Showing posts with label coret conteng. Show all posts
Showing posts with label coret conteng. Show all posts

Wednesday, May 2, 2018

Miscarriage

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

As stated in title, sadly i would like to share that i had a miscarriage about a week ago (27 April 2018). =(

Its already pantang day 4 (i conclude to start pantang on Sunday, 29 April 2018 after confirmed complete miscarriage through ultrasound scan at Amanjaya Specialist)

Xpa, ada hikmahnya tu, insya Allah.

Actually, xda planning untuk dapat baby lagi dis yr, Zara n Aulea just started school (preschool) this year, so i plan to have a balance lifestyle first, and to focus more on my job and family especially mak n ayah tgh x sihat, trying new things in dentistry.. and maybe proper diet.. haha

then suddenly i realized that my period scheduled for april had delayed about 15 days already. checked UPT on 19 April 2018 and it turned out to be double-line. OMG. surprised and also excited actually, but i tried not to be overjoyed, because sometime it can be false positive.

then alhamdulillah, there was this ceremony on 24 April 2018, i got Anugerah Perkhidmatan Cemerlang for 2017 in Alor Setar (i will talk about this later, insyaAllah). my husband took his annual leave and brought me to the convention centre (how sweet, thanks hubby). after the majlis, we still have time before fetching the kids from school so ask him whether we want to go for ultrasound scan at Dr Halimah Amanjaya Specialist. it was about 5weeks pregnancy, we were quite excited actually.. hehe

the next day, i celebrated Dr Swee and Dr Goh 's Birthday at Overstepped Cafe together with my colleagues. i also TER break the news already.. haha. all of them congratulated me already.

then on 26 April 2018, i woke up around 2am to go to toilet when suddenly i found brown discharge spotted on my panties. dah rasa xsedap hati time tu, but no pain or cramp at that time. Hubby said just go back to sleep mayb it was just implantation bleeding.

the next day i still go to work, already had ceramah merokok (KOTAK) planned with school teacher at SMK Bandar SP. so it is not proper if i suddenly MC or EL that day. bleeding still continue that time, but only small amount. try to ask my fren from OPD whether she can scan or not but she claimed that they dont have ultrasound machine, need to go to ED or KKIA. then i called Dr Halimah back and she asked me to go back to her. i arrived there at about 11 am, she quite bising haha sebab still p keja wp dh bleeding. scan done and baby was still there. she jabbed me 1 shot, then gave me duphaston for a week and 1 week MC. but knowing Hajarhanim who is quite degil, i didnt go back home, i still go to work because its already lunch time, then that day was thursday (working hour just till 3.30pm). agak rugi la kalo mc dah separuh hari kan. sempat lg ajak nicha (DSA) and pah (technician) p makan burger nasi lemak McD. sedap wey. balik klinik pn xda keja teruk pn, just buat reten n banyak duduk ja, kalo xbuat that day mesti drag lagi smpai minggu depan. then around 3.30 pm after punch out ada farewell Dr Jamilah, Sister Z n Kak Hawati kat Cinta Sayang Resort. informed hubby already n dia benarkan untuk p. makan ja kot, no harm i think.

then the next day Jumaat 27 April 2018 bermulalah episod heavy bleeding and cramp. ingtkan kental sangat bleh tahan sakit. hubby p keja, tinggal umi ngan budak2 ni je kat rumah.. sakit sangat sampai husband pn xbleh focus kat keja then ambik EL. sempat snap gambar someting like jelly yang keluar kat pad and send thru wassap kat Dr Halimah. She said just wait, and kalau bleeding tu heavy sangat2 terus p emergency. Hajarhanim kan degil jgk, dalam hati, xpa tunggu dlu.. smpai x tahan sangat baru p. i had a feeling that time that the baby dah xda. tp xconfirmed so assumed lah still ada until confirmed through scan.
Sabtu 28 April, reduced sket pain. tp still ada on and off. dok umah je x p mana2 pn. ada jemputan kenduri umah nicha pn xp sb sakit. then on Ahad 29 April, pain came back, quite severe that i had to telan brufen 600mg. hubby hantar anak2 p school and bawak umi p Dr Halimah balik. it was confirmed that i had a complete miscarriage. huhu. tp alhamdulillah, no need for DnC sb dah keluar habis. Doc gave me another 1 jab, and antibiotic. bedrest for 2 weeks. then i assumed that pantang day 1 started already. uhuuu.. balik tu muntah2 and pening effect dari ubat yg dr halimah cucuk. cramping kuat jgk umi rasa uterus tgh contract kot nak releasekan segala yang ada.

then here i am, writing on this blog, sebab xtau nk buat apa kat rumah... i had my own sweet time at home, mayb Allah nak bagi rest. since earlier dis yr, mak ummi selalu sakit2, started with pemphigus foleacus then leg ulcer, selalu ulang alik balik perlis bawak mak check up. then ayah pulak naik bengkak kat leher. tp xsempat nk bwk ayah check up sb miscarriage, kakngah take over. kerja kat klinik pn makin bertambah patients and makin bertambah program promosi bla bla.. all the requirements to fulfill, so mayb its time for me to take a rest for a while. rawat dlu luka dalaman dan luaran. mayb ini masa untuk lebih dekatkan diri dengan Allah. huhu

mayb insyaAllah i will share my cara pantang in this blog later. miscarriage pn kena pantang mcm org beranak, just cuma 2weeks je la bleh pntang betul2 pn sb MC takat 2 weeks je.

till then, see u later insyaAllah. wassalam


Thursday, February 6, 2014

its thursday again!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

yeay...dah khamis...as usual...khamis kedah balik awal, 3.30pm... hari khamis hari yang ditunggu2...sebab soknya cuti weekend...walaupun cuma 2 hari..jumaat dan sabtu..hehe...best sebab sok husband cuti jugak...so weekend ni ada 2 hari nak spend time sama2...selalunya jumaat saya tinggal sorang2 kat rumah...(husband cuti weekend sabtu ahad, so selalu hanya ada sabtu untuk kami spend time sama2)...

this week husband hari2 balik awal...usually kul 9 malam baru dia sampai umah...tp sebab dis week boss dia still on holiday sbb CNY, so dia bleh balik seawal 6 petang..hehehe....xla sunyi sangat kat rumah ni...

this week is my 27th week of pregnancy....alhamdulillah...baby semakin aktif...hari2 ummi dapat rasa baby bergerak...kadang2 mcm menendang....jangan jadi kaki bola macam papa sudah...hehe

seronok sangat pengalaman jadi bakal ibu...sejak dari mula pregnant setiap pagi ummi akan makan kismis, badam dan pati delima...malamnya pulak ummi amalkan minum anmum and makan multiivitamin obimin...kadang2 ada juga ummi amalkan air zam zam dan buah kurma....ramai orang cakap minum anmum baby jadi besar n risk dapat GDM...entahlah...ummi pun xtau betol ke tak...tp ummi xikut aturan dia betul2 pun...arahan kat kotak tu tulis 4 scoops 200ml water tp ummi kadang2 letak 1 scoop setengah je...tu pun bukan hari2 ummi minum...so far ok la...berat naik macam biasa except ada sebulan tu ummi bertambah selera makan n asyik makan fastfood ja...sebab tu naik 4 kilo..but after that my weight increase at par...ramai jugak yang asyik promo makan shaklee tp husband xbrapa encourage sangat...dia lagi prefer sy makan benda2 fresh macam sayur2 n buah2 fresh..mayb untuk set pantang saya bleh try shaklee...hehe




selain dari tu saya banyak amalkan surah2 pilihan sepanjang masa mengandung...antaranya surah Maryam, al- Hujurat, Yusuf, Yasin, Luqman dan at-Taubah...sebelah malam sepanjang masa tidur pun saya akan pasang ayat-ayat al-Quran sampai ke pagi...sebabnya sejak kandungan masuk 5 bulan saya selalu ada masalah tidur...selalu rasa macam tidur terganggu...especially if saya ada keluar rumah sebelum atau pada waktu Maghrib...malamnya mesti tidur saya terganggu...husband pun cadangkan untuk pasang ayat2 Quran sebelum tidur...at least baby pun dapat dengar...alhamdulillah sejak tu masalah tidur saya semakin ok...


dan bila saya sorang2 di hujung minggu, biasanya saya habeskan masa dengan membaca buku-buku ni...di selang seli dengan kerja2 rumah (mengemas, membasuh, memasak, lipat kain) hehe


haaaa...last week saya dan husband sempat shopping barang2 baby...banyak lagi actually benda kena beli....ni baru sikit...and yesss...dis weekend definitely we will attack shopping complex again...hahaha



actually masa tengah pilih2 barang ni rasa baby bergerak aktif sangat dalam perut ummi...eh eh budak ni pun kaki shopping nampaknya...hahaha

last week jugak my family datang ke SP...saja jalan-jalan...seronok lama xberkumpul macam ni...then esoknya pula saya dan husband balik ke Pendang (kampung sebelah husband)...seronok sebab within 1 weekend saya dapat habeskan masa berkualiti bersama suami, family sendiri dan family in law...alhamdulillah...

masa ni kaum2 lelaki pergi semayang jumaat...kak ros n azri, kakngah tengah susukan kazim

my mummy

budak bertiga ni pulak tengah bergusti kat ruang tamu

then pakcik sani depa balik smua nak suruh dukung...

ni masa minum petang...otw husband n ayah n abang2 n adik balik dari masjid depa singgah beli goreng pisang n kuih dlu


disebabkan rumah kami cuma ada meja makan yang comel je...so semua hidang makan bersimpuh...huhu



azri n tokwan...memang cucu tokwan...haha

btw...malam ni malam jumaat...time to recite al-Kahfi...jom baca al-Kahfi =)


till then, wassalam =)


Monday, April 8, 2013

wah...dah bersawang

Assalamualaikum...

Masha Allah...lama benar tak update blog..dah bersawang2 dah...nak kata busy...xda la busy sgt...ada ja masa free...tp maybe xda benda best nak diceritakan...hari-hari benda yang sama ja dilalui...hehe

alhamdulillah...dah dua posting berjaya dilalui. posting Oral Surgery (OS) selama 3 bulan (26November 2012 - 25Februari 2013) banyak mengajar erti berani dan jiwa kental..tu pun rasanya belum cukup 3 bulan OS untuk menimba pengalaman dlm OS. macam-macam kes jumpa. mostly motor vehicle accident(MVA). alhamdulillah...rasanya ada hikmahnya saya ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA JB)...tempat paling lebat kes MVA di JB. penat memang penat..tp berbaloi penat mcm tu bila banyak new experience berjaya dikutip..malah rasa bahagia dapat membantu pesakit2 yang datang. masih saya ingat minggu pertama di OS...hari2 balik menunggu masuk waktu Isyak. usai ja solat Isyak terus pengsan.. kadang2 tertido di sofa selepas makan malam sementara menunggu Isyak. namun itu cuma minggu-minggu terawal. setelah hampir 3 minggu di OS baru lah saya dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja di OS HSA.

di OS lah saya belajar memasang arch bar. Arch bar adalah kepingan besi yang dipasang pada rahang atas dan bawah, diikat pada celah2 gigi bila adanya kepatahan tulang muka. tujuan pemasangan arch bar ni adalah untuk memegang bahagian tulang muka yang patah supaya berada pada kedudukan asal sementara menunggu proses penyembuhan tulang tersebut. biasanya kalau patah kaki or tangan kita akan simen kan? tp kalau patah tulang muka Dr gigi tidak akan simen, sebaliknya menggunakan arch bar. arch bar ni tidaklah susah dipasang sekiranya patient yang datang mempunyai kebersihan mulut yang baik (tiada karang2 gigi). tetapi selalunya patient yang datang kebanyakannya oral hygiene tidak memuaskan. malah siap berbau arak lagi. (yelah, sebab mabuk lah sebab tu accident)

arch bar with elastic. elastic ni pasang untuk pastikan occlusion gigi atas dan bawah stable.

di OS lah saya belajar berhati kering untuk membantu pesakit. kes yang datang majoritinya pecah2 muka...terkoyak2 mulut.. berdarah sana sini.. mulanya memang saya takut2 bila berhadapan kes2 sebegini.. namun setelah beberapa lama saya mula berani dengan niat cuma satu : nak bantu pesakit. insyaAllah Allah akan permudahkan.

di OS juga saya belajar teknik menjahit luka (toilet and suturing).bilamana luka di muka through and through (dalam dan luar), teknik layering digunakan. nak menjahit luka ni memerlukan kesabaran yang tinggi. xbleh nak jahit sesuka hati sesedap rasa ja. kena pastikan ruang antara jahitan tidak terlalu jauh supaya tiada peluang untuk jangkitan kuman berlaku. perlu juga pastikan jahitan tidak terlalu ketat supaya scar yang akan berlaku tidak nampak distorted. pesakit juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan tempat jahitan untuk mengelakkan jangkitan. kat OS juga saya telah mula tagging oncall selama seminggu dan oncall juga selama seminggu. alhamdulillah...semasa oncall weekdays saya tidak terlalu penat. kes cuma 1-2 kes sahaja setiap hari. namun semasa weekend kes oncall agak lebat. alhamdulillah saya berjaya mengharunginya. selepas ni oncall cuma 3-4 hari sahaja. (first time oncall ja seminggu)


ni serpihan kaca yang berjaya dikeluarkan dari mulut patient. bayangkan patient ni MVA (windscreen injury) cermin depan lori yang dipandunya pecah dan terkena muka. kaca2 ni melekat di dalam pipinya hingga ke pangkal hidung. patient xsedar ada kaca dalam mulutnya (siap boleh makan dan minum plak tu) hinggalah kami (fydo) datang ke ward masa oncall nak buat toilet and suture.

di OS juga saya berpeluang mengikuti operation theatre (OT) yang diadakan setiap selasa. kami fydo akan bergilir2 untuk masuk OT. saya berpeluang untuk scrub and assist beberapa kes ORIF (Open Reduction and Internal Fixation) dan Carcinoma.


ni kes squamous cell carcinoma of maxilla yang berjaya dikeluarkan semasa OT.

kemudian posting kedua saya adalah Oral Medicine Oral Pathology (OMOP) selama sebulan (26 Februari 2013- 25 Mac 2013) di Hospital Sultan Ismail (HSI). agak cultural shock sebabnya di OS HSA saya hari- hari sangat busy ngan patient. bukan hanya kes2 OS. sebelah petangnya kes appointment yang mana pesakit root canal treatment (RCT) dan tampalan juga kami uruskan. sebaliknya di OMOP HSI patient yang datang kadang2 2-3 orang sahaja untuk 1 hari. hehe.. hari pertama saya di OMOP memang saya tidak tahu nak buat apa.. macam kucing nak beranak pun ada ke hulu ke hilir. hinggakan Kak Yam (DSA di OMOP) pun tegur " kesian Dr...dah biasa ramai patient tetiba datang sini xda patient.." hehe..ya benar. itu yang berlaku. hoho...tp tidak pada minggu seterusnya. actually semasa minggu pertama saya di OMOP, specialist OMOP Dr Hans berkursus. so memang xbanyak appointment yang ditetapkan. masuk minggu kedua saya di OMOP, Dr Hans dah balik.. maka masak lah kitorang (saya dan sorang lagi fydo). everyday akan ada sesi soal jawab bersama Dr Hans. and assignment akan diberikan sekiranya kami tidak dapat menjawab. hehe...mulanya agak stress. tp lama kelamaan saya dapat rasa ini banyak membantu saya recall balik apa yang telah dipelajari masa di uni dulu.

semasa di OMOP HSI, saya tidak hanya didedahkan semata-mata dengan oral medicine and oral pathology., kadangkala staff di OS HSI tidak mengcukupi (OS dan OMOP sebelah menyebelah je), so kdg2 ada lah jugak saya membantu di OS. Specialist di OS HSI juga mewujudkan Journal Club pada setiap hari Rabu, di mana journal akan diberikan sehari sebelum hari perbincangan. semasa di journal club lah kita akan dilatih untuk melihat dan menganalisis sesuatu journal itu secara kritikal (critical analysis)

boleh disimpulkan di HSI banyak dari segi teori yang ditekankan...manakala di HSA banyak dari segi praktikal dititikberatkan. overall kedua-duanya saling melengkapi. alhamdulillah =)

currently saya sedang berposting Pediatric Dentistry di HSA selama sebulan bermula pada 26 Mac 2013 yang lalu. Baru 4 hari saya di paeds, tetiba pula saya terkena chicken pox. huhu...masa kecik2 dulu xpernah kena. agaknya ada lah tu terkena jangkitan dari mana2 budak2 yg datang ke klinik..masa berMC lah saya selama seminggu di Perlis. huhu..ari ni hari terakhir saya MC. sok saya akan memulakan semula tugas saya selepas seminggu bermanja ngan mak di umah.. hehe..biasalah.. sakit2 macam ni manja lebih sket ngan mak..dah lah duk jauh nun di selatan kan..hehe..semoga Allah permudahkan urusan saya untuk meneruskan tugas saya insyaAllah..

Saturday, December 8, 2012

Thursday, November 29, 2012

JB...here i come..like it or not...

Assalamualaikum...

Cepat sangat masa berjalan....daripada terkejut tergempar dapat surat from SPA kena p induksi...induction course for a week in Klang...then 26 November dah report duty...saya ditempatkan di Johor Bahru...perggghhhh....xde dalam list pun...btw alhamdulillah Allah makbulkan doa saya untuk tidak ditempatkan nuuuun di seberang laut...

So... Here i am...JB...like it or not...still i have to do my job here... Keje itu amanah.... tagline KKM  "Kami Sedia Membantu" tu kene praktik betul2 la ek...huuu

Rabbi yassir wa la tu 'assir..

cerita pasal posting saya akan update kemudian okeh...

Wassalam

Tuesday, November 6, 2012

know vs care

"People don't care how much you know until they know how much you care... Do you care? "


Perlu tahu bahawa kasih dan sayang bukan perkataan tapi perbuatan. Ia bukan bahasa lisan tapi bahasa badan. Kasih dan sayang ialah sesuatu yang dikecapi melalui lisan hal (keadaan semasa) kita kepada insan yang disayangi. Tentunya belaian tangan ibu yang mengusap rambut anaknya, lebih berharga daripada sekadar ucapan ," Ummi sayangkan Amin"

(Hasrizal Abdul Jamil)

Sunday, November 4, 2012

hot coffee mood

assalamualaikum


hmm... sejak kebelakangan ni asyik hujan je...i really like this "hujan" mood...lagipun hujan tu kan rahmat.... alhamdulillah....semoga hujan yang turun dapat melimpahkan lagi rezeki kepada seluruh umat....

apa yang saya selalu buat kalau hujan-hujan begini? tambah2 plak masa cuti-cuti begini... nak kuar jalan2 tentulah tidak selesa... sejuk2 macam ni...bergumpal bawah selimut sambil do some light reading....ohhsemmm!!....haha 

 

nikmatnya bila dapat menghirup white coffee panas2 bertemankan buku buat santapan minda, di tambah pula kesejukan dan bunyi titisan air hujan....owh heavennya rasa...dulu masa kat time study saya kurang ada masa untuk bacaan lain...selalunya masa yang ada untuk study group and study lecture notes or prepare for clinical works....bacaan lain cuma bergantung dengan internet je...tupun if sempat blog walking....huhu....time2 cuti mcm ni la terasa nak mengkhatamkan buku2 ilmiah lain....


btw...this is my new book on the rack...tp xde kena mengena ngan filem aku terima nikahnya yang tengah on kat wayang tu tau...baru je beli tadi...haha~~ kepochi giler baru je beli dah wat iklan... this book is reaalllyyy ohhsemm....dulu selalu nampak buku ni...tp saya ingat buku ni mesti jewang2 ni...lagipun saya x minat sangat baca novel2 jewang ni..jarang ada mood nak baca novel2 cintan....rupa-rupanya...baru ja baca beberapa page terus melekat...isinya santai...sesuai untuk semua peringkat umo...if tengok tajuk..mesti ada yang rasa ni buku untuk orang kawen ni....xpun yang akan berkawen dalam masa terdekat...xpun untuk ustaz/ustazah sebab penulisnya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil...tambah pulak saya jumpa buku ni tadi pun dekat rak2 buku keagamaan....

but actually buku ni sesuai untuk semua peringkat...baik lelaki ke perempuan ke, di bangku sekolah, yang single mingle, yang xkawen, yang xde plan nak kawen, yang akan bertunang, yang dah bertunang, yang akan berkawin, yang dah berkawin bahkan untuk pakcik-makcik yang dah lama kawen pun boleh baca....seriusly this book bukan hanya untuk alam perkahwinan, tp bercerita tentang kehidupan...garapan ayat2nya yang santai, buat saya terasa seperti berada dalam cerita yang disampaikan...dan ia bukan hanya cerita rekaan, tapi merupakan cerita pengalaman hidup ustaz Hasrizal sendiri....alhamdulillah...Allah temukan saya dengan buku ni....dah la td buku ni the only one yang tinggal...laku sungguh rupanya...




1st time baca terus jatuh cinta...hehe...buku ni comprise of 3 best seller books by ustaz...aku terima nikahnya, bercinta sampai syurga dan murabbi cinta...if nak beli buku2 tu asing2 pun boleh...tp if dapat edisi istemewa ni murah sket (Rm55) n senang nak dibaca sekali gus..

ok...it's time to continue my reading...selamat bekerja dengan penuh dedikasi buat insan-insan yang bekerja esok! wassalam

Thursday, November 1, 2012

Tuesday, October 9, 2012

pre convo : in memory

alhamdulillah...

we are UIA's dentist
before procession...sempat lg snap
best friend forevaaa

study group (saya join last minute jer...hehe)

sekejapnya masa berlalu...dah dekat 2bulan gambar di atas diambil...actually ni gambar pre-convo and oath taking ceremony...gambar real convo akan diupdate later okeh..teringat pulak kenangan-kenangan di KOD...ada manis, ada pahit, ada suka, ada duka...ketawa ngan air mata tu perkara biasa...

suka bila patient appreciate our works...suka bila patient (terutamanya makcik2 n pakcik2) bagi hadiah makanan n apa2 je as appreciation...sy pernah dapat coklat, biskut, buah-buahan, tupperware n tempoyak pun pernah...hehe...suka bila time habes clinic n g lepak makan goreng pisang kat cafe...suka bila dapat kes untuk siapkan requirement...suka bila denture/crown/bridge dapat issue dengan jayanya...

tapi di sebalik suka tu banyak dukanya weh...brapa kali denture kene redo, sebab porous/ no retention...brapa kali bawak kes nak buat crown/bridge tp kene reject...brapa kali buat RCT tp last2 xsempat obturate sebab patient x compliant...setakat kene marah ngan lecturers/nurses tu perkara biasa...dah jadi stone dah pun kalau kene marah...berapa kali balik menangis sebab patient tetiba cancel appointment last minute...berapa kali menangis sebab risau x sempat siapkan requirement...huhu...bila di ingat2 sume tu...rasa bersyukur sangat sebab dah lepas...menangis tiap-tiap ari tu x payah cakap la...dah biasa...cis terasa sangat manja pula diri ni..sikit2 nak nanges...huhu

alhamdulillah, segala puji bagiMu ya Allah...yang memberikan ku nikmat kejayaan sampai ari ni...semua ini bukan satu pun milikku, tp semua adalah daripadaMu jua...dan kepadaMu aku panjatkan kesyukuran...

Saturday, September 29, 2012

cuti oh cuti...

hampir 2 bulan bercuti lepas berpenat lelah berperang ngan exam di medan dentistry, saya rasa banyak masa saya dihabeskan tak tahu ke mana...hehe..memang holiday sakan la...






ada juga event penting yang berlaku beberapa minggu lalu (15sept 2012) dan kami sekeluarga sibuk menguruskannya...mungkin banyak masa dan tenaga ditumpukan untuk event tersebut, baik sebelum mahupun selepas...alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...dan fasa baru kehidupan pun bermula...=)

sebelum itu pula saya sibuk memikirkan masalah tentang penempatan saya untuk bekerja sebagai dental officer (FYDO)..ada sedikit masalah antara UIA, SPA dan KKM...alhamdulillah, mujurlah masalah itu dpt dikesan agak awal (wp sebenarnya dah lambat dari univ lain, tp better late than never kan), dan dapat diselesaikan..pening juga mula2 nak setelkan masalah tersebut, sebab saya kena berulang alik pula dari perlis-kuantan-KL-perlis..memikirkan penat, duit dan kerisauan mak ayah pun melelahkan saya juga...apa-apa pun saya bersyukur, mungkin ada hikmahnya Allah berikan masalah ini...inilah pengalaman supaya saya dapat belajar menguruskan sesuatu hal dengan lebih sempurna kelak, dan mungkin saya dapat berkongsi dan mengingatkan junior2 saya kelak, supaya sentiasa update status kita dengan UIA, SPA n KKM bila nak start keja nanti..alhamdulillah, setelah berbagai2 jalan difikirkan, Allah permudahkan urusan saya...

28sept 2012 pula adalah tarikh interview SPA bagi adik lelaki saya..saya dan family juga sibuk membaca apa2 yang berkaitan untuk membantu adik saya menghadapi interview tersebut.

terbaru, 6 oktober 2012 ni adalah hari konvokesyen saya di uia gombak...beberapa hari ni saya sibuk menguruskan hal2 berkaitan konvo...ye lah, nak ambik robe which is on 29-30sept and 3-5oct, sy terpaksa kirim kan dokumen2 berkaitan pada sedara saya di gombak..susah pula nak berulang alik dari perlis ke gombak dan pulang semula ke perlis semata2 nak ambik robe kemudian ke gombak semula pada 6oct. seboleh-bolehnya robe tu kena ambik awal so that xda masalah kemudian..timbul pula masalah baru, dokumen yang saya hantar tu xdapat sampai ke penerimanya pada masa yang ditetapkan (ada sedikit salah paham, tp xpa lah, benda dah jadi pun), maka terpaksalah saya print semula semua dokumen2 tersebut, scan dan email pula kepada kawan saya yang kebetulan berada di gombak untuk mengambil robe jugak...saya berdoa semoga xda masalah baru pula yang timbul...

bila difikir2kan balik, saya rasa sepanjang saya di rumah, terlalu banyak leisure time yang buat saya sedikit terlalai dan terleka dengan nikmat masa lapang yg Allah berikan ini...kalau dahulu semasa di uia, after solat subuh saya jarang tido semula...masa di habeskan dengan membaca Al-Quran dan ma'thurat atau surfing internet membaca blog2 yang bermanfaat..tp sejak cuti di rumah, after solat subuh saya sangat mengantuk dan mesti tertido balik...kadang-kadang sebab nak cuba hilangkan rasa mengantuk tu, saya masakkan brekfast (goreng nasi ke, bihun ke) dan kadang2 km sekeluarga brekfast di luar..orang tua-tua kata rezeki mahal kalau asyik tido after subuh...huuu...tp penat jugak nak lawan nafsu tidur ni... T.T. doakan saya kuat ya..:'-)

dulu juga, saya rajin membaca...tp masa di universiti, ofcos la lebih banyak baca notes...di sebabkan kurangnya bacaan ilmiah lain semasa di uia, saya berazam untuk membacanya di rumah...tp sejak saya balik ke rumah ni, saya rasa x start2 pun lagi bacaan lain...banyak main internet dan tengok tv je...x pun main ngan marissa si anak buah...aduhh...lekanya saya...T.T...banyak lagi saya kena belajar dan baca, terutamanya ilmu agama, rumah tangga...

dulu juga, saya rasa hampir setiap malam saya bangun berqiamullail...semasa di uia, saya sangat senang terjaga sebelum subuh...tapi sejak balik rumah, nafsu tido saya sangat membuak2...qiamullail pun kekadang seminggu sekali ja...huhuuu...teruknya saya...dulu juga, setiap kali selepas solat maghrib dan subuh setiap hari, al-Quran wajib di baca paling sedikit pun 2 muka surat kalau terlalu sibuk...tp sekarang, kekadang dua hari sekali baru saya baca...bila dah jadi begitu mula lah saya rasa sangat bersalah dan mengcover bacaan saya 7-8page...ya Allah, teruknya saya...sepatutnya al-Quran tu bacaan saya setiap hari...huhu...T.T

sedihnya saya, 2 bulan rasa berlalu dengan sia-sia...sebenarnya dalam masa 2bulan tu saya bleh buat lebih banyak untuk nak memantapkan keimanan dan ilmu saya...Ya Allah, ampunkan saya yang terleka dengan nikmat masa lapang yang Kau kurniakan ini....

tapi saya masih bersyukur, walaupun agak terkilan kerana hingga sekarang saya dan kawan2 satu batch masih belum dipanggil untuk bekerja (posting), sebenarnya ada hikmah di sebaliknya...semalam saya terbaca status fb sahabat medic saya yang akan mengikuti kursus induksi 9hb oct ni...rata-rata mereka dah dapat surat induksi...semua status2 mereka berbau sedih dan berdebar sebab cuti mereka bakal berakhir dan sepanjang cuti ni banyak masa dihabiskan dengan berehat2...hehe..biasalah, student bila dapat cuti memang balas dendam habes-habesan =p. sedikit sebanyak saya rasa berdebar juga kalau tetiba sekarang kami dental grads ni dipanggil bekerja...ye lah, 2 bulan cuti tanpa study or clinical practice, ditambah pula sepanjang revision week n exam tanpa sebarang clinical works, boleh jadi otak saya dan mereka berkarat dan berkulat dah...dentist pula perkara yang paling utama adalah skill tangan untuk bekerja...saya rasa tangan saya dah mcm kayu, takot2 nak start bekerja nanti nak bagi injection ID block pun terketar2...addooii..haha

saya rasa disebabkan ada sedikit masalah tentang proses penempatan kami dental grads ni, berkemungkinan besar kami dipanggil untuk bekerja pada bulan november or december nanti...ya Allah..lamanya...
tp di kesempatan ini saya berazam untuk memanfaatkan sisa-sisa cuti yang berbaki untuk study balik semua lectures sepanjang 5tahun dalam dentistry, nak improve tahap amalan saya dan baiki hubungan saya dengan ALLAH...ok..saya memang skema ok...tp seriously takot, saya rasa kalau kena viva on the spot skang confirm saya fail...hahaha..ya Allah, mohon dipermudahkan urusan...terima kasih Allah kerana sedarkan saya sebelum terlambat....huhu

Monday, July 9, 2012

=)


" Perkara yang paling sweet apabila dua orang saling rindu namun tidak berkomunikasi,tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing "

Tuesday, April 3, 2012

stress

tetiba rasa nak menulis...
stress... tak tau nak cerita macam mana...
hari2 asyik menghadapi masalah yang sama sampai naik jemu nak bercerita...
i need a break...seriously...aku nak lari dari environment dentistry yg stress ni...
cas-cas negatif tengah banyak dalam kepala ni...
seriously, kalo aku x recharge jadik positif balek mula la nak rebell...
aku tahu...
kejayaan bukan terletak pada requirement...
bukan juga pada banyak mana kita study...
jauh skali pada kuliyyah atau Dr Bo..
tp semua pada Allah...
aku tau...
sejak dua menjak ni aku terlalu sibuk dgn hal dunia...
terkejar-kejar nak cukupkan requirement
terkejar-kejar nak siapkan assignments
sampai terlupa ada sesuatu yang lebih penting...
santapan rohani aku makin kurang...
kalau dulu, at least once a week qiam mesti ada
kalo kelas lambat dhuha aku x lupa..
ma'thurat tiap pagi mesti baca...
sunat rawatib pun ada even bukan setiap masa
tapi sekarang...
rasa macam x cukup tanah nak kejar
kalau ada masa senggang pun rasa malas nak buat semua2 tu...
asyik tido ja sebab penat...
jangan sampai yang wajib pun aku malas sudah laa...na'uzubillah...
rasa makin jauh dari-Mu...Ya Allah...ampuni aku...

~ Tuhan, berikan aku kekuatan... kuatkan hatiku dengan kesabaran... Tuhan, bimbinglah aku, agar hati ini sentiasa dekat dengan Mu, dan sentiasa redha dengan ketentuan Mu ~

Tuesday, March 27, 2012

To meet you the heart is keen, but to not meet would be better for my deen

And InsyaAllah, when the right person comes, who loves you for Allah’s sake, he/she will understand and support you in your decision to not date, and thus build a home with you with nothing but Allah’s blessings.
Real love means helping each other attain Jannah, not holding each other’s hands walking towards Hellfire :-)


Thursday, March 8, 2012

:'-)

Don’t assume bad of Allah, for by Allah, if you obey Him and love Him, He will make for you a source of relief and a way out, and if you are alone within your family and society, then Allah will accompany you in your loneliness and He will strengthen your heart and make it firm with His guidance.

Monday, March 5, 2012

24 years of living =)


Alhamdullillah...syukur kepadaNya, kerana masih lagi diri ini diberi peluang untuk bernafas di bumiNya..

Ya Rabb, syukur padaMu, kerana selama 24 tahun aku hidup di bumiMu, terlalu banyak nikmat yang Kau kurniakan...terima kasih kerana selama ini sentiasa mendengar doa-doaku, memakbulkan doa-doaku, mendengar keluhan2 hambaMu ini, menenangkan jiwaku, dan menjawab segala permintaan-permintaanku dengan caraMu yang tersendiri...ya Allah, terima kasih kerana melahirkan aku sebagai seorang Islam, kerana dengannya aku dapat mengenalMu, ya Allah, ampuni aku kerana aku masih belum menjadi hambaMu yang sempurna...terlalu banyak dosa2ku jika dibandingkan dengan nikmat dan kasih sayangMu...terima kasih kerana mengurniakan aku seorang mak yang sangat menyayangiku, ayah yang sentiasa mengambil berat akanku, dan adik beradik yang sentiasa menyokongku... terima kasih atas segala ujian dan dugaan dariMu, kerana hanya dengan ujian2 aku belajar untuk lebih dewasa dan mendekatiMu...kerana aku tahu, ujian itu tanda perhatian dan kasih sayangMu, dan sebagai kifarah atas dosa-dosaku...

Mak, mintak maaf kalo selama 24 tahun adik jadi anak mak, banyak hak2 yang adik x laksanakan sebagai anak... terima kasih mak, yang 24 tahun lalu bertarung nyawa nak melahirkan adik, yet adik kadang2 masih degil n suka sakat mak...hehe...mak, adik tau mak selalu marah adik sebab adik degil, sebab mak sayang adik, xmau adik susah kemudian hari...mak, adik tau adik kadang2 degil, tp mak tau x, dalam diam sebenaqnya adik tau ada benarnya apa yang mak cakap, n siapa adik sekarang adalah hasil didikan mak...terima kasih mak...

Ayah, terima kasih sebab selama 24 tahun adik jadi anak ayah, ayah selalu melengkapkan segala keperluan adik...adik tau dulu kecik2 adik suka bazirkan duit ayah...mintak beli itu ini, tp ayah selalu x pernah hampakan adik...adik tau ayah selalu risau pasal anak2 ayah, tp ayah selalu tunjuk cool ja depan anak2 ayah...mintak maaf ayah, sebab selalu buat ayah risau selama 24 tahun ni...terima kasih ayah, sebab berikan didikan agama untuk adik...ayah ajar adik untuk selalu ingat Dia...selama ni kalau adik sedih n risau adik selalu cari someone to turn to...n selalunya adik mesti kacau mak n ayah..hehe...tp ayah ajar adik, sebaik2 pengharapan adalah pada Dia, bukan pada manusia...manusia hanya dapat mendengar dan memberi nasihat, tp Dia lah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Memakbulkan doa...terima kasih ayah...

terima kasih juga pada kawan2 yang mendoakan kejayaanku di dunia dan akhirat...semoga kita semua dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayangNya, dan semoga kita terus kuat untuk istiqamah berusaha menjadi hambaNya yang terbaik... =)

wassalam...

Thursday, February 2, 2012

wordless wednesday


Sometimes you don't need someone to give you a Fatwa saying that what you're doing is wrong. 
Sometimes you just know that you shouldn't do it. You just have to be honest with yourself about it. 


i should have known that i can't do it from the beginning...




ya Rabb...forgive me....

Wednesday, January 4, 2012

surah 'ali 'imran ayat 133-139

And hasten to forgiveness from your Lord and a garden as wide as the heavens and earth, prepared for the righteous

Who spend [in the cause of Allah ] during ease and hardship and who restrain anger and who pardon the people - and Allah loves the doers of good;

And those who, when they commit an immorality or wrong themselves [by transgression], remember Allah and seek forgiveness for their sins - and who can forgive sins except Allah ? - and [who] do not persist in what they have done while they know.

Those - their reward is forgiveness from their Lord and gardens beneath which rivers flow [in Paradise], wherein they will abide eternally; and excellent is the reward of the [righteous] workers.

Similar situations [as yours] have passed on before you, so proceed throughout the earth and observe how was the end of those who denied.




This [Qur'an] is a clear statement to [all] the people and a guidance and instruction for those conscious of Allah .

So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers.

di saat hati tertanya-tanya apakah betul tindakan yang aku pilih, dan di saat hati berbelah bahagi, ragu-ragu untuk meninggalkan 'kebahagiaan' yang aku sedar satu dosa...dan di saat hati bersedih dengan tindakan yang aku ambil...oh Tuhan, indahnya teguran dan jawapan daripadaMu atas segala persoalan di hati ini...ya Allah, aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bertaubat atas segala kesalahan yang aku lakukan. bersyukurlah...Allah berikan lebih daripada apa yang kita harapkan...malah Allah sentiasa ada jawapan untuk semua persoalan...semua ada dalam surat cintaNya - Al-Quran...

dan sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang... ;-)

Saturday, December 24, 2011

silent saturday

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

Wednesday, November 30, 2011

Sunday, November 20, 2011