Tuesday, November 6, 2012

Hong Kong Part I

Assalamualaikum...

Cuti-cuti mcm ni rasa rindu pulak zmn universiti... saya merupakan seorang kutu rayau dan suka melancong sebenarnya...nak-nak lagi kalau ngan kawan-kawan...if ada masa cuti ja mesti kitorang plan g mana-mana...tambah lagi if nak release stress after too much classes and clinics or nak release tension after exam... x salah kan if nak reward diri sendiri dengan kepuasan melancong...=)

Antara tempat paling jauh saya penah pergi adalah Hong Kong which was during my 4th year (2011) in Dentistry UIA.. saya ke sana kerana menjalani elective posting programme di Prince Philip Dental Hospital (PPDH), HK University yang mana program ini untuk semua student dentistry tahun 4, cumanya kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil dan boleh membuat pilihan tempat yang diingini……program tu berlangsung selama 2 minggu. Semasa program ni, kami seramai 7 orang dengan seorang pensyarah pengiring bertindak sebagai observer sahaja. We joined some of their classes and their clinical sessions.. actually program ni diadakan so that kami dapat belajar sistem pendidikan pergigian di university lain, di samping dapat bersuai-kenal ngan pelajar2 dentistry di sana...apa lagi, sambil menyelam minum ayaq, sambil berprogram kita merayap...=p

ni la PPDH..first time sampai xsangka di dental hospital...pintu masuk dia kat ruang atas tu, dekat mamat yang tengah berjalan sorang-sorang tu...actually bangunan kt HK ni padat-padat n rapat-rapat. Jalan raya pun muat-muat je dua kereta lalu...nak banding kat Malaysia ni, dental faculty selalunya dalam main university kan..tp tidak bagi PPDH.. dental fac dia tengah2 bandar sorang-sorang.
Faculty of Dentistry, The University of Hong Kong

Kadang-kadang rindu plak suasana masa kat HK.. first time sampai sana dulu seriously rasa nak balik gila-gila… biasala, xpernah pergi jauh sangat..HK ni bleh dikatakan negara tangga…kat mana2 pun penuh ngan tangga yang tinggi-tinggi…memang mencabar la sebab hari-hari jalan nak ke mana-mana pun mesti jumpa tangga.

sementara ambik nafas sebab penat panjat tangga =p

seeee...told ya..
Orang-orang kat HK ni senang bergerak dengan hanya berjalan kaki dan public transport.. bagi umat Islam mcm kitorang yang baru sampai HK ni mungkin agak susah nak cari makanan2 halal. So we chose to cook our own food. 
this one only for breakfast..

jeng jeng jeng

sayur campur...seriusly sayur-mayur kat HK ni murah-murah n segar gila...paling suka beli broccoli ...

dinner time!! hasil kerjasama beramai-ramai

telur dadar 

sotong masak kicap. kicap kat HK ni kebanyakannya kicap manis...boleh beli kat groceries yang jual  barangan imported from Indon...sebab ada tanda halal..yang lain kitorang x berani beli
nih dapur tempat kitorang masak...betul2 depan stove tu pintu masuk toilet..ruang antara dapur n toilet tu cuma muat sorang lalu...so bleh bayang x besar mane je dapur tu..haha...btw, apartment yang kitorang duduk tu sebenarnya kecik gila...bleh kata bilik sewa sebenarnya...tp lengkap la jugak dengan kemudahan asas..ada double bed 1, sofa untuk 2 orang sebijik, dapur, toilet n meja kerja...kitorang 8 orang termasuk Dr Koh belasah je tido bergelimpangan dalam bilik tu

haha...this one nasi goreng for breakfast masa first weekend..at first masing-masing bawak bekalan makanan mentah nk masak (perencah nasi goreng/garam/gula except beras kitorang decide nk beli kat HK), tp sorang pun xingat nak bawak minyak masak or butter...nak cari minyak masak yang ok pun mula-mula xjumpa..sb mostly kat HK pakai minyak bijan ke hape ntah,  bau dia pelik sikit..sementara nak jumpa minyak jagung as minyak masak, terpaksa la goreng nasi pakai air beb...seriusly, jadi gak nasik goreng air tu...haha
Mula-mula lah.. After few days, kitorang jumpa ngan 2-3 orang Dentist from Malaysia yang sambung belajar Master di HKU. Alhamdulillah diorang banyak bantu kitorang, diorang bawak kitorang g cari tempat makanan halal n suggest tempat2 menarik untuk dilawati.. 

ni masa tengah menunggu makanan sampai. lokasi jalan-jalan cari makan masa ni adalah di Islamic Centre Canteen yang terletak di Wan Chai..kat sini ada masjid, Islamic Canteen and pusat kegiatan agama Islam di HK...
makanan dah sampai...ada nasi goreng ikan masin, ayam goreng dan sayur
this one saya rasa kalau kat Malaysia lebih kurang macam siakap tiga rasa kot??? sedap!

hmmm..ayam goreng ni kat Islamic Canteen..Rangup sungguh ayam ni...


n yess...this is my favorita...side dishes kitorang ambik dim sum...sedapnya MasyaAllah...dimsum ni semestinya  Halal...n besar-besar plak tu...puas hati makan..

Best makan kat sini...sedap dan yang penting halalan toyyibaa



ni makan kat vegetarian restaurant.. restoran ni Dr Afzan (kiri sekali) yang bawak kitorang...sebab  restoran ni memang untuk vegetarian, semua makanan dia berasaskan sayur...so insyaAllah semua halal

actually vege's food kat restoran ni pelik skit rasa dia...xtau la, agaknya tekak kitorang x reti nak terima masakan cina agaknya...tp saya belasah je makan, sebab lapar...ade salah sorang kawan saya memang xlalu langsung nak makan makanan kat sini...btw, atas ni sup cendawan

hmm, ni veges food dah sampai...ada nasi goreng cina, sayur cendawan, yang merah-merah tu saya rasa jeruk bawang kot?? n mashed potato and keledek yang di goreng dengan bentuk ikan (main hentam je nama dia ni)

ni sayur cendawan
dah nama pun kat HK kan...confirm2 ada teh cina..if g makan mana-mana restoran pun,  sementara menunggu makanan sampai kami dihidangkan dengan teh cina ni...bau harum jasmine memang melekat la...even tawar xde gula, tp saya suka teh ni..


ni semasa menunggu makanan di sebuah restoran masakan middle east...masa tu kitorang tengah jalan-jalan kat tengah bandar...dah malam rasa lapar tp xtau nak tuju restoran halal kat mane..tetiba di tepi jalan tu ada 2-3 orang (in think Muslim Indian/Pakistan maybe) tengah edarkan handbill tentang restoran ni..sorang drp mereka pun bawak kitorang g restoran ni, which is a bit tersorok...kena naik lif turun lif, masuk pintu nu, kuar pintu ni...last2 jumpa. restoran ni rasanya macam diubahsuai daripd sebuah apartment...sebb tu la tempat dia susah sket nak cari..

ni la nasi beriyani yang kitorang makan...serius pedas gila...tp sebab mahal dan lapar, habeskan jugak...rugi kot kalau xmakan...tp after habes sepinggan, rasa pedas pun hilang...pelikkan? agaknya pedas rempah kot??


nah hambekko...kebulur gila makan...
masalah paling utama yang saya rasa kitorang hadapi pasal toilet.. haha..biasa la weyh…kat Malaysia ni every toilet ada paip air ko nak beristinjak…kat sana…korang bayangkan camne foreigner guna toilet..langsung2 xde paip air kat dalam toilet tu…mana la kitorang biasa…so kitorang pun ke mana-mana bawak le 1 botol kosong..nak g toilet je, tadah dulu air paip kat sinki..senang nak istinjak nanti (orang yang dah biasa g oversea mesti rilek je kan pasal hal-hal ni…kepochi la ko jarque! Haha) Tp one thing saya kagum pasal toilet diorang, even tgk dari luar tu mcm cikai giler…tp toilet diorang sangat bersih…dan xde bau-bau kurang menyenangkan…so “don’t judge a toilet by its appearance okeyh!” kalau lalu di kaki-kaki lima maupun kaki lapan sekalipun, langsung xde sampah-sarap ke, cebisan-cebisan pembalut gula-gula ke, or daun-daun kering…punya lah pembersih masyarakat HK ni…tp satu benda yang saya lemah…anjing peliharaan diorang bersepah mcm kucing-kucing di Malaysia….haha…kitorang punye la risau kalau tengah berjalan tengah2 orang ramai ni…orang HK ni selalu bwk anjing diorang bersiar-siar even crowded ngan manusia…takot-takot anjing-anjing tu tergesel ngan kaki kitorang camne?? Jenuh nak samak kang…haha…pelik je orang HK tengok kitorang mengelak bila terserempak anjing…agaknye diorang ni pk “jakun ape budak2 ni anjing pun xpenah tengok?” dan yang paling obvious, kalau kat Malaysia if korang nampak ayam or itik panggang digantung di kedai-kedai makan tu perkara biasa, korang agak2 kat HK apakah haiwan panggang yang digantung di kedai-kedai makan? hehe

What I like about HK… hmmmm, time kitorang g tu, spring season. Memang la xde nye musim bunga macam kat negeri2 omputih tu…tp the weather was really nice. Cuaca x panas sangat and x jugak sejuk sangat… nak g mana2 pun public transport dia usually tram senang ja nak jumpa..naik bas pun boleh...kitorang g jalan2 pun survive thru maps n main redah ikut suka hati je…haha survival gila..credit to joshi la…terer gila budak ni baca map…their people pun friendly…sedia membantu tunjuk arah jalan…lagipun masa tu kitorang punye lecturer pengiring (Dr Koh) berbangsa Cina. So anything nak tanya orang lalu lalang especially if diorang xphm English tu senang la..

kat depan Islamic Canteen, after dinner and solat


hiruk pikuk HK. ni kat ladies market tempat shopping barang souvenir yang murah2...kalau pandai kautim memang gile-gile punya murah bleh dapat...tp tengok kedai...ade sesetengah tu tokey dia macam gangster jangan pulak berani mintak tawar..baik g kedai lain...same je barang-barang souvenir dia

tak hengat ni kat mana...tengah2 shopping complex kot? penat merayap snap gambar dulu...aha, btw, kat HK ni syurga beli belah...lepas beli ko terus belah k. kalau x rambang mata.. barang2 branded bleh dapat harga agak murah..tp ofcos la student macam saya xdenye nak beli...pokai la camtu...

time ni tgh boring sambil tunggu Dr Koh cari boot yang angan-angan nak beli boot sampai lutut then bleh pakai miniskirt giteew...tp last2 x jumpa yang berkenan...haha

Islamic Canteen lagi

dalam tram..transport paling murah kot kitorang penah naik...nak banding naik bas or cab..tp we enjoy the ride...

pencakar langit bandar HK

ambik gambar dari dalam tram

penat la jalan-jalan...btw, kebetulan time kitorang g HK tu ade gak easter break. so even  program tu sebenarnya 14 hari, kitorang ade lebih kurang 5 days off daripada schedule..so time tu la g merayap nyer...

night at HK


Sebenarnya ada sedikit kagum dengan HK. Diorang punya working hours start lambat. Haha..kalau kat Malaysia working hours start lambat sure2 saya tido dulu..haha..Around 9am camtu. Sekolah ke, pejabat ke, ape2 la. Pukul 7pg korang akan nampak pakcik-pakcik dan makcik-makcik bertaichi di taman. Kalau abang-abang dan kakak-kakak, 7pg tu korang akan nampak diorang main basket ball kat court. Aktif kan diorang ni…Kalau kedai2 pulak, 8am dah buka dah.. after balik keje around 4am camtu, aktiviti sukan tu ada lg.. kalau korang lalu kat tepi court tennis or basketball pukul 11pm tu diorang tengah rancak lagi main…hmmm..tu yang saya nampak kat housing area kitorang je la..tp sebenarnya night life diorang pun rancak jugak..ada one night tu Bro Yazid (student PhD Law HKU dari Malaysia) bwk kitorang jalan2 area2 pub and club kat area HK..sesak gila manusia…tp kitorang xmasuk la..Bro Yazid ni just bawak kitorang tengok dari luar mcm mana night life orang HK..

uncle-uncle and auntie-auntie tengah taichi? chigong? entah laahh...view ni ambik dari tingkap apartment kitorang

motif gambar diambil?? entahlahh.... ni area depan apartment kitorang tumpang...



kan dah cakap tadi...banyak tangga dowh....setiap hari ulang-alik naik turun tangga ni nak g kelas... tp xkurus2 gak pun...haha

view dari tingkap apartment sebelah katil...apartment kitorang duduk ni lebih kurang mcm apartment dlm gambar tu la..

see...ramaikan diorang...ni aerobik kot saya rasa..

ni la basket ball court waktu pagi..kalau malam2 pun still penuh diorang main...

Banyak tempat2 menarik kitorang g…insyaAllah saya akan share dalam next2 entry ok... 

see ya... wassalam =)









0 comments: