Puding Karamel Cik Jarque |
Bahan A
- gula pasir 2 senduk (senduk nasi yang plastik tu je)
- sedikit air
Bahan B
- 1 paket serbuk agar-agar (10g)
- 4 cawan air
- 1 senduk gula (asalnya 2 1/2 senduk - mmm diabetes la kalo cenggini)
Bahan C
- 1 tin susu cair
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 penutup esen vanilla
Cara-cara membuat
1. Bahan A dijadikan keramel. Masak gula hingga cair dalam kuali panas sampai sedikit kuning, kemudian tuangkan sedikit air. Tuangkan karamel ke dalam loyang dan ketepikan.
2. Bahan C - campurkan kesemua bahan sehingga sebati
3. Bahan B - 1 paket serbuk agar-agar di masak dengan 4 cawan air hingga mendidih dan larut. Kemudian masukkan gula hingga larut.
4. Setelah bahan B siap, campurkan bahan C kedalam bahan B. Kacau hingga adunan sedikit pekat (dalam 5 minit)
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi karamel td.
6. Masukkan dalam peti sejuk untuk rasa yg lebih enak!
this one yang third time saya buat. letak dalam bekas plastik kecik2 ni senang anak2 buah nak makan...hehe |
0 comments:
Post a Comment