Monday, April 8, 2013

wah...dah bersawang

Assalamualaikum...

Masha Allah...lama benar tak update blog..dah bersawang2 dah...nak kata busy...xda la busy sgt...ada ja masa free...tp maybe xda benda best nak diceritakan...hari-hari benda yang sama ja dilalui...hehe

alhamdulillah...dah dua posting berjaya dilalui. posting Oral Surgery (OS) selama 3 bulan (26November 2012 - 25Februari 2013) banyak mengajar erti berani dan jiwa kental..tu pun rasanya belum cukup 3 bulan OS untuk menimba pengalaman dlm OS. macam-macam kes jumpa. mostly motor vehicle accident(MVA). alhamdulillah...rasanya ada hikmahnya saya ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA JB)...tempat paling lebat kes MVA di JB. penat memang penat..tp berbaloi penat mcm tu bila banyak new experience berjaya dikutip..malah rasa bahagia dapat membantu pesakit2 yang datang. masih saya ingat minggu pertama di OS...hari2 balik menunggu masuk waktu Isyak. usai ja solat Isyak terus pengsan.. kadang2 tertido di sofa selepas makan malam sementara menunggu Isyak. namun itu cuma minggu-minggu terawal. setelah hampir 3 minggu di OS baru lah saya dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja di OS HSA.

di OS lah saya belajar memasang arch bar. Arch bar adalah kepingan besi yang dipasang pada rahang atas dan bawah, diikat pada celah2 gigi bila adanya kepatahan tulang muka. tujuan pemasangan arch bar ni adalah untuk memegang bahagian tulang muka yang patah supaya berada pada kedudukan asal sementara menunggu proses penyembuhan tulang tersebut. biasanya kalau patah kaki or tangan kita akan simen kan? tp kalau patah tulang muka Dr gigi tidak akan simen, sebaliknya menggunakan arch bar. arch bar ni tidaklah susah dipasang sekiranya patient yang datang mempunyai kebersihan mulut yang baik (tiada karang2 gigi). tetapi selalunya patient yang datang kebanyakannya oral hygiene tidak memuaskan. malah siap berbau arak lagi. (yelah, sebab mabuk lah sebab tu accident)

arch bar with elastic. elastic ni pasang untuk pastikan occlusion gigi atas dan bawah stable.

di OS lah saya belajar berhati kering untuk membantu pesakit. kes yang datang majoritinya pecah2 muka...terkoyak2 mulut.. berdarah sana sini.. mulanya memang saya takut2 bila berhadapan kes2 sebegini.. namun setelah beberapa lama saya mula berani dengan niat cuma satu : nak bantu pesakit. insyaAllah Allah akan permudahkan.

di OS juga saya belajar teknik menjahit luka (toilet and suturing).bilamana luka di muka through and through (dalam dan luar), teknik layering digunakan. nak menjahit luka ni memerlukan kesabaran yang tinggi. xbleh nak jahit sesuka hati sesedap rasa ja. kena pastikan ruang antara jahitan tidak terlalu jauh supaya tiada peluang untuk jangkitan kuman berlaku. perlu juga pastikan jahitan tidak terlalu ketat supaya scar yang akan berlaku tidak nampak distorted. pesakit juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan tempat jahitan untuk mengelakkan jangkitan. kat OS juga saya telah mula tagging oncall selama seminggu dan oncall juga selama seminggu. alhamdulillah...semasa oncall weekdays saya tidak terlalu penat. kes cuma 1-2 kes sahaja setiap hari. namun semasa weekend kes oncall agak lebat. alhamdulillah saya berjaya mengharunginya. selepas ni oncall cuma 3-4 hari sahaja. (first time oncall ja seminggu)


ni serpihan kaca yang berjaya dikeluarkan dari mulut patient. bayangkan patient ni MVA (windscreen injury) cermin depan lori yang dipandunya pecah dan terkena muka. kaca2 ni melekat di dalam pipinya hingga ke pangkal hidung. patient xsedar ada kaca dalam mulutnya (siap boleh makan dan minum plak tu) hinggalah kami (fydo) datang ke ward masa oncall nak buat toilet and suture.

di OS juga saya berpeluang mengikuti operation theatre (OT) yang diadakan setiap selasa. kami fydo akan bergilir2 untuk masuk OT. saya berpeluang untuk scrub and assist beberapa kes ORIF (Open Reduction and Internal Fixation) dan Carcinoma.


ni kes squamous cell carcinoma of maxilla yang berjaya dikeluarkan semasa OT.

kemudian posting kedua saya adalah Oral Medicine Oral Pathology (OMOP) selama sebulan (26 Februari 2013- 25 Mac 2013) di Hospital Sultan Ismail (HSI). agak cultural shock sebabnya di OS HSA saya hari- hari sangat busy ngan patient. bukan hanya kes2 OS. sebelah petangnya kes appointment yang mana pesakit root canal treatment (RCT) dan tampalan juga kami uruskan. sebaliknya di OMOP HSI patient yang datang kadang2 2-3 orang sahaja untuk 1 hari. hehe.. hari pertama saya di OMOP memang saya tidak tahu nak buat apa.. macam kucing nak beranak pun ada ke hulu ke hilir. hinggakan Kak Yam (DSA di OMOP) pun tegur " kesian Dr...dah biasa ramai patient tetiba datang sini xda patient.." hehe..ya benar. itu yang berlaku. hoho...tp tidak pada minggu seterusnya. actually semasa minggu pertama saya di OMOP, specialist OMOP Dr Hans berkursus. so memang xbanyak appointment yang ditetapkan. masuk minggu kedua saya di OMOP, Dr Hans dah balik.. maka masak lah kitorang (saya dan sorang lagi fydo). everyday akan ada sesi soal jawab bersama Dr Hans. and assignment akan diberikan sekiranya kami tidak dapat menjawab. hehe...mulanya agak stress. tp lama kelamaan saya dapat rasa ini banyak membantu saya recall balik apa yang telah dipelajari masa di uni dulu.

semasa di OMOP HSI, saya tidak hanya didedahkan semata-mata dengan oral medicine and oral pathology., kadangkala staff di OS HSI tidak mengcukupi (OS dan OMOP sebelah menyebelah je), so kdg2 ada lah jugak saya membantu di OS. Specialist di OS HSI juga mewujudkan Journal Club pada setiap hari Rabu, di mana journal akan diberikan sehari sebelum hari perbincangan. semasa di journal club lah kita akan dilatih untuk melihat dan menganalisis sesuatu journal itu secara kritikal (critical analysis)

boleh disimpulkan di HSI banyak dari segi teori yang ditekankan...manakala di HSA banyak dari segi praktikal dititikberatkan. overall kedua-duanya saling melengkapi. alhamdulillah =)

currently saya sedang berposting Pediatric Dentistry di HSA selama sebulan bermula pada 26 Mac 2013 yang lalu. Baru 4 hari saya di paeds, tetiba pula saya terkena chicken pox. huhu...masa kecik2 dulu xpernah kena. agaknya ada lah tu terkena jangkitan dari mana2 budak2 yg datang ke klinik..masa berMC lah saya selama seminggu di Perlis. huhu..ari ni hari terakhir saya MC. sok saya akan memulakan semula tugas saya selepas seminggu bermanja ngan mak di umah.. hehe..biasalah.. sakit2 macam ni manja lebih sket ngan mak..dah lah duk jauh nun di selatan kan..hehe..semoga Allah permudahkan urusan saya untuk meneruskan tugas saya insyaAllah..

Saturday, December 8, 2012

Thursday, November 29, 2012

JB...here i come..like it or not...

Assalamualaikum...

Cepat sangat masa berjalan....daripada terkejut tergempar dapat surat from SPA kena p induksi...induction course for a week in Klang...then 26 November dah report duty...saya ditempatkan di Johor Bahru...perggghhhh....xde dalam list pun...btw alhamdulillah Allah makbulkan doa saya untuk tidak ditempatkan nuuuun di seberang laut...

So... Here i am...JB...like it or not...still i have to do my job here... Keje itu amanah.... tagline KKM  "Kami Sedia Membantu" tu kene praktik betul2 la ek...huuu

Rabbi yassir wa la tu 'assir..

cerita pasal posting saya akan update kemudian okeh...

Wassalam

Thursday, November 22, 2012

Hong Kong Part V

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

wahhh banyak pulak crita pasal Hong Kong ni kan...ok ok..this is the last entry pasal Hong Kong...Tempat menarik yang kitorang pergi seterusnya ialah Lamma Island...untuk yang suka trekking sambil tengok pemandangan alam semula jadi boleh la pergi ke Lamma Island ni...tenang sangat kat sini tau!

naik bas lagi..otw to jetty nak ke Lamma Island

dalam perjalanan nampak pula bas pelancong open air ni..hehe
Jetty

Ok..kami sangat lapar...nasib baik ada bekalan biskuat

Isi perut dluuu


We're going here!!!



dalam boat nak ke Lamma Island...rasa mcm dalam boat Langkawi pun ada..hehe

mereka di dalam boat

Baru sampai di Lamma Island
Peta Lamma Island

Jom kta trekking keliling pulauuu



pemandangan dari atas bukit di Lamma Island

Tenang ja tengok sume ni....dah angin sepoi-sepoi bahasa...

Subhanallah...cantiknya ciptaan Allah


Kalo kta trekking keliling pulau ni, memang disediakan trek untuk pelancong n siap ada pondok rehat bagi sape2 yang penat

Beautifulll

Lunch time di tepi pantai...mcm biasa..sume bawak bekal


Jom makannnn

Pantai yang tak tercemar
Pulau ni walaupun kecik je tp lengkap la dengan kemudahan asas...siap library pun ada..hehe


Makanan laut yang segar bugar baru naik ke darat







macam geli jerkkk...macam gamat jerkkk

sempat singgah beli ais krim...tengok tanda halal indonesia..insyaAllah selamat dimakan...








tetiba nampak pokok nenas tepi jalan...

indah sangat pemandangan kat pulau ni






we were herreee



kat toilet pun sempat lagi

Sambungr trekking



dah nak balik ke rumah...penat berjalan seharian tapi puas!!!! pemandangan yang sangat cantik!!!!

Overall pengalaman ke Hong Kong la paling jauh and paling best pernah pergi...sebab pergi dengan kawan-kawan, rasa hidup di tempat orang...rasa survival mencari jalan di tempat yang x pernah pergi langsung...alhamdulillah..satu pengalaman yang berharga yang saya pernah alami...di samping menimba ilmu di tempat orang...sempat jugak belajar culture negara lain...rasa lepas ni kalo ada duit lagi nak pergi melancong lagi...hehe

till then...Wassalam..daaaa~~