Showing posts with label aulea. Show all posts
Showing posts with label aulea. Show all posts

Tuesday, November 6, 2018

Happy birthday anak anak ummi and babah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, tahun ni anak-anak dapat sambut birthday di tadika. Saja hantar depa ke tadika awal untuk belajar berkawan. So far diorang adapt well kat sana. cuma risikonya terdedah ngan jangkitan tu kerap la jgk. kejap2 demam. kejap2 batuk selesema. huhu

Diorang pun dah pandai dah membaca sikit2. Bacaan dalam solat pun alhamdulillah lancar. surah2 tertentu pun dah boleh hafal. diorang pun banyak berdikari. nk mandi sendiri, pakai baju sendiri, bersiap, makan pun pandai makan sendiri xtumpah dah. alhamdulillah..

Every month akan ada birthday celebration untuk anak2 yang lahir bulan tu. Zara n Aulea pun x terkecuali. Zara celebration masa April haritu. Aulea pulak bulan Ogos. tapi malangnya masa hari nk celebrate tu Aulea admitted sb pneumonia. huhu. So kek untuk dia ummi order masa celebration bulan September. ok la kan, janji ada kek untuk kenangan dia. hehehe

Kakak Zara sambut birthday ngan kawan-kawan. kek zara yang frozen kanan sekali. ummi order kat jiran satu taman ummi. 

Zara with friends dan teachers

Zara ngan kek frozen dia. dia yang request nk frozen.


Adik plak nak kek little pony. haha time ni ummi kalut xdan nk order awal so p beli walk in kat kedai kek taman sejati. btw not walk in pun, tanya wassap ja, then minta depa delivery ke tadika. haha

zara n aulea with their friends

Aulea potong kek ngan teacher

excited dapat kek pony tu. hehe

aktiviti kat school. teacher ajar depa buat sandwich telur

zara pun belajar pakai turbo chopper dari tupperware ni. balik rumah merap ummi suh beli jugak. ummi p beli kt MR DIY je ada lebih kurang mcm turbo chopper tupperware. tp rm 13 je. hahahaha. 

Sekian dulu untuk kenangan. nnt ummi free ummi update lagi. wassalam.

Friday, July 27, 2018

Kuarantin dua beranak

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

huhu.. baru je lega chicken pox Zara, budak2 ni p school dh la sehari kot. then tetiba 2nd day Aulea started low grade fever. huhu. umi EL la hari ni (23 Julai 2018). hmmm dok monitor whole day kat badan aulea. so far till petang ada seketoi ja gelembung air kat bawah leher dia. ok mayb nyamuk gigit kot.. nak sedapkan hati. sekali bapaknya balik keja ptg tu dia suruh tgk kat badan dia naik biji2 air. OMGee... aku dok peda si anak takut naik chicken pox skali bapaknya dah penuh satu badan!!! tepuk dahi.. aduiii

maka bermula la episod bapaknya cuti kuarantin. esoknya Aulea umi hantar jgk g school sb nampak dia mcm sihat je. tgh hari teacher wassap inform naik lg 2 3 ketoi biji air kat badan n tapak tangan. berhuhuhu la ummi confirm la chicken pox si adik pun. tgh hari balik ambil dia dari school, hantar kat babah kat rumah. esoknya mula balik la cuti kuarantin ummi untuk aulea pulak. ulang balik la segala lauk2 pantang orang chicken pox ni.

sepanjang kat rumah, Aulea punya biji air x seteruk kakak dia. ada mmg ada, tp x banyak sgt. n dia pun x meragam sangat. yang bapaknya mmg teruk satu badan. betul la orang kata, masa kecik2 kena lagi better dari dah besar. kesian pulak tgk babah. sakit sakit satu badan, gatal lg. tok wan p carikan lagi daun semambu. Ummi pun p cari sabun, syampu berasaskan daun semambu untuk babah, alhamdulillah kurang sikit la gatalnya. Ummi pun ada order krim herbal blend dari shaklee jgk. so far babah mmg sapu calamine lotion tu je dulu sb masih berair. yg mana yg dah kering n berparut tu baru letak herbal blend. Babah nye episode chicken pox dekat 2 weeks jgk baru nak ok. huhu.

biji air masa mula2 naik kat badan aulea. tgk macam kena gigit nyamuk



teacher hantar gambar biji air naik kat tangan masa hari kedua.

biji air kat badan masa lepas mandi teacher perasan

biji air kat bawah leher.
belakang badan babah yang penuh dgn chicken pox. ni lepas sapu calamine lotion

kali ni umi blend daun semambu, buat paste macam ni. sapu kat seluruh badan. tp ni babah ja la yang pakai. aulea geli tgk badan jadi hijau mcm hulk

hari2 lauk babah ikan singgang je la. makan sampai muak

shampoo neem. ada ekstrak daun semambu. atas kepala babah pun penuh biji air. malam2 tergaru2 gatal. lepas pakai ni so far kurang sikit menggaru

ni pencuci muka daun semambu. sama la utk cuci muka penuh ngan chicken pox

ni sabun mandi neem. ada ekstrak daun semambu jgk. babah pakai ni sepanjang dua minggu sampai habeh. alhamdulillah berkurangan gatal dia.

dalam mulut penuh ngan ulcer. guna ni utk spray dalam mulut. kurang kan pedih ulcer.

ni sama macam spray difflam td. tp dalam bentuk lozenges, sesuai utk ulcer n sakit tekak jgk.

sabun2 berasaskan semambu tu beli kt kedai india mutaiyas. India byk pakai semambu ni. difflam lozenges n spray tu beli kt farmasi. pakej bapak n anak semua ni.

selepas seminggu cuti kuarantin ummi, aulea dah bleh p school. punya la drama ya rabbi.. liat benor nk p school balik. babah sambung mc dia sampai minggu kedua sb x betul2 sihat lg. lepas habes smua lega, ummi disinfect satu rumah. cadar2 semua basuh ngan antiseptik. lantai semua mop ngan dettol. huhu.

tu dulu cerita ummi untuk kali ni. bleh buat rujukan di masa2 akan datang. hopefully x kena dah kot penyakit macam ni. letihhhhh..

wassalam

Wednesday, August 30, 2017

happy 2nd birthday zayyana aulea

alhamdulillah.. zayyana aulea turns 2 on 18.8.2017..
kali ni buat makan2 simple ja.. jemput family kakcik, kak yah, tokwan ad n babysitter depa, cik umi n abah depa..
alhamdulillah majlis lancar.. adik nak kek mickey mouse katanya.. layankan aja.. hehehe
kek mickey mouse mcm yg adik request.. quite heavy deco actually.. boleh thn la rasa dia.. not bad
kakak yang excited nk potong kek.. mcm besday dia pulak. haha..adib steady ja
posing ngan babah pulak

semoga adik terus membesar jadi anak solehah, kebanggaan umi babah n kakak..

till then, wassalam..

Wednesday, September 30, 2015

Cerita pantang Ummi Zara Zayyana

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, selamat melahirkan baby ke 2, skang masih dalam tempoh cuti confinement..

Tepat hari ketujuh kelahiran 2nd baby, kami sepakat menamakan adik Zara sebagai

Zayyana Aulea

زَيَّانَة = kecantikan

أولياء = para wali

lebih kurang maksudnya kecantikan wali Allah.

mulanya ummi nak namakan Zayyan Auliya.. tapi maktok and makngah komen bunyinya macam keras sikit.. so ummi tambah jadikan Zayyana supaya bunyi lebih lembut, maksud pun xbanyak berubah dari segi bahasa arab. Babah pulak suggest nama Auliya tu dieja dalam rumi sebagai Aulea.. just nak nampak lain sikit je, tapi maksud dalam bahasa arab masih sama.

maka jadilah puteri kedua kami


Zayyana Aulea binti Mohd Sanirol

Alhamdulillah masa tempoh berpantang seminggu pertama, Aulea x banyak kerenah.. tido ja.. kuning pn x tinggi macam zara dlu. just p check up kat kkia sampai hari ke 8, then nurse cakap ok dah, nant depa mai cek kat rumah.

Pantang kali ni ummi pantang sendiri di SP, sebab kesian kat mak yang dh selalu x sihat. lagipun, Zara pn perlukan ummi, kalo ummi pantang di Perlis nak tinggal Zara di SP sedih jgk.. nak bawak Zara balik Perlis pn ummi xmampu nak uruskan both sendri tanpa babah. mak pulak x berapa sihat.. so kesimpulannya, kena kuatkan hati jgk pantang sendiri. alhamdulillah, kakak ipar tinggal dekat saja. hari2 dia yang akan bawakkan makanan pantang. and tolong mandikan baby. Zara babah hantar ke baby sitter siang hari. so ummi bleh focus pada Aulea ja. weekend biasanya kakngah or kak ros akan datang melawat, bawak mak ayah jugak mai tengok cucu baru. weekend jugak biasanya kami ambik maid datang tlg kemas rumah. 

Ummi start berurut pada hari ke 12 macam tu, 3x berselang seli. cucur rambut Aulea pn dengan kakak yang mai mengurut tu pada hari ke 7. cumanya Aqiqah Aulea buat hari ke 21, tu pun minta tlg mak uruskan di Perlis.. upah sembelihan dan masak, pastu agih2kan lauk kambing tu pada sedara mara. xbuat kenduri Aqiqah untuk Aulea sebab xda sapa nak tolong kami kenduri di sini.. xpa, yang penting yang wajib dah terlaksana =)

Masuk minggu kedua Aulea mula dah nangis setiap malam. kami pn xtau kenapa.. start dlm lepas isyak macam tu sampai lah pukul 2, 3 pagi baru dia nak tido.. huhuhu.. ummi la yang penat nak jaga dia. nasib baik ummi tido di bilik ke 2, x la ganggu zara tido ngan babah di master bedroom. kalo tidak dua2 nangis jenuh laa.. haha

towards the end of pantang.. lebih kurang seminggu terakhir tu, dah nak hari raya Qurban. ummi pun dah makin sihat, kami balik ke Perlis, sambung pantang di Perlis sebab lepas raya pn babah outstation ke Langkawi. masa di Perlis, Aulea masih nangis tiap2 malam.. Ada satu malam tu, tokwan ambik dukung dia, dan terus baca yassin. masa tu baru Aulea nak tido. huhu.. disebabkan tu, kak ros pn tolong carikan minyak celak untuk Aulea.. takut kena gangguan. 

Alhamdulillah, lepas pantang mcm tu Aulea dah stable.. x nangis2 dah... lega ummi.

oh ya, alhamdulillah, ummi berjaya fully breastfeed aulea kali ni.. towards the end of cuti confinement pn ummi berjaya kumpul stok ebm yang agak banyak. alhamdulillah.. murah rezeki kali ni. sebabnya, ummi dah belajar kena pam seawal mungkin masa confinement sebab time tu la susu tengah melimpah ruah..

pantang day4

dah start mengepam dari hari ke 4. alhamdulillah medela ni masih berjasa pada tuannya. pantang sendiri kat rumah senang sikit nk mengepam.. xde org nak melawat sangat time weekdays
cukur rambut Aulea hari ke 7

alhamdulillah, surat beranak pun dah didaftarkan nama Zayyana Aulea pada hari ke 7

potong kuku hari ke 7

yeay kepala baru.. haha
set pantang yang ummi gunakan.. kali ni ummi guna NR. seriusly mmg best. Ummi dapat ni dari kawan Ummi, farhana che nik. actually, dia beli untuk pantang anak pertama dia, tp dia x sempat guna langsung sebab anak dia keluar masuk wad. so dia let go kat umi harga rm200. langsung xbukak lg time dia dah post tu. alhamdulillah rezeki baby. set ni mmg sangat membantu umi. phytonatal tu mmg menambahkan susu, dan jugak senang melawaskan. air herbanika tu pn buat bdan segar.

baru 3 hari cukur rambut dh naik anak rambut baru. hehe

Zara tgh bonding time ngan adik

perbandingan muka zara n aulea

Aulea masa check up 1 month time ni dah 5.5 kg

masa balik sambung pantang kat Perlis.. babah outstation.. guna kain pelikat babah selimutkan zara sbb rindu babah

time ni Aulea dah berenti nangis lepas tokwan dok baca yassin. kakak zara datang nk pujuk aulea

bawah : Zara Afreen , atas : Zayyana Aulea
akhirnya ummi habes pantang baru bleh bawak zara n aulea jalan2

babah belanja Blackwood lepas habis pantang

adik lepas pantang.. bawak keluar naik stroller

yeay ummi dah merdeka time ni
lets celebrate my last day of confinement with coffee =)

tu lah serba sedikit cerita pantang ummi untuk Zayyana Aulea. 

till then, jumpa lagi nnt..