Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Friday, January 24, 2014

dan cukuplah mati sebagai peringatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bertemu lagi pada hari Jumaat yang penuh barakah kali ni...


20 Januari 2014 - pemergian ibu kepada sahabat baik saya, Kak Ziizah ke rahmatullah...innalillahi wa inna ilaihi rajiuunn...sedih memang terasa...arwah seorang yang sangat baik...masa saya di bangku universiti dulu ada juga beberapa kali saya dan kawan2 ikut kak zizah balik ke Kelantan..arwah kami panggil Mek..kalo kami ke Kelantan Mek akan sediakan makanan sarapan dan tengah hari yang sedap dan segar2 untuk kami...walaupun cuma beberapa kali saya pernah bertemu Mek, tp Kak Zizah selalu bercerita pasal Mek. Kak Zizah seorang anak yatim...ayahnya meninggal sejak dari dia baru nak kenal dunia kerana kemalangan.. sejak tu Mek yang membesarkan Kak Zizah sehingga sekarang...pernah Kak Zizah mengeluh...dia susah hati terpaksa bekerja di JB, jauh dari Mek di Kelantan...kalo nak balik mmg ambik masa yang lama...walaupun Kak Zizah masih ada abang2 dan kakak2 untuk jaga Mek, tp sebagai anak bongsu yang masih bujang sudah tentu Kak Zizah yang paling rapat dengan Mek..

Sungguh, kalau saya juga berada di tempat dia memang akan sangat terasa kehilangan seorang ibu yang susah payah membesarkan kita. Jam 5.30 pagi 20 Januari tu, Kak Zizah watsapp saya dan sarah memberitahu Mek dah x ada...saya mulanya tidak sedar message tu masuk, hinggalah Sarah miscall saya untuk kejut dari tidur...baca mesej tu antara sedar dgn tidak, antara percaya atau tidak...rasa macam tgh bermimpi...usai Solat Subuh baru lah saya rasa betul2 sedar...terus saya hubungi Kak Zizah kira2 jam 6.30 pg..Kak Zizah memang x terkata apa2..hanya tangisan dia yang saya dengar...dia tengah tunggu flight dari JB nak balik ke Kelantan..Flight dijangka pukul 8 pg tu...

Sedih sangat...Kak Zizah yang sy kenal sanggup buat apa saja demi ibunya...rumah ibunya di Kelantan dah terlalu lama uzur...sejak mula bekerja Kak Zizah sanggup ambil personal loan RM 100,000 untuk bina rumah baru untuk Mek...walaupun hidup di JB memeritkan dengan kos sara hidup yang tinggi, Kak Zizah sanggup kerja lebih dengan locum di klinik2 lain untuk cari duit demi loan tu...rumah tu baru siap separuh...bumbung baru naik...tp hajat untuk Mek duduk di rumah baru x kesampaian...Perginya dia untuk bertemu kekasih abadi...

Kak Zizah yang saya kenal memang jiwa kental...dulu masa kami duk di JB sama2, pernah hampir seminggu saya dan Sarah x jumpa Kak Zizah walaupun serumah...sebab keluarnya dia di awal pagi nak ke kerja, baliknya dia lewat malam lepas habes locum, semata2 nak cari duit untuk buat rumah baru...Sedih sangat bila terkenang smua tu...tp manusia hanya merancang, Allah juga yang menentukan...Semoga Allah dan mek redha dengan pengorbanan Kak Zizah, dan semoga Allah sediakan 'rumah' yang lebih selesa untuk Mek di sana...

Menurut Kak Zizah, Mek xda sakit apa2..malam sebelumnya Mek masih boleh solat Isyak berjemaah di masjid, balik ke rumah selepas makan malam Mek terus tido...kira2 jam 3.30pagi Mek bangun, mengadu pada abg Kak Zizah yang dia sakit dada...selepas di urut2, Mek ke tandas dan selepas balik dari tandas dia rasa sesak nafas...Mek meninggal dalam keadaan duduk..sungguh Allah permudahkan pemergian Mek...Semoga itu khusnol khatimah untuk Mek.. al-Fatihah untuk arwah..

xdapat saya bayangkan kalau saya yang berada di tempat Kak Zizah...sepanjang 7 tahun saya kenal Kak Zizah, dia adalah orang yang paling banyak Allah uji... tetapi Kak Zizah macam biasa, walau seteruk mana dia di uji, dia redha dan masih boleh tersenyum... that is her. very strong girl. Semoga Allah beri dia kekuatan untuk dugaan kali ni.

dan cukuplah mati itu sebagai peringatan...ajal maut jodoh pertemuan hanya Allah yang tahu...Subhanallah...kta yang masih hidup ni entah macam mana neraca timbangan amal kita? adakah cukup amal ibadat kita...entah esok atau lusa Allah panggil menghadapnya...Astaghfirullah...rasa terlalu banyak dosa2 lalu masih tersisa...takut rasa...huhu..semoga Allah masih beri kesempatan untuk kita semua bertaubat sebelum pergi menghadapNya..Aminn

buat mak dan ayah, terima kasih sebab besarkan adik sampai adik boleh jadi adik yang sekarang...Semoga Allah beri kesempatan untuk adik dapat berbakti untuk mak dan ayah dan bahagiakan mak dan ayah macam mana mak dan ayah bahagiakan adik masa kecik2 dlu...amiin...

wassalam...till we meet again..

Friday, January 17, 2014

Jumaat datang lagi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Alhamdulillah masih dipanjangkan umurku untuk menemui penghulu segala hari, hari ni Jumaat, 17 Januari 2014... Hari ni saya cuti... seronok pulak cuti Jumaat Sabtu, sebab masa ni la kesempatan yang saya ada untuk menambahkan amalan2 sunat pada hari Jumaat..malam Jumaat boleh la saya bangun qiamullail...rasa bersalah sangat...dulu masa student selalu bangun malam untuk solat tahajud, taubat dan hajat...tapi sejak mula bekerja jarang sekali saya dapat terjaga dinihari untuk berserah padaNya...Ya Allah...ampuni aku...




cuti selama 3 hari ni rasa nak dimanfaatkan sebaik2 nya...dah puas bercuti kan...skang masa untuk fokus pada rohani, kerja, keluarga dan baby...sejak rabu lagi, saya dah mula ke sekolah...YM saya Dr Quah minta saya habeskan check up di sekolah sebelum saya bersalin...dan selepas naik cuti bersalin nanti saya akan fokus kerja2 klinikal pulak...saya diarahkan untuk check up n treatment untuk budak2 Form 2 and Form 3 SMK Bandar Sg Petani..so far OH budak2 ni good. so x banyak treatment yang diperlukan...alhamdulillah...bagus adik2 jaga gigi...Dr suka adik2 yang giginya cantik...hehehe

Sebenarnya ada orang yang tidak berpuas hati dengan arahan Dr Quah menyuruh saya ke sekolah saja...biasalah...x semua orang boleh terima apa yang kita dapat...saya cuma berdoa semoga Allah permudahkan urusan saya dan semoga Allah kuatkan hati saya untuk tidak melawan apabila diletakkan dalam situasi begini...amiiin

Suami saya selalu pesan, biarkan saja orang macam tu...jangan ambik pusing..nanti kita yang runsing...so redha sajalah...janji saya buat kerja saya spt yang di arahkan...

Ok..sampai sini dulu..wassalam... =)

Tuesday, June 5, 2012

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of stay strong


"... Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH TAALA akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ..."

Dalam kehidupan bukan apa yang kita nak bakal kita dapat, kadang-kadang ianya hampir dapat tapi kerana takdir-Nya, sekali lagi kita terlepas. Sekali lagi kita diuji. Seorang mukmin itu tidak bersedih lama. Bila dia mendapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia bersyukur, bila dia mendapat ujian mahupun musibah dia redha dan meniti jalan ujian itu dengan perlahan-lahan :’) Indahnya hidup berTuhan, bila kita hanya ada Allah tempat mengadu. Allah.

its okay to be not okay! 

Kadang2, untuk menjadi tak okay pun okay jugak. Sebab bila kita tak okay ni, kita akan kembali pada Allah. Dan apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat. Meskipun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan.

UPDATE: kalau rasa lemah cuba treatment bangun malam :)
“Kita Qiamullail, bukan sebab iman kita kuat. tapi kita Qiamullail untuk kuatkan iman kita” Allahurabbi :')

Ya, meskipun kita terjatuh berulang-ulang kali, kecewa berkali-kali, sedih bertimpa-timpa, ingatlah semua itu diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat. Kadang-kadang kita fikir, hampir saje Allah nak bagi kebahagiaan, tiba-tiba ianya direntap kembali. Bersabarlah, kerana kita tidak mengerti perancangan Allah. Kita tidak tahu masa hadapan kita. Kembalilah pada Allah dengan 2S. Solat dan Sabar. Yakin je dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita.

sumber

Wednesday, April 18, 2012

hati yang bersih


Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup??

1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita besih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan yang kita orang Muslim.

ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”

Tuesday, April 3, 2012

stress

tetiba rasa nak menulis...
stress... tak tau nak cerita macam mana...
hari2 asyik menghadapi masalah yang sama sampai naik jemu nak bercerita...
i need a break...seriously...aku nak lari dari environment dentistry yg stress ni...
cas-cas negatif tengah banyak dalam kepala ni...
seriously, kalo aku x recharge jadik positif balek mula la nak rebell...
aku tahu...
kejayaan bukan terletak pada requirement...
bukan juga pada banyak mana kita study...
jauh skali pada kuliyyah atau Dr Bo..
tp semua pada Allah...
aku tau...
sejak dua menjak ni aku terlalu sibuk dgn hal dunia...
terkejar-kejar nak cukupkan requirement
terkejar-kejar nak siapkan assignments
sampai terlupa ada sesuatu yang lebih penting...
santapan rohani aku makin kurang...
kalau dulu, at least once a week qiam mesti ada
kalo kelas lambat dhuha aku x lupa..
ma'thurat tiap pagi mesti baca...
sunat rawatib pun ada even bukan setiap masa
tapi sekarang...
rasa macam x cukup tanah nak kejar
kalau ada masa senggang pun rasa malas nak buat semua2 tu...
asyik tido ja sebab penat...
jangan sampai yang wajib pun aku malas sudah laa...na'uzubillah...
rasa makin jauh dari-Mu...Ya Allah...ampuni aku...

~ Tuhan, berikan aku kekuatan... kuatkan hatiku dengan kesabaran... Tuhan, bimbinglah aku, agar hati ini sentiasa dekat dengan Mu, dan sentiasa redha dengan ketentuan Mu ~

Tuesday, March 27, 2012

To meet you the heart is keen, but to not meet would be better for my deen

And InsyaAllah, when the right person comes, who loves you for Allah’s sake, he/she will understand and support you in your decision to not date, and thus build a home with you with nothing but Allah’s blessings.
Real love means helping each other attain Jannah, not holding each other’s hands walking towards Hellfire :-)


Thursday, March 8, 2012

:'-)

Don’t assume bad of Allah, for by Allah, if you obey Him and love Him, He will make for you a source of relief and a way out, and if you are alone within your family and society, then Allah will accompany you in your loneliness and He will strengthen your heart and make it firm with His guidance.

Wednesday, January 4, 2012

surah 'ali 'imran ayat 133-139

And hasten to forgiveness from your Lord and a garden as wide as the heavens and earth, prepared for the righteous

Who spend [in the cause of Allah ] during ease and hardship and who restrain anger and who pardon the people - and Allah loves the doers of good;

And those who, when they commit an immorality or wrong themselves [by transgression], remember Allah and seek forgiveness for their sins - and who can forgive sins except Allah ? - and [who] do not persist in what they have done while they know.

Those - their reward is forgiveness from their Lord and gardens beneath which rivers flow [in Paradise], wherein they will abide eternally; and excellent is the reward of the [righteous] workers.

Similar situations [as yours] have passed on before you, so proceed throughout the earth and observe how was the end of those who denied.




This [Qur'an] is a clear statement to [all] the people and a guidance and instruction for those conscious of Allah .

So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers.

di saat hati tertanya-tanya apakah betul tindakan yang aku pilih, dan di saat hati berbelah bahagi, ragu-ragu untuk meninggalkan 'kebahagiaan' yang aku sedar satu dosa...dan di saat hati bersedih dengan tindakan yang aku ambil...oh Tuhan, indahnya teguran dan jawapan daripadaMu atas segala persoalan di hati ini...ya Allah, aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bertaubat atas segala kesalahan yang aku lakukan. bersyukurlah...Allah berikan lebih daripada apa yang kita harapkan...malah Allah sentiasa ada jawapan untuk semua persoalan...semua ada dalam surat cintaNya - Al-Quran...

dan sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang... ;-)

Friday, August 26, 2011

nice to read

Don’t worry if you’re single.
God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone special

CUKUPLAH SEKADAR AKU MENCINTAI DALAM DIAM



Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..




Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )





Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )




Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way




“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)
ihsan : Allah Seeker

Saturday, August 13, 2011

bersyukurlah dengan kurniaan-Nya


Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata, Bagiku, dunia terbagi menjadi dua. Satu untukku dan satu lagi untuk orang lain, yang menjadi bagianku seandainya aku mencarinya sebelum waktunya meskipun dengan memeras keringat, hal itu tidak akan pernah kudapatkan. Adapun bagian orang lain yang bukan bagianku, sampai kapanpun tidak akan pernah aku miliki.

Bagian rezekiku tidak akan pernah diberikan kepada orang lain, begitupun bagian rezeki untuk orang lain tidak akan pernah kunikmati. Akankah untuk dua hal itu aku menghabiskan umurku ?


Abu Utsman Al-Haira berkata, Wahai Hamba Allah, mengapa hatimu lelah, hingga kamu berselisih dengan saudaramu serta saling bermusuhan hanya karena ingin meraih pangkat dan kedudukan. Mengapa kamu tega menukarkan kebaikan dirimu sendiri dengan iri dengki terhadap orang  yang berada di atasmu, seakan-akan kamu tidak beriman dengan pengabaran Allah bahwa Dia-lah yang mengangkat dan menurunkan derajat seseorang yang dikehendaki-Nya dan DIa pulalah yang memberi dan mencabut kekuasaan dari seseorang. Oleh karena itu, manfaatkanlah ilmumu sesuai profesimu, perbaguslah dalam mencari rezeki. Tinggalkan segala hal yang haram dan syubhat karena sebuah jiwa tidak akan pernah mati sebelum rezeki dan bagiannya terpenuhi. Jika seorang hamba lari dari rezekinya, ia tetap akan menemuinya. Seperti halnya jika ia lari dari kematian, ia tetap akan menemuinya juga. Keyakinan terhadap rezeki tidak membuat pelakunya berhenti mencarinya di dunia ini. Prinsip mereka adalah ridha saat rezeki sedikit dan zuhud saat rezeki melimpah. Hal tersebut sesuai dengan Sunnah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Mereka semua adalah imam-imam yang bertawakal dan zuhud. Mereka merasa tenang dengan rezekinya sendiri dan tidak tertarik dengan rezeki orang lain.



Hatim Al-Asham pun pernah ditanya, Bagaimana kamu bisa bertawakal ? Ia menjawab, saya memiliki empat pondasi agar bisa tawakal yaitu :
Pertama, aku tahu bahwa rezekiku tidak akan diambil orang lain, maka aku tidak terlalu sibuk memikirkannya.
Kedua, aku tahu bahwa amalku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibuk mengerjakan amalku sendiri.
Ketiga, aku tahu bahwa kematian pasti akan datang kapan saja, maka aku mempersiapkannya dari sekarang.
Keempat, aku tahu bahwa penglihatan Allah selalu mengawasiku, maka aku malu untuk berbuat maksiat. (Al-Jami' Li Syu'abi Al-Iman)

Sunday, August 7, 2011

tentang sedekah

"Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulai dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya." H.R. Muslim

"Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah." H.R. Ahmad.

Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar! [Al-Hadiid 57:11]

Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat sombong dan merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Kerana "ana khoirun minhu" (aku lebih baik dari dia) - surah al-A'raf:12, iblis dihina oleh Allah dan dikeluarkan dari syurga..

teguran dariNya....

Masya Allah...teguranMu lebih terkesan di jiwaku...

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar." (An-Nahl : 126)
Geram...marah...rebell...nak balas balik...kecik hati...sume memang ada di hati kala itu...namun xsangka...teguran dariNya benar2 buat aku terkaku...sesungguhnya sabar tu sifat yg mulia di sisiNya....daripada aku mencari kesalahan orang laen...salah sendiri elok dibetulkan....biarlah ape orang buat pada kita...sabar dan berserahlah padaNya...andai hati x tenang...damaikan dengan ayat2 cintaNya....

Wednesday, August 3, 2011

Ya Allah...berikan aku ketenangan...


Pernah tak nampak signboard macam ni, "Ketenangan ada dijual disini, dapatkan segera!" Atau iklan macam ni, "Ketenangan untuk dijual" ataupun bila buat carian di mudah.com, jumpa "Untuk dijual: Ketenangan". Pernah tak kita jumpa? Erm... saya yakin, belum pernah ada ketenangan terjual di mana-mana.
Penting ke ketenangan ni?
Pernah sesekali atau kerapkali mungkin, dalam hidup ini kita diuji dengan dugaan yang kita rasakan sangat berat, hingga kita jatuh terduduk, tergamam, terpana. Terasa jiwa yang tenang mula berombak, fikiran yang lapang terasa sesak. Dunia yang semalamnya cerah, hari ini terasa gelap gelita, tiada cahaya, tiada apa-apa. Kita teraba-raba, mencari tangan-tangan untuk berpaut, mencari bahu-bahu untuk bersandar, mencari dinginnya embun nasihat buat menyejukkan hati, saljunya madah kata pemujuk jiwa yang bisa mengembalikan kelamnya hidup kita. Kita tercari-cari mana pasangan, anak-anak, sahabat-sahabat kita. Adakah ketenangan ada bersama mereka?
Namun, kita rasa hampa kerana tiada tangan yang datang menghulur, tiada bahu yang datang mendekat, tiada curahan kata, tiada madah pujangga, tiada apa-apa. Sedang hati kita semakin terjerut kehibaan, mengenang dugaan yang semakin memberat, sedang jalan keluar seakan tidak kelihatan, kita seolah-olah tersesat di hutan belantara, di malam kelam yang tiada bintang, tiada juga bulan penunjuk haluan.
Mungkin juga sesekali, seolah kedengaran sayup-sayup bantuan yang datang, ada insan-insan yang cuba menghulurkan pertolongan. Namun, suami, isteri, anak-anak, sahabat, saudara, juga tidak dapat meminjamkan ketenangan itu kepada kita. Entah mengapa, semuanya bagai tak kena. Masalah yang menimpa tidak juga menampakkan penyelesaiannya, sedang insan di sekeliling kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kita. Kita keseorangan, sendirian, dalam kegelapan, kebuntuan...
Sungguh, kita terasa ingin lari jauh. Jauh kemana-mana saja, asalkan kita terlepas dari belenggu yang menyesakkan fikiran ini. Kita mahu mencari sesuatu... "Ya Allah, berikan aku ketenangan". Ya, tiada apa yang lebih kita inginkan, tiada lain yang kita perlukan saat ini, melainkan ketenangan. Kita ingin Allah pinjamkan kita ketenangan, biarpun seketika, biarpun hanya sedetik cuma.
Kita cuba memujuk hati yang walang, cuba mencari ketenangan yang diimpikan. Pergi bercuti untuk menenangkan fikiran, window shopping, keluar berhibur dengan rakan-rakan. Bermacam-macam cara kita mencuba, namun gundah jiwa kita masih tidak berkurang, dugaan yang menimpa tidak juga surut, malah makin menyesakkan fikiran.
Kita mencari-cari dimana kita bisa mendapatkan ketenangan itu. Andai ia terjual di mana-mana, ya! dalam saat ini kita rela berikan segalanya untuk sebuah ketenangan. Andai apa jua syaratnya, kita pasti mahu memenuhinya, asal saja kita mendapat ketenangan itu. Andai ada manusia yang menyimpan ketenangan itu, akan kita cari dia walau di puncak mana dia berada. Semuanya demi ketenangan, kita umpama pengembara yang kehabisan bekalan air, di padang pasir yang panas terik. Walau segunung permata yang kita miliki pada saat itu, tidak berguna, kerana yang kita perlukan adalah air dan sekiranya ada yang mahu menukarkan segelas air dengan permata yang kita miliki, maka kita sanggup?
Sungguh, ketenangan ini adalah satu anugerah yang sangat istimewa. Kerana ia tidak dimiliki oleh sesiapa, melainkan Allah S.W.T. Manusia tidak dapat memberikan ketenangan, harta bertimbun bukan syarat memiliki ketenangan, paras rupa bukan juga tukaran ketenangan, keluarga dan sahabat bukan jaminan, kerana di sinilah terletaknya Keadilan dan Keagungan Allah S.W.T.
Andai saja ketenangan itu mampu dibeli oleh si kaya, maka bagaimana dengan mereka yang miskin? Kalau ketenangan itu syaratnya kecantikan rupa paras, maka bagaimana dengan si hodoh? Sekiranya ketenangan itu pada pangkat yang tinggi, bagaimana pula dengan si hamba? Andai ketenangan itu pada kaum kerabat dan keluarga, bagaimana dengan si yatim piatu yang tidak punya sesiapa? Maha Adilnya Allah S.W.T.
Indahnya, Allah meletakkan ketenangan pada hati-hati yang dekat dengan-Nya, firman-Nya:
'Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana' [Al Fath: 4]
Ya, pastinya segala sesuatu di atas dunia ini ada harganya, begitu juga dengan ketenangan. Harganya bukan tukaran wang mahupun harta, namun adalah keimanan kepada pemiliknya ketenangan. Mana mungkin kita mendapat ketenangan, kalau pemiliknya kita dustakan! Lalu bila hatimu dipagut resah, jiwamu hilang arah, hatimu dirundung gundah, maka mendekatlah kamu kembali kepada Allah! Mintalah kepada-Nya. Hanya Dia. Hanya Dia yang mampu menurunkan ketenangan itu ke dalam hatimu. Dialah saja yang berkuasa mendamaikan hatimu, sedamai sungai mengalir tenang, sedingin salju menyejukkan perasaan, sebening awan berarak perlahan. Itulah yang ditunggu-tunggu, bagi pemilik jiwa yang kegundahan.
Lantas, yakinlah kita bahawa tiada sesiapa, tiada apa-apa yang mampu menghadiahkan ketenangan itu, melainkan Allah S.W.T. Namun tidakkah kita malu, di saat kita perlukan sesuatu, kita mencari-cari Allah, namun saat kita telah memperolehi apa yang kita mahu, kita lupa! Kita lupa kepada-Nya. Allahu Rabbi, di manakah tempatnya Allah di hati kita? Mungkinkah ini sebabnya Allah menarik seketika ketenangan dalam jiwa kita, kerana kita telah jauh daripada-Nya, kita lupa kepada-Nya!
Ayuh, sama-sama kita renungi. Andainya ada ketenangan di hati kita saat ini, maka bersyukur dan ingatlah selalu kepada-Nya. Namun sekiranya ketenangan itu diambil seketika oleh-Nya, maka kembalilah bersegera membawa hati kita kepada-Nya.
Dia sedang menunggumu,Dia sedia menyambutmu,Tunjukkan pada-Nya hatimu yang terluka,Adukan pada-Nya betapa kau kecewa,Kisahkan pada-Nya betapa kau hiba,Pasti kau takkan kecewa kerana Dia sungguh kasih kepadamu,Walaupun hari-hari yang lalu kau pernah dan seringkali melupakan-Nya.
Namun, hari ini pabila kau datang pada-Nya, Dia akan berlari mendapatkanmu. Namun, ingatlah! Jangan pernah lupa kepada-Nya bila telah Dia berikan ketenangan lalu membebaskanmu dari belenggu kesukaran! Bukankah Dia terlebih dahulu memujuk kita hamba-Nya dengan firman-Nya:
'(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram' [Ar-Ra'd: 28]