, TV xtinggal jugak…hehe…banyak sangat sinetron skang ni… kadang kompius jugak…ade kat Msia ke kat Indon ni…xlayan sangat pon ekceli…tp sebab da TV selalu terbukak, terrrrlayan la jugak (alasan je tu…). Tp paling best sebab boleh layan CSI…walopon tau je giler tipu la polis bleh siasat sampai macam tu skali…tp xkesah la kene tipu pon, janji enjoy…xde la bleh ikot every series pon, sebab timing CSI selalu clash ngan cite2 melayu yg mak nak tengok…ada masa time remote tu berjaya dikonker, maka CSI pon berlayarlah di kaca TV…entahlah…da lama sangat xtengok TV sejak masuk Kuantan…ape2 cite kat TV tu layan je…kartun pon boleh…huhu…

Internet pon best bile balek umah…sebab ape? Sebab laju…nak banding ngan wifi kat uia yg gile lembap time sume orang ade tu…hehe…ape lg…donlot macam2 la bila da balek…isk2…memang xleh lari la ngan aktiviti mendonlot ni…

baru-baru ni tetibe teringat nak  menggoogle name "jarque"...haha...rupanya jarque ni name sorang pemain bola sepak arsenal Dani Jarque...tp die dah meninggal sebab serangan jantung lebih kurang setahun lepas...sebenarnya nama jarque ni panggilan dari sorang kawan...tp bila dah lama2 ramai pulak yang panggil saya jarque...asalnya saya cuma biasakan dgn panggilan "Jaq" singkatan pada Hajaq (bahasa utara)...lama2 nama "jarque" ni pon da jadi trademark saya...huhu...tp saya xpasti apa hukumnya kalo saya masih gunakan nama ini as nickname...

Pentingnya Ilmu Pengetahuan

Imam  Hasan  al-Bashri  memperingatkan  orang yang  tekun beribadah dan beramal, tetapi tidak membentenginya dengan  ilmu  pengetahuan  dan  pemahaman.   Dia   mengucapkan perkataan yang sangat dalam artinya,

   "Orang yang beramal tetapi tidak disertai dengan ilmu pengetahuan tentang itu, bagaikan orang yang melangkahkan kaki tetapi tidak meniti jalan yang benar. Orang yang melakukan sesuatu tetapi tidak memiliki pengetahuan tentang sesuatu itu, maka dia akan membuat kerusakan yang lebih banyak daripada    perbaikan yang dilakukan. Carilah ilmu selama ia tidak mengganggu ibadah yang engkau lakukan. Dan beribadahlah selama ibadah itu tidak mengganggu pencarian ilmu pengetahuan. Karena ada sebagian kaum Muslimin yang melakukan ibadah, tetapi mereka meninggalkan ilmu pengetahuan, sehingga mereka keluar dengan pedang mereka untuk membunuh umat Muhammad saw. Kalau mereka mau mencari ilmu pengetahuan, niscaya mereka tidak akan melakukan seperti apa yang mereka  lakukan itu."

Kepentingan Ilmu Pengetahuan dalam Kehakiman

Dalam  sebuah  hadits  yang  diriwayatkan  oleh  Buraidah dari Rasulullah saw bersabda,

   "Ada tiga golongan hakim. Dua golongan berada di neraka, dan satu golongan lagi berada di surga. Yaitu seorang yang mengetahui kebenaran kemudian dia membuat keputusan hukum dengan kebenaran itu, maka dia berada di surga. Seorang yang memberikan keputusan hukum yang didasarkan atas kebodohannya, maka dia berada di neraka. Kemudian seorang yang mengetahui kebenaran   tetapi dia melakukan kezaliman dalam membuat keputusan hukum, maka dia berada di neraka."

Dipetik dari:
FIQH PRIORITAS
Sebuah Kajian Baru Berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah
Dr. Yusuf Al Qardhawy

 
 
 
 
 

7 Kalimat Untuk Diamalkan

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

3 perkara kabulkan doa

Ketika Hajjaj Ibnu Yusuf As Saqafi pergi ke kota Basrah,berita kedatangannya telah diketahui oleh penduduk Basrah.Lalu mereka pergi mengadap Imam Hassan Aal Basri untuk mengadu.Dan mereka juga mengajak Imam Hassan Al Basri untuk membunuhnya.
Dengan tenang Imam Hassan Aaal Basri berkata:

"Anggaplah kamu semua menang dan berhasil membunuhnya.Tetapi ketahuilah di bumi ALLAH ini tidak sedikit orang-orang seperti Hajjaj,bahkan tidak mustahil akan lahir orang yg.lebih kejam dan lebih buruk daripadanya".

Mendengar ucapan Imam Hassan Al Basri tersebut,mereka berkata:

"Kalau begitu apa yang harus kami lakukan?"

"Pulanglah kamu semua!Bersihkan hartamu dari yang haram.Dan kembalikan kepada yang berhak.Bila kalian tidak tahu siapa pemiliknya,bawalah ke masjid untuk bersedekah kpd.orang-orang fakir dan miskin.Dan barang siapa yang memelihara isteri yang haram(perempuan simpanan),hendaklah ia melepaskannya.

Tapi barang siapa yang mampu menjadikannya isteri yang sah,lakukanlah.Dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH Azza Wa Jalla.Banyak-banyak ber'iktikaf di masjid,beribadah dan membaca Qur'an sehingga ALLAH membuka kesusahanmu."

Pulanglah penduduk Basrah setelah mereka mendengar nasihat Imam Hassan Al Basri.Mereka segera melaksanakan pesanan dan nasihat tersebut.Tidak lama kemudian,datanglah berita bahawa Hajjaj telah pulang.

"Aku tahu ia akan segera pulang!",ucap Imam Hassan Al Basri setelah mendengar berita kepulangan Hajjaj.

"Bagaimana tuan guru boleh mengetahuinya?",tanya mereka.

"Seorang hamba ALLAH jika melaksanakan 3 perkara yang telah aku sarankan,nescaya ALLAH akan memperkenankan doanya". 

Pengajaran :
3 syarat doa terkabul ialah :
1-Bersihkan harta dari yang haram.
2-Jauhkan diri dan jangan menghampiri ZINA.
3-Bertaubat selalu.

Wednesday, June 22, 2011

hadith pilihan hari ini

Bab Menjaga hati 

 عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ
 سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم یَقُوْلُ:
إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ
لا یَعْلَمُهُنَّ كَثِيْرمِنَ النَّاسِ
فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ
وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ
وَقَعَ فِي الحَرَامِ كَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ
أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى
أَلاَ وَإِ نحِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ
أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ
وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَد الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ
رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat  maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.  Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak,  maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis sahih riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim        

Tuesday, June 21, 2011

resepi campak-campak

Sepanjang cuti ni, saya sebuk mem’baby sit’ kan anak sulung akak saya (3 y.o)…time saya kat uia, mak yang mengasuh…sampai kadang2 xsempat nak masak sebab si kecik ni memang banyak kerenah…lauk pon selalu dibeli kat kedai…tp bila saya balek ni tugas mak saya pon dibahagi la…sama ada mak saya yg jga dia n saya yang masak, ataupon saya yang jaga dia n mak saya yang masak…semua ikot kehendak si kecik tu…kadang2 dia nak main ngan saya terpaksa la layan dia n xleh masak…kalo dia nak ngan maktok dia, saya la kena masak…hehe….

Frankly speaking  saya bukanlah termasuk kategori pandai masak…setakat cukup2 makan je… resepi pon simple2 n cikai je…hafal dalam kapla otak je…cara orang2 kampung…ni pun mak saya punya cara…die bagitau sekali lalu je sebab nak cepat…untuk makan tengah hari…masa nak masak tu je la dia bagitau cara2nye…kalo saya xcatat macam ni kompem balik cuti pulak dah xingat nak masak pe… takde tengok buku resepi pon…so rase die xde la hebat macam resepi chef wan ke, resepi anita Sarawak ke…cukup sekadar untuk makan ala kadar…ni la orang kata resepi campak2…huhu
Mak memang dari dulu xpernah beli ajinomoto/pasti sedap/apa2 yang sewaktu dengannya…even perencah tomyam ke, kiub sup knorr ke, perencah ape2 ke memang xde kat umah…kecuali perencah serbuk kari tu ade la…kalo xde yang tu xmasak gulai la kat umah ni…hehe…sup bunjut adabi tu pon xde…hehe…memang tradisional giler weh…mak cakap xelok untuk kesihatan…memang pon…so anak die ni pon kene la jadik tradisional jugak…so kalo ade yang try resepi ni, rase xsedap macam kat kedai tu biase la weh…ni memang xde pak aji langsung…hehe…n lagi satu, resepi ni memang resepi nak cepat…sebab nak mengelak si kecik tu datang mangacau kat dapur…time kite nak masak tu la dia nak suruh dukung die sebab nak tengok kite masak ape…aduh…kalo dia ringan xpe jugak kot boleh masak sebelah tangan…haha…tp ape2 pon kerenah dia saya sayang dia sangat2 sebab dia sangat cumil! hehe

Resepi gulai ayam/ikan
1.       Tumis halba dgn minyak (ikan) / tumis 4 sekawan dgn minyak (ayam
2.       Masukkan 1 paket rempah gulai ayam/ikan + bawang merah +putih yang dikisar
3.       Tumis bahan2 tadi hingga naek minyak/kering/naek bau…penting..kalo tak nanti makan akan rase rempah xmasak…
4.       Masukkan santan + asam keeping/air asam jawa
5.       Masak hingga mendidih
6.       Masukkan bahan (ayam/ikan)
7.       Masak hingga agak2 ayam/ikan td masak
8.       Masukkan timun/tomato (ikut suka)
9.       Masukkan garam dan gula secukup rasa
1.   Angkat dan hiding

Resepi asam pedas
1.       Didihkan air
2.       Masukkan cili kering kisar + bawang merah+putih kisar ke dalam air
3.       Masukkan asam keping  + belacan (sebesar ibu jari/ikut suka)
4.       Masukkan daun serai (yang dah di ketuk)
5.       Masukkan garam secukup rasa
6.       Masukkan ikan
7.       Masukkan timun/kacang bendi (ikut suka) + bawang merah + putih yang dipotong 4
8.       Angkat dan hiding

Resepi tomyam ayam
1.       Rebus ayam, buangkan lemak ayam yg akan terhasil di permukaan air
2.       Masukkan carrot, serai yang dah diketuk, lengkuas, asam keping/air limau purut, daun limau purut
3.       Dalam kuali lain, tumis cili kering kisar hingga naek minyak/kering/naek bau
4.       Tuang cili kering tumis td dalam rebusan ayam
5.       Masak hingga mendidih
6.       Masukkan sayuran berdaun yg dah dipotong + bawang besar yang dipotong 4
7.       Masukkan garam secukup rasa
8.       Angkat dan hiding

Resepi sup ayam
1.       Rebus ayam, buangkan lemak ayam yg akan terhasil di permukaan air
2.       Masukkan 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis)
3.       Masukkan bawang besar dan bawang putih yang dipotong
4.       Masukkan garam  dan gula secukup rasa
5.       Angkat dan hiding
6.       Hias dengan daun sup (ikut suka)

Resepi nasi ayam (ni selalunye resepi hujung minggu, sebab si kecik tu xdatang so bleh la lame sket kat dapur)

Nasi
1.       Rebus ayam (xperlu sampai mendidih), buangkan lemak ayam yg akan terhasil di permukaan air
2.       Masukkan 4 sekawan (bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelage)
3.       Tapis ayam yang direbus tadi. Asingkan kuah rebusan dan ayam rebusan
4.       Basuh 5 cawan beras hingga bersih dan masak nasik dengan 6 cawan kuah rebusan ayam tadi. Masukkan garam dan gula secukup rasa + daun pandan +sedikit pewarna kuning(ikut suka)
5.       Angkat dan hidang

Ayam
1.       Ayam rebusan yang separuh masak tadi diperam dengan bahan berikut
a.       Bawang merah +putih kisar
b.      Kicap masin / garam + kicap manis / gula
c.       Serbuk lada hitam
d.      Sos tiram / madu (jika ada)
2.       Bakar ayam tersebut hingga masak (kejap je agak2, sebab td da rebus)(dalam oven boleh. Tp kat umah saya selalu guna non-stick pan tu, masak atas api sambil bertutup)
3.       Angkat dan hidang

Sup
1.       lebihan air rebusan ayam tadi dididihkan semula(tambah air jika terlalu sedikit)
2.       masukkan garam dan gula secukup rasa
3.       angkat dan hidang

Extra (ikut suka)
1.       salad yang dipotong dan dibasuh
2.       timun yang dipotong dan dibasuh
3.       tomato yang dipotong dan dibasuh
4.       nenas yang dipotong dan dibasuh
5.       hidangkan dengan nasi, ayam dan sup

Resepi nasi minyak (ni tetibe teringin nak makan sebab teringat kat nasik minyak Pak Lah kat Kuantan)

Nasi
1.       basuh 5 cawan beras hingga bersih
2.       tumis halba dengan minyak sapi hingga naik bau
3.       kemudian tumis bawang merah+putih kisar hingga masak
4.       masukkan 1cawan susu cair dan sedikit pewarna kuning
5.       tutup sekejap api, masukkan 5 cawan beras td
6.       masukkan 5 cawan air dan gaul sebati
7.       masukkan garam + gula secukup rasa + daun pandan
8.       buka semula api, tunggu hingga nasi masak (sambil gaul sekali sekala untuk masak sekata)
9.       boleh jugak dimasukkan kismis/biji gajus semasa nasi hampir masak (ikut suka)

Ayam masak merah
1.       goreng ayam yang dah digaul dengan serbut kunyit dan garam hingga separuh masak, angkat dan toskan
2.       tumis bawang merah + putih kisar, cili kering kisar hingga masak/naek bau/ kering/ naik minyak
3.       masukkan sos tomato, garam + gula secukup rasa
4.       jika kuah terlalu kering, tambah sedikit air
5.       masukkan ayam yang digoreng separuh masak td
6.       biarkan mendidih
7.       angkat dan hiding

Acar  (ikut suka)
1.       potong nenas kecil2 dan basuh
2.       potong timun nipis2 dan basuh
3.       potong cili besar kecil2 dan basuh
4.       gaul semua sekata
5.       masukkan 1sudu kecil cuka (xnak pon xpe kalo nenas tu masam)
6.       masukkan garam + gula secukup rasa
7.       hidang bersama nasi dan ayam

Resepi ayam kukus (malas punya pasal)
1.       bersihkan ayam
2.       perap dengan bahan2 berikut:
a.       bawang merah + putih kisar
b.      serbuk lada hitam
c.       daun serai yang dipotong
d.      bawang besar yang dipotong
e.      bawang putih yang dipotong
f.        halia yang dipotong
g.       kicap masin
h.      kicap manis
i.         sos tiram (jika ada)
j.        garam / gula secukup rasa (incase kalo guna salah satu kicap je)
3.       kukus ayam tadi dengan bahan2 perap lebih kurang 45 minit
4.       angkat dan hidang

Ayam masak kicap
1.       goreng ayam yang dah digaul dengan serbut kunyit dan garam hingga separuh masak, angkat dan toskan
2.       tumis bawang merah + putih kisar hingga masak/naek bau/ kering/ naik minyak
3.       masukkan kicap, garam + gula secukup rasa
4.       jika kuah terlalu kering, tambah sedikit air
5.       masukkan ayam yang digoreng separuh masak td
6.       biarkan mendidih
7.       angkat dan hiding

Sayur campur (any sayur pon boleh, ikut suka…tp ni yang selalunya available kat umah…so sy selalu buat ini je)
1.       basuh sayur lobak (bahasa suratnye sayur sawi), asingkan batang dan daunnya. Potong kecil2 bagi bahagian yang keras, bahagian daun dipotong sederhana
2.       basuh carrot, potong nipis2
3.       basuh kubis, potong kecil2 bagi bahagian yang keras, bahagian daun dipotong sederhana
4.       potong bawang merah + putih dan cili hidup halus2
5.       masukkan sedikit minyak, tumis bawang merah + putih dan cili hidup
6.       masukkan sayur yang keras dulu (batang sawi, kubis, carrot), goreng hingga agak masak
7.       masukkan garam + gula secukup rasa
8.       masukkan sedikit air (bagi ade kuah sket)
9.       masukkan sayur yang lembut (daun sawi, daun kubis)
10.   angkat dan hiding
·         # saya paling suka makan sayur kacang buncis goreng…cara yang sama, cuma ganti sayur2 kat atas tu ngan kacang buncis dan xpayah letak air…tp sebab mak ayah saya kurang makan sayur kacang buncis (sebab nanti sakit2 sendi), so selalu kat umah memang sayur ni je la

Sup sayur bendi (ni paling simple, yang ayah saya suka makan sebab untuk sejuk badan)
1.       sayur bendi dipotong serong2, basuh
2.       rebus sayur bendi tadi
3.       masukkan asam keping, bawang besar yang dipotong sederhana besar
4.       masukkan garam dan gula secukup rasa
5.       angkat dan hidang

kerabu mempelam (time ni musim mempelam, so banyak plak mempelam kat umah…kalo yang da masak dimakan begitu sahaja…yang masam xmasak lagi maka menjadi mangsa saya…ngeheee)
1.       kupas buah mempelam muda
2.       guna pemarut buah (ada ke istilah ni) dan parut isi buah mempelam, bijinya dibuang ye
3.       potong cili padi halus2
4.       potong bawang besar nipis2
5.       campur semua bahan, gaul sebati
6.       masukkan garam + gula secukup rasa
7.       masukkan udang kering (kalo ada, selalu kat umah saya xde pon bende ni..tp kalo letak lagi sedap)
8.       hidang
# kat umah yang memang selalu ade dalam peti – ayam (sebab adik hanya makan ayam – memilih sket budak ni), ikan kembung (kitorang panggil ikan termenung), sayur lobak…jarang ade daging lembu / kambing (sebab mak ayah ade darah tinggi)…kalo ade daging pon selalunye time raye korban…hehe…udang/ketam/sotong pon jarang ade…first sebab agak mahal, so xleh beli selalu…second sebab mak ade arthritis, xleh makan makanan laut sangat…
# selalunye dah dibiasakan dari dulu, mak akan beli bawang besar n putih n halia banyak2, cili kering banyak2…pastu blend bawang besar+bawang putih+halia, n blend jugak cili kering tu, simpan dalam 2 bekas berasingan. Simpan dalam peti ais..bile nak gune terus je ambik untuk masak…selalunye sekali buat bende tu tahan la seminggu….hehe

Resepi ayam /ikan goreng ala x sempat (kalo da memang xsempat sangat or xde mud nak masak ari tu or memang ni je yang ade kat umah sebab xsempat g beli, haha…goreng je la…n masak la sup sayur sket)
1.       bersihkan ayam/ikan, gaul dengan garam dan serbuk kunyit
2.       goreng ayam/ikan  hingga garing, angkat dan tos
3.      dengan minyak goreng yang sama, goreng bawang besar yang dipotong nipis, tuangkan ke atas ayam/ikan goreng td
4.       angkat dan hidang

haha…giler punya sempoi kan…senarai bahan pon xde…sebab selalunye saya bukan beli bahan bila nak masak bende tu…maen campak je ape yang ada kat umah…dan saya post kat sini sebenarnya sebagai catatan saya so that bila balik cuti pulak tau la ape nak masak…nanti lupa…

hoho…lepas ni sy nak cuba masak resepi yang laen sket…yg kene pakai buku resepi…yang bahan segala bagai…masak lemak cili padi ke, ikan patin masak tempoyak ke, laksa johor ke…bukan pe…nak masak canggih2 ni kene g cari bahan2 kat pasar…amek mase sket…disebabkan kelamkabut ngan kerenah si kecik tu, maka agak terbatas la plan nak try resepi canggih2…mungkin tunggu die besar sket n dah g tadika baru ade masa nak try resepi canggih2…hehe

Sunday, June 19, 2011

half-day out

sudah lama xjumpa sorang sahabat ni...masing2 sibuk dengan hal masing2...tp dialah sahabat saya dari sekolah rendah, sekolah menengah, satu matrikulasi dan satu universiti...tp jurusan kami berbeza...memang banyak kenangan kami bersama...tp sejak masing2 terpisah sebab berlainan jurusan, masa begitu membataskan pertemuan...hinggalah saya mendapat berita dia akan sambung belajar master ke Australia bulan depan..dan di kesempatan cuti yang da nak habes ni la saya sempat jugak jumpa dia...alhamdulillah...sejuk mata memandang dia yang xpernah berubah dari dulu hingga sekarang...dia masih macam dulu, tampak selesa berbaju kurung dan bertudung labuh...malah wajahnya juga sejuk dipandang...bicaranya juga sederhana, x terlalu perlahan dan x terlalu kuat...masih lembut macam dulu...rasa sangat bertuah ada kawan seperti dia...dan sebenarnya tetiba hati ini terdetik untuk jadik macam dia...hehe...bagi sesiapa yang kenal saya mungkin rasa xpercaya saya akan berubah macam dia...hehe...bukan ape...saya ni nak kate lemah lembut tu tak la sangat...nak kata kasar pon xlah jugak...tp saya lebih selesa ber-T-shirt labuh dan berseluar panjang...tudung pula bukanlah tudung labuh bulat...saya masih memakai tudung 3 segi, tp lebih besar berbanding tudung bawal...jarang sekali saya akan berbaju kurung..kecuali untuk majlis2 rasmi...hehe...kadang-kadang cara percakapan pon bukannya macam perempuan melayu terakhir...loyar buruk je lebih...hehe...sebenarnya ada cita2 nak berubah...tp perlahan-lahan kot...

dan sebenarnya ada perubahan dalam diri ini...kalo nak dibandingkan dgn saya yang dahulu...saya bersyukur Allah temukan saya dengan kawan2 yang baik...dan Allah berikan saya hidayah untuk berubah...tp perubahan yang dialami beransur-ansur...dan saya berazam untuk meningkatkan lagi perubahan itu menjadi lebih baik..insyaAllah...saya berdoa moga Allah murahkan rezeki saya...amin

cuma ada satu kelemahan saya yang sampai sekarang saya belum berpuas ati...saya ni cepat melenting sket...hehe...kadang-kadang saya tahu orang tu cuma nak bergurau,,,tp saya selalu take it seriously...buruk kan perangai ni? ish ish ish...ok hajar...lepas ni rileks sket...chill...jangan cepat marah...sebabnya marah tu amalan syaitan...kadang2 saya rase banyak juga orang yang mungkin terasa bila saya marah...upss...lepas dah reda marah tu mula la rasa bersalah giler2...maaf ye kawan2...saya akan cuba berubah...

entah ape saya merepek ni kan...ok la...skang nak g makan mee kuah yang mak buat...nyum2...oh...ari ni saya makan sangat banyak...td kuar ngan kawan saya tu dia blanja KFC plak...hehe...gemok la cuti2 ni....

Saturday, June 18, 2011

assalamualaikum...

hai..this is me hajarhanim...tatau la da blog keberape yg saya da buat ni...n tatau jugak lame mane plak blog ni bleh bertahan...hehe...bukan pe..sebelum ni tatau nak coret conteng ape ngan blog ni...slalu pun hangat2 taik ayam je buat blog...tp insyaAllah...next year akan bergelar final year student in Kulliyyah of Dentistry IIUM...kalo bleh...setiap pengalaman sebagai student di saat2 akhir ni la saya nk coretkan buat kenangan...at least nanti bile da besar panjang bleh gelak berguling2 bile bace amende yg saya mengarut ni...(mcm la skang ni budak lg)...huhu

ari ni ari sabtu, 18 june 2011...ade lebih kurang 2 minggu lg nak balek ke UIA...alhamdulillah...cuti 2 bulan ni banyak masa berkualiti saya bersama family...ye la...susah ooo nak dapat cuti bile da masuk blaja...ni la cuti paling panjang kuliyah pernah kasik...alhamdulillah...

sepanjang cuti ni banyak perkara yang saya muhasabah...dan alhamdulillah...hampir 80% azam sy masa cuti ni tercapai...dan banyak amalan baru yang saya praktikkan sepanjang cuti ni...insyaAllah...saya berazam bende2 negatif dalam kepala ni saya nak buang jauh2...n nak masuk 5th year dengan azam baru...yeay! doakan saya dan kawan2 ye...