Saturday, May 12, 2018

cerita pantang ummi miscarriage

assalamualaikum..
sepertimana dah dimaklumkan dari entry sebelum ni, umi keguguran masa kandungan ketiga baru 5weeks.. unplanned pregnancy n tetiba xda rezeki dah.. huhu.. salah umi jgk sb x berjaga2.. sb xtau yg umi pregnant, umi kurang sihat mula2 tu, umi batuk teruk n demam.. so ambik ubat batuk n ubat selsema.. mayb ada effect dari ubat2 tu jugak.. makan pn x jaga..xpa lah.. mungkin ada rezeki lebih baik lepas ni..
keguguran pn walaupun nmpak simple, tp rupanya cara pantang pun kena sama mcm orang pantang melahirkan jugak.. terpulang pada pandangan masing2.. ada sesetengah doktor yang dari segi medical mmg xda istilah pantang pun.. tp bagi ummi better jugak combinekan medical n tradisional.. so ummi pn pantang secara tradisional jgk untuk kali ni..
disebabkan mak ummi xberapa sihat, so ummi pantang sendiri je.. baby pn xda.. mc yg diberi oleh doctor selama 2weeks mmg digunakan sehabis baik utk pantang.
dari segi makan, breakfast umi makan roti sapu jem n air milo je.. then mandi air suam, sapu krim panas mustajab n berbengkung dan berstokin sepanjang masa. lunch dlm pukul 12.30-1pm camtu. umi biasa masak ikan guna air fryer, nasi putih n sayur sawi. ada jgk umi order serunding halia dari jiran yang jual. minum petang dlm pukul 3-4pm mcm tu umi makan roti or creamcrackers n air milo panas je. banyakkan minum air masak jgk. umi ada guna kan product nonaroguy tp xla beli 1 set tu. just beli phytonatal n akar herbanika je. makan hari2 rs badan panas je.. pastikan jgk kaki berstokin n berbengkung jgk.. bengkung umi guna yang strap on tu je.. bengkung moden. hehe
dalam hari ke10 camtu, umi ambik pakej urutan yang datang ke rumah. kakak yang datang ke rumah tu ummi panggil kak yati. kak yati datang rumah dlm pukul 8.30pg camtu, urutan seluruh badan dan sangkak rahim dibuat.. then umi ambik pakej lulur kopi (dah macam dayang senandung hitam satu badan haha), tangas, dan mandi herba. rasa segar satu badan lepas buat semua tu.. best sangat. sekali sekala manjakan diri khennn.. alhamdulillah.. pakej ni tgh promosi.. dapat la harga rm 199. tangas ni first time umi buat.. panas wehhh.. tp berpeluh2 lepas tu.. kak yati ckp, untuk keguguran sekali buat pun cukup. kalau mmg beranak elok la buat 3x. alhamdulillah.. selesai satu pakej.
sehari selepas urutan badan tu, umi sambung pantang kat perlis sebab dh tiba hari pilihan raya.. ummi pn dh makin sihat, nak balik perlis pn x la rasa letih sgt.
setakat ni dlu cerita pantang ummi untuk keguguran kali ni.untuk rujukan di masa depan. hihi. till then, jumpa lg 
breakfast roti n air milo
lunch air fried salmon n sayur sawi
lunch ikam selayang air fried, sayur sawi n halia goreng
air fried ikan selayang, serunding halia n sayur sawi
set NR phytonatal m akar herbanika
mandi bunga

0 comments: