Showing posts with label motherhood. Show all posts
Showing posts with label motherhood. Show all posts

Monday, July 15, 2019

Welcoming our 3rd bundle of joy

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

hehe lama x bercoret conteng dalam ni tetiba dah dapat baby baru. Alhamdulillah, tanggal 4 Julai 2019 yang lalu, saya selamat melahirkan seorang lg puteri jam 10.40 malam secara emergency LSCS di Hospital Amanjaya, Sungai Petani.

Actually, masa last check up at KKIA Sg Petani tarikh 3 Julai (Rabu), ummi mmg xsedap badan. Masa tu baru 36weeks 4 days. dah rasa sakit2 pinggang, cirit birit, xbleh tido sangat. inform doc, doc suspect AGE (acute gastroenteritis) ataupun layman term nya keracunan makanan je la. ada demam jgk. so doc just prescribe ubat demam, batuk, selsema n ors. dapatla MC 2 hari suh rest kat rumah. actually ada jgk few paper work xsempat siap jgk, n currently tgh buat report kursus infection control. So plannya, rest kat rumah, smbil buat report tu. Esoknya, 4 Julai (Khamis) ada jamuan raya peringkat daerah kuala muda. buat kat PKPD Kuala Muda. Klinik ummi buat booth mee kari. tgk depa ni upload gambor dalam group meriah sungguh. siap booth KP Bandar dpt Booth Terbaik tu... syabas bette. so ummi kat umah ni layan tgk gambar je la sambil menikmati MC secara perlahan2.. hahaha ingat senang ke nk dpt MC kerajaan. tambah pulak ummi ni bukan MC seeker. haha

tup2. dalam pukul 11.30 lebih camtu, rasa mcm perut mengeras. hmmmm baru 36weeks 5 days. xda sakit, cuma perut mengeras n x selesa. baring xkena, duduk xkena. then jalan2 keliling rumah sambil menyapu sikit2. sempat jugak siapkan report kursus n send to officer in charge. selang 30 minit - 1 jam, perut mengeras lg. tp still xda sakit. inform husband (ummi sorang kat rumah, anak2 g school, hubby kat ofis) n dia suggest consult jiran ummi, Dr Farhana merangkap doc kat poliklinik Dr Halimah BPJ. Farhana cakap try p klinik dia, dia nk cek bukaan. ok xpe la as long as xda sakit so rileks dulu. mai ke petang makin keras pulak perut ni. husband suh tunggu dia balik, dia bawak g klinik.

after hubby balik, semua anak beranak ni p la kat dr Farhana. dia cek bukaan, dah bukak 2cm. dia suggest tunggu ja dlu. actually, kalo sapa yang penah baca entry2 sebelum ni, both kelahiran kakak zara n kakak aulea adalah melalui LSCS. so 3rd delivery ni pun kena LSCS jgk by right. date Dr Halimah Amanjaya Specialist bagi actually 15 Julai 2019 ( 38 weeks 2 days). still long way to go. 1 week plus. so ummi pun confius nk tunggu sampai date 15 Julai or camna. sambil2 pk tu, hubby bwk g dinner la. makan2 jap, layan anak2.. then after maghrib mcm tu start rasa sakit. mcm senggugut2.. then mengeras makin kerap. hubby terus bawak ummi ngan anak2 sekali g amanjaya. g emergency, inform kata ada bukaan dah. diorang suh naik labor room terus. cuak jgk.. mak p melenggang bawak handbag je, baju2 apa semua xbawak. plan nk cek je.. hahaha

naik labor room, ada midwife tgh tunggu. Ibu dia bahasakan diri dia, xtau la nama apa. dia pasang CTG, cek. mcm xda contraction, tp jantung baby dh tachycardia (jantung laju). dia bebel jgk kenapa datang after office hour, nnt kalo emergency czer jenuh kena bayar. ckp kat dia sy pn x expect nk czer mlm ni. datang sb sakit. haha.. then dia consult Dr Halimah. Dr halimah pn datang after about half n hour. masa tu dalam kul 9pm kot. Dr Halimah decide kita czer malam tu sb ummi dh sakit. lgpun mmg xbleh beranak normal dh kan.. alamak cuak gila masa tu. husband dh ready. dia call kakak dia, tlg ambik n uruskan zara n aulea. then ummi kat dalam LR tu depa prepare utk czer dh.. masa tu berdebar ya rabbi, Allah ja tau. wp dh 2 x czer, tp czer kali ni dgn x berapa nk ready, cuak la skit. (haha dlu time zara pn macam ni, sakit time 36 week plus, then terus kena czer pasal breech)

Hubby dibenarkan masuk dlm OT room, utk teman ummi. Terima Kasih babah, x tinggal ummi sorang2 gelabah dalam tu. babah pegang tangan ummi smbil dok ingatkan suh selawat, berzikir smua. masa lepas anest bg bius tu, nk muntah smua ada. then rasa pening2 mengantuk. Dr Halimah rileks je. smbil tgh operate boleh dok borak2. then masa dia nk tarik baby tu dia bg kebenaran husband ambik video. MasyaAllah, indah sungguh kebesaranMu, baby kluar tepat jam 1040 mlm, malam jumaat. alhamdulillah. Elok baby keluar, Dr halimah terus sambut dgn kalimah iqamah. mmg style dia dari dlu. Aulea pn operate ngan dia mcm tu. alhamdulillah. hubby terus azan n iqamah lagi sekali kat tepi tu jugak.
after surgery, diorang letak ummi kat recovery area.. gigil2 time tu pasal kesan ubat bius n sejuk dalam OT. then dlm kul 11.30 diorang tolak umi masuk wad. alhamdulillah, Babah teman umi sepanjang malam, anak2 kakcik uruskan. Zara n Aulea pn nmpak excited sblm umi masuk OT. depa paham adik baby dh nk kluar. hehehe

tu la serba sedikit cerita kelahiran baby ketiga kami. alhamdulillah Kakak Zara n Kakak Aulea dh upgrade to the next level. hehehe

till then, see u again, nnt kita share nama baby baru plak.. hehe

Wednesday, August 30, 2017

happy 2nd birthday zayyana aulea

alhamdulillah.. zayyana aulea turns 2 on 18.8.2017..
kali ni buat makan2 simple ja.. jemput family kakcik, kak yah, tokwan ad n babysitter depa, cik umi n abah depa..
alhamdulillah majlis lancar.. adik nak kek mickey mouse katanya.. layankan aja.. hehehe
kek mickey mouse mcm yg adik request.. quite heavy deco actually.. boleh thn la rasa dia.. not bad
kakak yang excited nk potong kek.. mcm besday dia pulak. haha..adib steady ja
posing ngan babah pulak

semoga adik terus membesar jadi anak solehah, kebanggaan umi babah n kakak..

till then, wassalam..

Sunday, April 30, 2017

happy 3rd birthday zara afreen

alhamdulillah..anak sulung umi dh umur 3 tahun pada 9 april 2017.. terima kasih sebab jadi anak yang baik, kakak yang pandai jaga adik..
kami buat makan2 sikit sempena masuk rumah baru dan besday zara.. tp panggil adik beradik terdekat ja dlu.. sedara sebelah babah n sedara sebelah ummi..
acara potong kek. kek plak nak kek hello kitty.. layankan aja..
maklong n paklong
zara potong kek ngan sepupu2
acupi, makngah, maktok n pakngah
tokwan li n tikwan ad
makcik, tokchik n makteh, toknab
family tokcik

Wednesday, September 30, 2015

Cerita pantang Ummi Zara Zayyana

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, selamat melahirkan baby ke 2, skang masih dalam tempoh cuti confinement..

Tepat hari ketujuh kelahiran 2nd baby, kami sepakat menamakan adik Zara sebagai

Zayyana Aulea

زَيَّانَة = kecantikan

أولياء = para wali

lebih kurang maksudnya kecantikan wali Allah.

mulanya ummi nak namakan Zayyan Auliya.. tapi maktok and makngah komen bunyinya macam keras sikit.. so ummi tambah jadikan Zayyana supaya bunyi lebih lembut, maksud pun xbanyak berubah dari segi bahasa arab. Babah pulak suggest nama Auliya tu dieja dalam rumi sebagai Aulea.. just nak nampak lain sikit je, tapi maksud dalam bahasa arab masih sama.

maka jadilah puteri kedua kami


Zayyana Aulea binti Mohd Sanirol

Alhamdulillah masa tempoh berpantang seminggu pertama, Aulea x banyak kerenah.. tido ja.. kuning pn x tinggi macam zara dlu. just p check up kat kkia sampai hari ke 8, then nurse cakap ok dah, nant depa mai cek kat rumah.

Pantang kali ni ummi pantang sendiri di SP, sebab kesian kat mak yang dh selalu x sihat. lagipun, Zara pn perlukan ummi, kalo ummi pantang di Perlis nak tinggal Zara di SP sedih jgk.. nak bawak Zara balik Perlis pn ummi xmampu nak uruskan both sendri tanpa babah. mak pulak x berapa sihat.. so kesimpulannya, kena kuatkan hati jgk pantang sendiri. alhamdulillah, kakak ipar tinggal dekat saja. hari2 dia yang akan bawakkan makanan pantang. and tolong mandikan baby. Zara babah hantar ke baby sitter siang hari. so ummi bleh focus pada Aulea ja. weekend biasanya kakngah or kak ros akan datang melawat, bawak mak ayah jugak mai tengok cucu baru. weekend jugak biasanya kami ambik maid datang tlg kemas rumah. 

Ummi start berurut pada hari ke 12 macam tu, 3x berselang seli. cucur rambut Aulea pn dengan kakak yang mai mengurut tu pada hari ke 7. cumanya Aqiqah Aulea buat hari ke 21, tu pun minta tlg mak uruskan di Perlis.. upah sembelihan dan masak, pastu agih2kan lauk kambing tu pada sedara mara. xbuat kenduri Aqiqah untuk Aulea sebab xda sapa nak tolong kami kenduri di sini.. xpa, yang penting yang wajib dah terlaksana =)

Masuk minggu kedua Aulea mula dah nangis setiap malam. kami pn xtau kenapa.. start dlm lepas isyak macam tu sampai lah pukul 2, 3 pagi baru dia nak tido.. huhuhu.. ummi la yang penat nak jaga dia. nasib baik ummi tido di bilik ke 2, x la ganggu zara tido ngan babah di master bedroom. kalo tidak dua2 nangis jenuh laa.. haha

towards the end of pantang.. lebih kurang seminggu terakhir tu, dah nak hari raya Qurban. ummi pun dah makin sihat, kami balik ke Perlis, sambung pantang di Perlis sebab lepas raya pn babah outstation ke Langkawi. masa di Perlis, Aulea masih nangis tiap2 malam.. Ada satu malam tu, tokwan ambik dukung dia, dan terus baca yassin. masa tu baru Aulea nak tido. huhu.. disebabkan tu, kak ros pn tolong carikan minyak celak untuk Aulea.. takut kena gangguan. 

Alhamdulillah, lepas pantang mcm tu Aulea dah stable.. x nangis2 dah... lega ummi.

oh ya, alhamdulillah, ummi berjaya fully breastfeed aulea kali ni.. towards the end of cuti confinement pn ummi berjaya kumpul stok ebm yang agak banyak. alhamdulillah.. murah rezeki kali ni. sebabnya, ummi dah belajar kena pam seawal mungkin masa confinement sebab time tu la susu tengah melimpah ruah..

pantang day4

dah start mengepam dari hari ke 4. alhamdulillah medela ni masih berjasa pada tuannya. pantang sendiri kat rumah senang sikit nk mengepam.. xde org nak melawat sangat time weekdays
cukur rambut Aulea hari ke 7

alhamdulillah, surat beranak pun dah didaftarkan nama Zayyana Aulea pada hari ke 7

potong kuku hari ke 7

yeay kepala baru.. haha
set pantang yang ummi gunakan.. kali ni ummi guna NR. seriusly mmg best. Ummi dapat ni dari kawan Ummi, farhana che nik. actually, dia beli untuk pantang anak pertama dia, tp dia x sempat guna langsung sebab anak dia keluar masuk wad. so dia let go kat umi harga rm200. langsung xbukak lg time dia dah post tu. alhamdulillah rezeki baby. set ni mmg sangat membantu umi. phytonatal tu mmg menambahkan susu, dan jugak senang melawaskan. air herbanika tu pn buat bdan segar.

baru 3 hari cukur rambut dh naik anak rambut baru. hehe

Zara tgh bonding time ngan adik

perbandingan muka zara n aulea

Aulea masa check up 1 month time ni dah 5.5 kg

masa balik sambung pantang kat Perlis.. babah outstation.. guna kain pelikat babah selimutkan zara sbb rindu babah

time ni Aulea dah berenti nangis lepas tokwan dok baca yassin. kakak zara datang nk pujuk aulea

bawah : Zara Afreen , atas : Zayyana Aulea
akhirnya ummi habes pantang baru bleh bawak zara n aulea jalan2

babah belanja Blackwood lepas habis pantang

adik lepas pantang.. bawak keluar naik stroller

yeay ummi dah merdeka time ni
lets celebrate my last day of confinement with coffee =)

tu lah serba sedikit cerita pantang ummi untuk Zayyana Aulea. 

till then, jumpa lagi nnt..

Tuesday, August 25, 2015

Alhamdulillah.. Zara dah jadi kakak =)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdulillah.. alhamdulillah...i happily n safely delivered our second daughter on 18 August 2015 on 0942hrs, Elective LSCS at Amanjaya Specialist Centre. Yeay Zara dah jadi kakak..

Xpa lah xda rezeki nak bersalin normal. as long as ummi and baby selamat that is a relief. pada mulanya Dr Halimah (pakar gynae ummi di ASC) mmg bagi kebenaran untuk VBAC (vaginal birth after ceasaerian) sb baby kali ni x breech macam Zara dulu. tapi masa check up dengan KKIA time 37 weeks, Dr pakar dari HSAH detect ummi oligohydramnios (kurang air ketuban). Ummi p cek sekali lagi dengan Dr Halimah, she said masih ada masa kalau nk try spontaneous delivery. mana tau kot 2 3 hari lagi umi sakit nak beranak ka.. tapi tengok2 sampai ke 38 weeks, masih xda tanda-tanda adik baby nak keluar.. contraction pun xda.. Dr Halimah check lg sekali air ketuban masa last check up (17.8.2015), air ketuban macam makin berkurang and paras border line. So dia suggest untuk Elective czer ja the next day sebab kes ummi x boleh induced (due to poor spacing - jarak kelahiran czer terdahulu less than 3 years). maka redhalah kami suami isteri perut ni ditoreh semula untuk keluarkan adik baby...

Balik check up tu, apa lagi.. time tu musim cempedak.. tibai beli cucur cempedak RM5 terus nak melahap sebelum pantang. malam tu pulak hubby bawak p makan Buskin Robbin siap2 sebab nak kena pantang ais 6 bulan.. hahahaha

esoknya, 18.8.2015, lepas hantar zara ke babysitter, kami ke Amanjaya Specialist Centre untuk serah diri untuk pembedahan.. beranak kali ni macam nak p holiday kot... packing barang, xda sakit apa terus serah diri.

Alhamdulillah, husband book bilik yang selesa untuk ummi rehat lepas lahirkan baby. VVIP room yang sangat spacious, utk tetamu yang mai melawat dengan harga cuma macam Single Room (sebab hubby dapat corporate rate company) alhamdulillah, ummi tumpang rezeki baby sebenarnya.


Petang selepas pembedahan selesai. Nurse bawak baby utk bonding n nursing.


hi baby


mak tok sampai petang tu dengan ayah, abg mat n abg buzar+kakros. Mak stay teman ummi malam pertama di ASC. kesian maktok sejuk tido sini. terima kasih mak

second day. bengkak lagi muka i
my view sepanjang 3 hari di ASC VVIP room. alhamdulillah dapat rezeki bilik selesa..

katil orang sakit

baby hamper management ASC datang bagi kat bilik

ruang tetamu. mak tido kat sofa bed ni. Babah bawak zara pn zara main kat area ni. sedara mara datang melawat pn lepak kat sini la. room service pn ada untuk order makanan.

yeay, last day at ASC. i m going back home. welcome home adik baby

Masa ni nama belum finalize untuk baby. InsyaAllah next time ummi akan share cara pantang and nama baby baru ni..

oh ya, not to forget.. today is my father's birthday. Happy Birthday tokwan Ghazali b L Ishak.. Birthday adik baby seminggu ja sebelum birthday tokwan.

till then.. see you later..

Sunday, July 6, 2014

Salam Ramadhan Kareem

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Alhamdulillah...masih dipanjangkan umur bertemu Ramadhan kali ni....ya Allah....sangat mencabar juga dengan ada anak kecik ni...tp alhamdulillah...Zara xla membebankan pun...malah bagi saya Zara budak yang baik...xlah menangis teruk2 pun...cuma saya still adapting...kekadang time nk buka puasa la dia nk menyusu/nak tido/nak orang dodoikan dia...kekadang jugak time sahur....then nak direct bf or pumping untuk dia...alhamdulillah...susu badan still ada walaupun puasa...tp lepas DF or pump mmg sangat2 dahaga...n masa pagi mmg rasa mcm penuh...tp towards ke petang mula rasa susu macam kurang sket...tp still ada alhamdulillah...bila buka puasa memang kena minum air masak byk2 nk topup balik...tapi so far i am enjoying every moment of motherhood...hehe

alaaaaa....cuti yang sangat best ni dah nak habes....huwaaaaa...malasnya lah nk masuk keje balik....tinggal 2 hari je lg...harapnya cuti yg berbaki ni dapat dimanfaatkan sebaik mungkin....wah...3 bulan dah cuti rupanya...lemau juga kepala otak ni actually...nant masuk keje mesti awkward kejap sementara nk biasa balik...biasa la tuuuu...

a week before start working, saya dah hantar Zara ke rumah bs...bs pun actually kakak ipar saya...rumah dia selorong je ngan rumah saya...so if anything Zara nangis ke ape ke saya still bleh g jenguk2...nak biasakan dia duduk dgn orang lain...so far till now ok la...hari first tu dia nangis jgk la...then after 2-3 hari antar dia dh ok...alhamdulillah....harapnya ummi nk keja next week ni Zara ok la ye...huhu...rinduuuuu

huhu...ok lah...nak menghabeskan masa 2 hari cuti ni dgn berkualiti...till then...see u next time...

Salam Ramadhan Kareem...semoga ibadah kita diterimaNya...amiin...

wassalam...

Monday, June 23, 2014

cerita pantang ummi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

Alhamdulillah.....bertemu lagi di alam maya ni...busy benau sejak2 ada anak ni....setiap masa nk layan dia ja...di tambah pulak nak buat keja rumah....full time housewife la katakan....tp 2weeks je lg...dah nk start jadi wanita bekerjaya balik dah...ecececeh...malasnyo laaa nk g keje...dh lama sgt cuti lemau dah laaa...hehe

ok...sementara si kecik masih tido...nak bercerita sket mcm mana saya berpantang...alaa...xpantang kaw2 sangat pun...disebabkan kelahiran Zara melalui tingkap (czer) basically pantang makanan je la...bertungku xboleh lagi...berbengkung pn xboleh....bertangas memang mak xpernah buat..

Saya berpantang kat umah mak di Perlis...selama 44 hari...basically hari2 mak akan masakkan bubur nasi + sayur sawi....makan dengan ikan goreng / ikan masak asam / sup ikan... selalunya ikan2 pilihan yang boleh makan masa pantang (ikut pantang mak saya lah) : ikan haruan, ikan senangin, ikan gelama, ikan nyoq2 putih (xsure tempat lain panggil apa, orang utara panggil ikan tu mcm ni)...selalunya rotate makan ikan2 ni je lah... kenapa makan bubur nasi? kalo ikutkan doc memang boleh je makan nasi...awal2 lepas operation tu je makan bubur nasi for few days...tp sebab sy mengalami sembelit yang teruk, so makan bubur nasi ja sepanjang masa pantang...makan pulak 2x ja sehari...tengah hari dan malam...breakfast makan roti or biskut cicah air horlicks ja... pastu selalu lah makan oren sunkist tu...untuk cepatkan luka sembuh sb ada vit c and sbagai pelawas jugak...kenapa ikan2 yang atas tu je makan? ikan haruan of course untuk cepatkan penyembuhan luka...ikan2 lain tu sebab x menyebabkan gatal2 pada luka...orang2 tua kata...kita ikut saja...hehe..yang lain2 tu biasa lah...xleh minum ais, xleh mandi air sejuk, xleh makan benda2 tajam mcm nenas ke, asam2 ke, kaki kena berstokin je, and xleh minum air byk...tp saya minum banyak gak air masak..ye lah...cuaca mmg panas gila...kta nak menyusu lg...tp xla minum banyak sekali harung...minum sikit2...tp kerap...at least ada la 2 litre saya minum hari2...

pastu kebetulan saya memang beli set berpantang Anugerah...yang cuma set basic luaran...elok lah...Zara pun kena demam kuning memang saya xboleh makan sebarangan jamu pun...takut panas and bacaan kuning dia lagi naik...pastu memang xde barut...elok lah...sebab czer xleh pakai barut pun..huhu...untuk dalaman saya beli set berpantang Shaklee...tp xsuma full set pun...just beli ESP dan multivitamin Vitalea...Alfalfa untuk meriahkan susu badan lambat sket saya beli pun sebab Zara demam kuning...kalo makan alfalfa lagi naik kuning dia... alhamdulillah...sedang2 elok ja beli pun...xpayah membazir...

 


Dalam set pantang Anugerah ada herba mandian dalam bentuk uncang...so pagi2 mak akan rebus uncang tu sampai air mendidih...then saya akan campurkan dengan air paip sket supaya suam2 kuku...then mandi...masa 10 hari pertama berpantang di SP pun husband yang tolong rebuskan...kakak ipar pun ada balik ke kampung cari campuran daun2 kayu untuk saya mandi...dah xingat dah nama daun2 kayu tu...tp lepas mandi ngan air rebusan daun2 tu, rasa sangat segar badan... selain tu dalam set bersalin tu ada minyak pilis untuk hilangkan sakit2 kepala (orang tua2 kata angin batu merian), krim panas (untuk bakar lemak), minyak panas (untuk sakit2 sendi), minyak telon (untuk baby), dan satu botol ubat herba untuk di makan...
Krim panas anugerah mmg best sb xbau halia...bau epal...wangi...tp...xleh sapu banyak2 sangat...memang panas ok...tmbah2 dengan cuaca panas skang...ya Rabbi...kulit bleh jadi merah2 sb panas sangat...

Selain dari tu, saya juga mengurut dengan sorang makcik ni...actually ada orang kata kalo beranak melalui czer xbleh urut..memang xleh urut...especially kat bahagian abdomen...tempat lain boleh urut...terutamanya kalo nak buat urutan untuk tambahkan susu...tapi syarat makcik ni czer kena urut hari 25 dan ke atas..lepas urut satu badan except abdomen...fuhhhh segar sungguh rasa badan...ringan ja rasa...orang tua2 kata urut untuk keluarkan angin dari badan...lagipun masa mengandung sendi2 kta dah mengembang sbab menampung berat baby dalam perut...so bagi saya mengurut ni macam nak betulkan balik la sendi2 tu...

sepanjang tempoh berpantang Zara xbanyak meragam...tidoooo ja keja dia...tp towards akhir2 tempoh pantang dia dah mula berjaga malam...siang plak memang tidooooo je..bangun pun sbb lapar susu...pastu tido balik...biasa la..baby tengah nak adapt dgn dunia baru...hehe

disebabkan saya di czerkan...masa kat hosp lg nurses yang jaga Zara...diorang xsuggest saya bangun lepas operation...so diorang susukan dengan susu formula (Enfalac)...Zara mengalami nipple confusion...dia xreti nk direct feeding..huhu...masa tu sedih jugak...saya mengalami bengkak susu pada hari ke2 sebab Zara xhisap susu badan...breast pump plak xbeli lagi masa tu...aduhhh seksa la juga rasa...last2 husband terus pergi belikan Medela Swing esoknya...huhu...tp pam xbanyak mana pun dapat, sb still xda stimulation from baby...pasrah je lah...so Zara was on formula milk for few days...tp xlama lepas tu Zara dah pandai hisap susu badan...happy sangat...so Zara ok for both bf and fm...sekarang ni terbalik pulak...Zara dh tolak2 puting botol susu dgn lidah...dia nak direct feeding pulak...hehe..banyak akal dah budak ni...so saya pun pergi survey puting botol susu apa yang boleh buat dia nak balik menyusu botol sebab xlama lagi saya dah nak masuk keja balik...akhirnya saya beli botol MAM..

credit to pakcik Gugel...saya belikan Zara yang warna pink tu...
alhamdulillah...sekarang siang hari Zara akan menyusu EBM or FM, malam nye direct BF... persediaan bila saya dah masuk keja balik nanti...skang ni saya tengah struggling nak buat stok EBM..huhu...susu badan saya xla meriah macam orang lain...kadang2 skali pam dapat 2oz je...paling banyak pun 4oz je penah dapat...tp stakat mana yang saya dpt, saya simpan jgk buat stok...huhuu..sebab tu topup gak dgn FM...xnak pening2 stress sangat...setakat mana yang ada, saya usahakan bagi pada Zara...

habes je pantang 44 hari, hari ke 45 saya dah balik semula ke Sg Petani...ada appointment dengan Dr Rohayu...dia buat quick scan, uterus dah mengecut...then luka luaran pun perfectly heal...alhamdulillah...dalaman lambat sket la sembuh...so preferably no pregnancy for 2 years at least...huhu...xpe..tunggu Zara besau sket kta tambah adik k...hehe

so...tu la serba sikit cerita saya pantang...lepas ja habes pantang, saya terus jadi full time housewife....wahhh salute la kat housewife2 kat luar sana...kerja kat opis at least ada working hours... 8-5...ada lunch hour...housewife ni 24hours punya keja..hehe...tp enjoy sebab ada anak bleh main2...hehe..

basically everyday lepas solat Subuh memang saya dah xtido balik...terus jerang air panas, masuk baju2 kotor dalam mesin basuh n keluarkan benda2 nak masak dari peti ais...pastu japgi dalam pkul 7 lebih Zara akan bangun nak susu...terus bagi susu either EBM or FM, pastu tukar pampaers dia then dodoikan dia sampai dia tido balik...masa dia tido tu lah ummi akan macam lipas kudung masak, sidai baju n kemas dapur...elok2 je dia bangun ummi dah ready smua dah...selalunya after 2hours tido dia akan bangun lg nak susu..tp tgk jugak mood dia...kekadang tengah sedap duk menumis kat dapur dia dah bangun...kadang2 tu bkn nak susu pun...saja nak orang peluk dia...hehe...tutup jap api dapur, layan dia dulu...lepas dia tido balik baru sambung...kalo ummi sempat siap smua, bila dia bangun dia nak susu lg...pas tu tido balik...masa tu la ummi nak mengepam...lepas mengepam, mesti dia bangun balik...mandikan dia, then susu lagi...pastu tido balik...lepas dia tido pulak baru la ummi mandi, makan suma..mcm tu la hari2...kadang2 ada masa mood dia xok...nak tido atas riba je...letak je atas tilam or buai jap je nangis...memang xleh buat ape la kalo mcm tu...masak ke mana, mandi ke mana...ummi layan dia kt depan tv je..hahaha

masa cuti 3 bulan ni la, ummi siap boleh hafal cerita apa yang best kat TV...mesti kalut2 siapkan keja2 umah sementara dia tdo...at least bila dia bangun, layan dia sambil layan citer kt tv je...hehehe

ok lah..setakat ni dulu al kisahnye pasal kelahiran Zara Afreen...
nanti ada idea lain saya menconteng kat sini lagi ok...
till then...assalamualaikum...

Zara Afreen : 2 months ++ dah boleh senyum bila diagah... ummi yang excited...hehe

Monday, June 2, 2014

Cerita Ummi Part II

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

hehe...macam biasa...bila si kecik dah tido baru ada peluang nak online...tu pun dah petang...sebab paginye sibuk masak, mengemas, membasuh...al maklumlaaa...suri rumah katakan...sebulan lagi cuti...wahhhhh heaven...tp after almost 2 month cuti ni...rasa kejap je masa...cuti habes nant dah nak masuh keja....dah ada anak ni mesti nak keja malas sket....rinduuuuuu anak...huhu

ok...nak sambung cerita...after deliver baby malam 9 April tu saya ditolak masuk ke bilik...alhamdulillah...staff2 kat Wisma Perbidanan Dr Zainol tu semuanya sangat baik2...ye la tempat bayar kan...haha...actually company husband ada insurance cover untuk maternity...so kelebihan yang ada kami gunakan lah...alang2 dah bleh claim...

saya stay kat hospital dalam 4 hari...2 hari pertama saya xdibenarkan bangun...1st day sebab kalo angkat kepala je kesan bius akan buat kita pening...katil bleh di prop up...kalo nak minum pun husband tolong suap dengan straw...diorang memang nak patient rest je...baby kat nursery diorang jagakan...tp if nak bf bleh panggil nurse bawakan baby...sepanjang bed ridden saya di pasang dgn CBD ( continuous bladder drainage)...sepanjang bed ridden jugak nak bersihkan diri n tukar baju pn nurse tolong..masuk hari ke3 saya dah bleh bangun tp still perlukan orang nak pegang...seriau2 jugak dgn luka operation...sakit n sengal2 pn ada lagi masa tu...CBD pun dah dibuang...so kalo nak shishi kena g toilet tp nurse or husband kena tlg papahkan...takot jatuh...wahhh manja gittewww..kalo ikot hati nak je pegi sendiri...tp nurse mmg pesan suh panggil diorang...kang jatuh masalah lain pulak kang...

alhamdulillah masuk hari ke4 saya dah bleh balik...seronok sangat dapat pegang baby...peluk cium baby sendiri....ada bau yang sangat wangi...orang kata tu la bau syurga...wallahu a'lam...

balik dari hospital saya stay dulu di Sungai Petani sebab ada appt untuk buka jahitan selepas 7 hari.. bila dah beranak ni of cos hari2 akan ada nurse JM datang cek kt rumah..n baby plak kena pegi cek kuning kt KKIA hari2...huhu...susah jugak dalam sakit2 nak berpantang sendiri di rumah tanpa ada orang tua2 nak tolong...mujur ada husband and kakak ipar yang tinggal sederet ngan rumah saya...dia la yang datang nak tlg mandikan baby, masakkan bubur nasi untuk saya makan dan sediakan air mandi saya...husband plak hari2 ulang alik keluar cari barang keperluan la, bwak baby pergi cek kuning la...Mak ayah n kakngah pun ada datang ziarah...thanks to kakngah sebab tolong belikan barang keperluan masa pantang ni...biskut2 n oat smua ada...

Along marissa n angah maisara datang melawat...


Hari ketujuh, saya dan husband sepakat nak namakan baby ZARA AFREEN BINTI MOHD SANIROL...

ذَرَى - dispersing
 آفرین - the beauty

Sebelum zara lahir lagi kami memang ada searching few names...and lastly husband berkenan nama ini...kalo ikutkan buku yang kami jumpa, ZARA = puteri, AFREEN = cantik / bertuah..tapi buku tu tak sediakan ejaan dalam bahasa arab untuk dirujuk maknanya dalam bahasa arab...disebabkan tu saya cuba rujuk dengan salah sorang bekas lecturer saya dari UIA yang berasal dari Iraq, kalo ikutkan ejaan arab macam kat atas tu bagi dia bermaksud "the ultimate top" or yang terbaik...saya juga ada bertanya pendapat sahabat saya yang sedang belajar di Mesir...dan maksud yang dia paham dengan nama ni macam yang saya sebut kat atas tu...alhamdulillah...semoga anak Ummi nanti cantik zahir dan batin macam nama yang diberi...hehehe

kesian zara...kulit kering n mengelupas duk bwh lampu tu...huhu

Hari ketujuh jugak Zara terpaksa admitted semula ke wad, sebab bacaan kuning dia dah tinggi...kalo xsalah saya hari ketujuh bacaan kuning dia 253...husband plan nak wardkan Zara kat Wisma Dr Zainol balik...so that kami bleh stay dalam salah satu bilik sementara tunggu Zara kena phototherapy...masa tu sedih xtau nak cakap...beberapa hari sebelum admitted macam2 kami try nak cuba turunkan bacaan kuning dia...mandi ngan air daun kucai, daun belimbing buluh, suap sikit air sengkuang cina, air zam2 dan kurma, tp semua xmenjadi...masa mula2 tengok dia kena phototherapy tu nurse letakkan dia menelentang dalam box tu...Zara terkejut2 sambil nangis...masa tu sekali ngan umi dia pun termenangis,,,nak pegang dia x boleh...diorang xbagi parents masuk...tengok dari cermin luar ja...huhu...then diorang meniarapkan dia, baru dia senyap...saya dan husband diberi bilik betul2 sebelah nursery...bukak2 pintu ja terus nampak Zara..Zara stay bawah UV light tu untuk 2 hari, bacaan dia dah turun paras selamat baru kitorang balik...Lepas balik dari wad barulah husband hantar saya dan Zara balik ke Perlis untuk berpantang...masa tu rasanya hari ke 10.. saya pun dah rasa sihat skit nak dukung Zara dalam perjalanan...husband pulak dah nk start keja balik, lepas seminggu lebih cuti jaga saya...

zara dah sihat lepas hari ke2 bwh UV light


Maka bermulalah tempoh berpantang saya di Perlis selama 44 hari...

Jom ikut Zara balik Perlis...kami belikan car seat juga...sb sepanjang 2 jam perjalanan saya kdg2 ada juga rasa sengal2 kt tempat operation tu...bila xsakit baru saya dukung dia...

Cerita pantang kemudianlah eh...nak tukar pampers Zara jap...heheh...
Till then, assalamualaikum...