Saturday, September 29, 2012

cuti oh cuti...

hampir 2 bulan bercuti lepas berpenat lelah berperang ngan exam di medan dentistry, saya rasa banyak masa saya dihabeskan tak tahu ke mana...hehe..memang holiday sakan la...






ada juga event penting yang berlaku beberapa minggu lalu (15sept 2012) dan kami sekeluarga sibuk menguruskannya...mungkin banyak masa dan tenaga ditumpukan untuk event tersebut, baik sebelum mahupun selepas...alhamdulillah, semuanya berjalan lancar...dan fasa baru kehidupan pun bermula...=)

sebelum itu pula saya sibuk memikirkan masalah tentang penempatan saya untuk bekerja sebagai dental officer (FYDO)..ada sedikit masalah antara UIA, SPA dan KKM...alhamdulillah, mujurlah masalah itu dpt dikesan agak awal (wp sebenarnya dah lambat dari univ lain, tp better late than never kan), dan dapat diselesaikan..pening juga mula2 nak setelkan masalah tersebut, sebab saya kena berulang alik pula dari perlis-kuantan-KL-perlis..memikirkan penat, duit dan kerisauan mak ayah pun melelahkan saya juga...apa-apa pun saya bersyukur, mungkin ada hikmahnya Allah berikan masalah ini...inilah pengalaman supaya saya dapat belajar menguruskan sesuatu hal dengan lebih sempurna kelak, dan mungkin saya dapat berkongsi dan mengingatkan junior2 saya kelak, supaya sentiasa update status kita dengan UIA, SPA n KKM bila nak start keja nanti..alhamdulillah, setelah berbagai2 jalan difikirkan, Allah permudahkan urusan saya...

28sept 2012 pula adalah tarikh interview SPA bagi adik lelaki saya..saya dan family juga sibuk membaca apa2 yang berkaitan untuk membantu adik saya menghadapi interview tersebut.

terbaru, 6 oktober 2012 ni adalah hari konvokesyen saya di uia gombak...beberapa hari ni saya sibuk menguruskan hal2 berkaitan konvo...ye lah, nak ambik robe which is on 29-30sept and 3-5oct, sy terpaksa kirim kan dokumen2 berkaitan pada sedara saya di gombak..susah pula nak berulang alik dari perlis ke gombak dan pulang semula ke perlis semata2 nak ambik robe kemudian ke gombak semula pada 6oct. seboleh-bolehnya robe tu kena ambik awal so that xda masalah kemudian..timbul pula masalah baru, dokumen yang saya hantar tu xdapat sampai ke penerimanya pada masa yang ditetapkan (ada sedikit salah paham, tp xpa lah, benda dah jadi pun), maka terpaksalah saya print semula semua dokumen2 tersebut, scan dan email pula kepada kawan saya yang kebetulan berada di gombak untuk mengambil robe jugak...saya berdoa semoga xda masalah baru pula yang timbul...

bila difikir2kan balik, saya rasa sepanjang saya di rumah, terlalu banyak leisure time yang buat saya sedikit terlalai dan terleka dengan nikmat masa lapang yg Allah berikan ini...kalau dahulu semasa di uia, after solat subuh saya jarang tido semula...masa di habeskan dengan membaca Al-Quran dan ma'thurat atau surfing internet membaca blog2 yang bermanfaat..tp sejak cuti di rumah, after solat subuh saya sangat mengantuk dan mesti tertido balik...kadang-kadang sebab nak cuba hilangkan rasa mengantuk tu, saya masakkan brekfast (goreng nasi ke, bihun ke) dan kadang2 km sekeluarga brekfast di luar..orang tua-tua kata rezeki mahal kalau asyik tido after subuh...huuu...tp penat jugak nak lawan nafsu tidur ni... T.T. doakan saya kuat ya..:'-)

dulu juga, saya rajin membaca...tp masa di universiti, ofcos la lebih banyak baca notes...di sebabkan kurangnya bacaan ilmiah lain semasa di uia, saya berazam untuk membacanya di rumah...tp sejak saya balik ke rumah ni, saya rasa x start2 pun lagi bacaan lain...banyak main internet dan tengok tv je...x pun main ngan marissa si anak buah...aduhh...lekanya saya...T.T...banyak lagi saya kena belajar dan baca, terutamanya ilmu agama, rumah tangga...

dulu juga, saya rasa hampir setiap malam saya bangun berqiamullail...semasa di uia, saya sangat senang terjaga sebelum subuh...tapi sejak balik rumah, nafsu tido saya sangat membuak2...qiamullail pun kekadang seminggu sekali ja...huhuuu...teruknya saya...dulu juga, setiap kali selepas solat maghrib dan subuh setiap hari, al-Quran wajib di baca paling sedikit pun 2 muka surat kalau terlalu sibuk...tp sekarang, kekadang dua hari sekali baru saya baca...bila dah jadi begitu mula lah saya rasa sangat bersalah dan mengcover bacaan saya 7-8page...ya Allah, teruknya saya...sepatutnya al-Quran tu bacaan saya setiap hari...huhu...T.T

sedihnya saya, 2 bulan rasa berlalu dengan sia-sia...sebenarnya dalam masa 2bulan tu saya bleh buat lebih banyak untuk nak memantapkan keimanan dan ilmu saya...Ya Allah, ampunkan saya yang terleka dengan nikmat masa lapang yang Kau kurniakan ini....

tapi saya masih bersyukur, walaupun agak terkilan kerana hingga sekarang saya dan kawan2 satu batch masih belum dipanggil untuk bekerja (posting), sebenarnya ada hikmah di sebaliknya...semalam saya terbaca status fb sahabat medic saya yang akan mengikuti kursus induksi 9hb oct ni...rata-rata mereka dah dapat surat induksi...semua status2 mereka berbau sedih dan berdebar sebab cuti mereka bakal berakhir dan sepanjang cuti ni banyak masa dihabiskan dengan berehat2...hehe..biasalah, student bila dapat cuti memang balas dendam habes-habesan =p. sedikit sebanyak saya rasa berdebar juga kalau tetiba sekarang kami dental grads ni dipanggil bekerja...ye lah, 2 bulan cuti tanpa study or clinical practice, ditambah pula sepanjang revision week n exam tanpa sebarang clinical works, boleh jadi otak saya dan mereka berkarat dan berkulat dah...dentist pula perkara yang paling utama adalah skill tangan untuk bekerja...saya rasa tangan saya dah mcm kayu, takot2 nak start bekerja nanti nak bagi injection ID block pun terketar2...addooii..haha

saya rasa disebabkan ada sedikit masalah tentang proses penempatan kami dental grads ni, berkemungkinan besar kami dipanggil untuk bekerja pada bulan november or december nanti...ya Allah..lamanya...
tp di kesempatan ini saya berazam untuk memanfaatkan sisa-sisa cuti yang berbaki untuk study balik semua lectures sepanjang 5tahun dalam dentistry, nak improve tahap amalan saya dan baiki hubungan saya dengan ALLAH...ok..saya memang skema ok...tp seriously takot, saya rasa kalau kena viva on the spot skang confirm saya fail...hahaha..ya Allah, mohon dipermudahkan urusan...terima kasih Allah kerana sedarkan saya sebelum terlambat....huhu

Saturday, September 15, 2012

Tuesday, August 28, 2012

ujian datang lagi...

Jika engkau merasa sedih, pandanglah ke langit tinggi. Senyum dan yakini Allah pasti ada di sisi..
Jika engkau merasa sunyi, hayati alam semulajadi, dengarkan desiran air sungai yang mengalir dan kicauan unggas yang berterbangan. Kau pasti akan terhibur dengan irama semulajadi ciptaan Ilahi..
Sungguh, tidaklah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia..
Dia mentadbir dan merencana apa adanya dengan bersebab..
Cuma satu yang perlu kau ingat – Allah sentiasa bersamamu selagi mana kau ingat pada-Nya.
“Maka, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku.”
(Al-Baqarah: 152)

Fitrahnya, setiap yang diuji dengan kesusahan pasti dihujungnya ada keindahan. Semakin ujian itu berat, maka semakin jualah keindahan yang berada di hujung jalan kehidupan itu lebih membahagiakan. Namun hanya merasa bahagia apabila ujian itu dihadapi dengan tenang dan optimis.

Hadapilah ujian itu dengan senyuman dan segunung harapan. Senyum tanda syukur dan berharap hanya pada Allah SWT semata. Semoga Allah SWT memberikan keringanan untuk menghadapi ujian dengan ditambahkan kekuatan iman dan taqwa. Semoga dengan 'berat'nya iman dapat menghilangkan rasa peritnya ujian.

Apapun keadaan, apabila ujian menjenguk kita hadapilah dengan tenang. Sentiasa bersangka baik dan bersyukur kerana Allah SWT sentiasa memberi suntikan sebagai tanda ingatan kepada kita agar tidak terus leka kealpaan. Adakalanya Allah SWT hadirkan ujian dan kesusahan dalam hidup kita itu tanda Allah rindu untuk mendengar bicara kita. Maka berdoalah kerana Dia Maha Mendengar!

Monday, July 9, 2012

=)


" Perkara yang paling sweet apabila dua orang saling rindu namun tidak berkomunikasi,tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujudnya masing-masing "

bila aku menjauh

bila aku menjauh.
bukan bermaksud aku marah.
bukan bermaksud aku benci.
bila aku menjauh.
aku dapat tenangkan hati.
bila aku menjauh.
dapat meditasi diri.
bila aku menjauh.
tak perlu kau cari - cari.
kalau kau yakin pada hati.
aku tak akan lari.
tapi
bila kita jauh, perlu berhati - hati.
ada sesuatu yang pasti.
percaya mula kurang, nafsu mula menguasai.
perlu bijak kawal diri.

kalau aku jauh. ada sesuatu yang aku cari.
keyakinan hati.

Aku percaya naluri hati, kerana itu kekuatan kami. Kaum Hawa yang sensitif di hati.

Tuesday, June 19, 2012

Saturday, June 16, 2012

duhai hati, kuatkan semangat...


al-ankabut 29 : 62
" Allah melapangkan rezeki bagi orang yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya dan Dia (pula) yang membatasi baginya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu "

al-ankabut 29 : 64
" Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui "

al-ankabut 29 : 68
" dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kebohongan kepada Allah atau orang yang mendustakan yang hak ketika (yang hak) itu datang kepadanya? bukankah dalam neraka Jahanam ada tempat bagi orang-orang kafir? "

you ask, He answers...

"mengadulah pada Allah dalam doa dan solatmu...sesungguhnya Dia Maha Mendengar segala keluh kesahmu...dan carilah jawapan kepada segala keluhanmu melalui ayat-ayat cintaNya yang satu, itulah kalam-kalam penyejuk jiwa dari Tuhanmu..."


surah al-ankabut : 29: 29" Dia (Lut) berdoa, "Ya Tuhanku, tolonglah aku (dengan menimpakan azab) atas golongan yg berbuat kerosakan itu "


- sesungguhnya segala pertolongan adalah dari Dia...minta lah pertolongan dariNya -

surah al-ankabut : 29: 33
".....Janganlah engkau takut dan jangan pula bersedih hati...."


- jangan bersedih... -

surah al-ankabut : 29: 38" ....Setan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam."


- terlalu banyak dosa-dosa yang dilakukan sama ada sedar atau tidak, tapi selama ini kita tertipu dengan indahnya dunia, hingga terasa tidak sedar yang diri sedang diperhatikanNya, mungkin ini satu teguran dari Dia, agar bertaubat dan kembali ke jalanNya -

surah al-ankabut : 29: 39" .....tetapi mereka berlaku sombong di bumi, dan mereka orang-orang yang tidak luput (dari azab Allah) "


- ya, benar, kadang kala kita sombong di dunia...jangan tipu diri sendiri...Allah tahu setiap apa yang tersirat dalam hati hamba-hambaNya...meskipun tidak dizahirkan kesombongan di luaran...tapi walau sebesar zarah pun kesombongan tu terselit dalam hati, Dia Maha Melihat -

surah al-ankabut : 29: 45
" Bacalah kitab Al-Quran yang telah diwahyukan padamu (Muhammad) dan laksanakanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar. dan (ketahuilah) mengingat Allah (solat) itu lebih besar keutamaanya dari ibadah yang lain. Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan"


- Carilah ketenangan dalam solat dan mengkaji al-Quran...sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang -

surah al-ankabut : 29: 52
" ...Cukuplah Allah menjadi saksi antara aku dan kamu. Dia mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi...."


- Biarlah apa orang sangka pada kita...tapi Allah lebih tahu dan menjadi saksi antara kita dengan Dia... dan berserahlah pada Allah -

terima kasih Tuhan...:'-)

Tuesday, June 5, 2012

Sometimes Allah takes everything away from us so we can learn the value of stay strong


"... Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH TAALA akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka ..."

Dalam kehidupan bukan apa yang kita nak bakal kita dapat, kadang-kadang ianya hampir dapat tapi kerana takdir-Nya, sekali lagi kita terlepas. Sekali lagi kita diuji. Seorang mukmin itu tidak bersedih lama. Bila dia mendapat nikmat dan keistimewaan dari Allah dia bersyukur, bila dia mendapat ujian mahupun musibah dia redha dan meniti jalan ujian itu dengan perlahan-lahan :’) Indahnya hidup berTuhan, bila kita hanya ada Allah tempat mengadu. Allah.

its okay to be not okay! 

Kadang2, untuk menjadi tak okay pun okay jugak. Sebab bila kita tak okay ni, kita akan kembali pada Allah. Dan apabila kita redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita percayalah bahawa Allah akan menggantikan kembali kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka. Kita merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat. Meskipun kita tidak tahu apa yang tertulis di hadapan dan kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan.

UPDATE: kalau rasa lemah cuba treatment bangun malam :)
“Kita Qiamullail, bukan sebab iman kita kuat. tapi kita Qiamullail untuk kuatkan iman kita” Allahurabbi :')

Ya, meskipun kita terjatuh berulang-ulang kali, kecewa berkali-kali, sedih bertimpa-timpa, ingatlah semua itu diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat. Kadang-kadang kita fikir, hampir saje Allah nak bagi kebahagiaan, tiba-tiba ianya direntap kembali. Bersabarlah, kerana kita tidak mengerti perancangan Allah. Kita tidak tahu masa hadapan kita. Kembalilah pada Allah dengan 2S. Solat dan Sabar. Yakin je dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita.

sumber

Saturday, June 2, 2012

Bagaimana Mencintai Secara High Class


Cinta high class bukan ekslusif milik sesiapa. Cinta high class berhak dimiliki oleh kita semua.
Jangan tunggu esok. Hari ini juga kita mesti mencintai secara high class.
Jangan lupa, bantu si dia agar mampu mencintai secara high class juga.
Err, apa itu cinta high class?


Cintamu mendaulatkan Allah nombor satu,Cintamu padaku kerana Allahmu yang satu,Cintamu bermujahadah menahan nafsu.


“Ya Allah, aku memohon cinta-Mu dan cinta orang yang mencintai-Mu, dan amalan yang menyampaikan aku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku, keluargaku dan daripada air yang sejuk (ketika panas terik).” (HR al-Tarmizi).

Saya terfikir, wanita dan lelaki saling tertarik. Itu biasa. Malah ketertarikan yang kuat ini turut dirasai oleh binatang jantan dan betina. Begitulah cara Allah menjamin berterusannya kehidupan di dunia.

Wanita dan lelaki saling jatuh cinta. Itu juga biasa. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah ini seperti merahibkan diri. Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah.

Wanita dan lelaki sanggup berkorban segala-galanya demi cinta. Itu luar biasa. Tapi boleh membawa binasa. Tanpa asas agama, maruah diri sanggup dikorbankan sekali. Islam menutup pintu-pintu yang membawa kekejian untuk melindungi lelaki dan wanita daripada punca-punca keghairahan dan pencetus fitnah.

Wanita dan lelaki bercinta selepas nikah, saling melengkapi agama pasangannya. Ini jauh luar biasa. Dan ini barulah high class. Jika belum menikah, cinta menjadi high class apabila teruna dan dara saling tinggi mujahadah. Bantu si dia memahami dengan mengurangkan perjumpaan dan komunikasi. Ianya atas dasar urusan dan keperluan sahaja dengan menjaga syarat dan batasan.

Jika di luar batas urusan, mintalah fatwa dari hati. Kebaikan itu apa yang tenang dalam hati. Dosa itu apa yang was-was dan syak dalam hati. Nikmatilah indahnya saat menahan, bila halal, penuh keterujaan.

Saya cuba memahami, mawar dan kumbang berbeza untuk saling melengkapi. Mereka saling jatuh cinta kerana perbezaan itu. Lelaki sukakan sifat kewanitaan seorang wanita. Wanita sukakan sifat kelelakian seorang lelaki.

Lelaki dan wanita bagaikan botol dan penutupnya. Bagaikan elektron dan proton. Bagaikan baju dan seluar. Bagaikan sepasang selipar. Saling memerlukan.

Bukti saling memerlukan ini akan menjadi luar biasa dan high class jika diluapkan kepada insan istimewa bernama suami atau isteri, bukan untuk teman wanita atau teman lelaki. Kenapa ianya high class?

Itu tanda patuhi Allah.Itu tanda jauhi fitnah.Itu tanda sebuah mujahadah.

‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani’ah Syumaila dalam novel Cinta High Class).

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, May 9, 2012

Jangan bersedih...redhalah dengan takdir...=)


Sudah menjadi lumrah, kehidupan ini dihiasi dengan suka dan duka. Pabila suka, hati akan menjadi bahagia dan senyum mungkin sampai ke telinga. Namun pabila duka, siapakah sahaja yang mampu mengukir senyum di mulut dan hatinya.

Siapa yang mahu untuk berduka, tiada siapa pun hakikatnya. Fitrah manusia sukakan kesenangan, dan tatkala kesukaran menerpa, hati mula gelisah dan tak tentu arah. Namun, hidup kita bukan hanya dipenuhi dengan apa yang kita suka. Terkadang, apa yang kita benci juga harus ditempuh tanpa dapat mengelak. Ia hakikat, dan lumrah kehidupan.

Boleh jadi, apa yang kita benci, baik untuk kita. Dan boleh jadi, apa yang kita suka, buruk untuk kita. Ayat ini cukup memberi motivasi. Indah kan kalam Allah pencipta kita? Ayat-ayat cintaNya...

"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(al Baqarah: 216)

Allah Maha Mengetahui. Allah takkan menguji kita dengan ujian yang kita tidak mampu untuk menghadapinya. Setiap manusia Allah uji dengan kesukaran yang berbeza-beza. Namun, bersama setiap kesukaran, pasti Allah akan hadirkan bersamanya kesenangan. Itu pasti, kerana ayat-ayatNya menyebut,

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."

(al-Insyirah: 5&6 )

Mustahil untuk Allah menzalimi hamba-hambaNya. Allah hanya ingin menguji, untuk melihat sejauh mana kesabaran hambaNya dalam menerima takdir. Barangsiapa yang sabar, Allah akan memberi ganjaran pahala dan Allah sentiasa bersama-samanya.

~ pesanan untuk diri saya sendiri dan awak =)

Wednesday, April 18, 2012

hati yang bersih


Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup??

1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita besih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan yang kita orang Muslim.

ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”

Tuesday, April 3, 2012

stress

tetiba rasa nak menulis...
stress... tak tau nak cerita macam mana...
hari2 asyik menghadapi masalah yang sama sampai naik jemu nak bercerita...
i need a break...seriously...aku nak lari dari environment dentistry yg stress ni...
cas-cas negatif tengah banyak dalam kepala ni...
seriously, kalo aku x recharge jadik positif balek mula la nak rebell...
aku tahu...
kejayaan bukan terletak pada requirement...
bukan juga pada banyak mana kita study...
jauh skali pada kuliyyah atau Dr Bo..
tp semua pada Allah...
aku tau...
sejak dua menjak ni aku terlalu sibuk dgn hal dunia...
terkejar-kejar nak cukupkan requirement
terkejar-kejar nak siapkan assignments
sampai terlupa ada sesuatu yang lebih penting...
santapan rohani aku makin kurang...
kalau dulu, at least once a week qiam mesti ada
kalo kelas lambat dhuha aku x lupa..
ma'thurat tiap pagi mesti baca...
sunat rawatib pun ada even bukan setiap masa
tapi sekarang...
rasa macam x cukup tanah nak kejar
kalau ada masa senggang pun rasa malas nak buat semua2 tu...
asyik tido ja sebab penat...
jangan sampai yang wajib pun aku malas sudah laa...na'uzubillah...
rasa makin jauh dari-Mu...Ya Allah...ampuni aku...

~ Tuhan, berikan aku kekuatan... kuatkan hatiku dengan kesabaran... Tuhan, bimbinglah aku, agar hati ini sentiasa dekat dengan Mu, dan sentiasa redha dengan ketentuan Mu ~

Tuesday, March 27, 2012

To meet you the heart is keen, but to not meet would be better for my deen

And InsyaAllah, when the right person comes, who loves you for Allah’s sake, he/she will understand and support you in your decision to not date, and thus build a home with you with nothing but Allah’s blessings.
Real love means helping each other attain Jannah, not holding each other’s hands walking towards Hellfire :-)


Thursday, March 8, 2012

:'-)

Don’t assume bad of Allah, for by Allah, if you obey Him and love Him, He will make for you a source of relief and a way out, and if you are alone within your family and society, then Allah will accompany you in your loneliness and He will strengthen your heart and make it firm with His guidance.

Monday, March 5, 2012

24 years of living =)


Alhamdullillah...syukur kepadaNya, kerana masih lagi diri ini diberi peluang untuk bernafas di bumiNya..

Ya Rabb, syukur padaMu, kerana selama 24 tahun aku hidup di bumiMu, terlalu banyak nikmat yang Kau kurniakan...terima kasih kerana selama ini sentiasa mendengar doa-doaku, memakbulkan doa-doaku, mendengar keluhan2 hambaMu ini, menenangkan jiwaku, dan menjawab segala permintaan-permintaanku dengan caraMu yang tersendiri...ya Allah, terima kasih kerana melahirkan aku sebagai seorang Islam, kerana dengannya aku dapat mengenalMu, ya Allah, ampuni aku kerana aku masih belum menjadi hambaMu yang sempurna...terlalu banyak dosa2ku jika dibandingkan dengan nikmat dan kasih sayangMu...terima kasih kerana mengurniakan aku seorang mak yang sangat menyayangiku, ayah yang sentiasa mengambil berat akanku, dan adik beradik yang sentiasa menyokongku... terima kasih atas segala ujian dan dugaan dariMu, kerana hanya dengan ujian2 aku belajar untuk lebih dewasa dan mendekatiMu...kerana aku tahu, ujian itu tanda perhatian dan kasih sayangMu, dan sebagai kifarah atas dosa-dosaku...

Mak, mintak maaf kalo selama 24 tahun adik jadi anak mak, banyak hak2 yang adik x laksanakan sebagai anak... terima kasih mak, yang 24 tahun lalu bertarung nyawa nak melahirkan adik, yet adik kadang2 masih degil n suka sakat mak...hehe...mak, adik tau mak selalu marah adik sebab adik degil, sebab mak sayang adik, xmau adik susah kemudian hari...mak, adik tau adik kadang2 degil, tp mak tau x, dalam diam sebenaqnya adik tau ada benarnya apa yang mak cakap, n siapa adik sekarang adalah hasil didikan mak...terima kasih mak...

Ayah, terima kasih sebab selama 24 tahun adik jadi anak ayah, ayah selalu melengkapkan segala keperluan adik...adik tau dulu kecik2 adik suka bazirkan duit ayah...mintak beli itu ini, tp ayah selalu x pernah hampakan adik...adik tau ayah selalu risau pasal anak2 ayah, tp ayah selalu tunjuk cool ja depan anak2 ayah...mintak maaf ayah, sebab selalu buat ayah risau selama 24 tahun ni...terima kasih ayah, sebab berikan didikan agama untuk adik...ayah ajar adik untuk selalu ingat Dia...selama ni kalau adik sedih n risau adik selalu cari someone to turn to...n selalunya adik mesti kacau mak n ayah..hehe...tp ayah ajar adik, sebaik2 pengharapan adalah pada Dia, bukan pada manusia...manusia hanya dapat mendengar dan memberi nasihat, tp Dia lah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Memakbulkan doa...terima kasih ayah...

terima kasih juga pada kawan2 yang mendoakan kejayaanku di dunia dan akhirat...semoga kita semua dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayangNya, dan semoga kita terus kuat untuk istiqamah berusaha menjadi hambaNya yang terbaik... =)

wassalam...

Thursday, February 2, 2012

wordless wednesday


Sometimes you don't need someone to give you a Fatwa saying that what you're doing is wrong. 
Sometimes you just know that you shouldn't do it. You just have to be honest with yourself about it. 


i should have known that i can't do it from the beginning...




ya Rabb...forgive me....

Wednesday, January 4, 2012

surah 'ali 'imran ayat 133-139

And hasten to forgiveness from your Lord and a garden as wide as the heavens and earth, prepared for the righteous

Who spend [in the cause of Allah ] during ease and hardship and who restrain anger and who pardon the people - and Allah loves the doers of good;

And those who, when they commit an immorality or wrong themselves [by transgression], remember Allah and seek forgiveness for their sins - and who can forgive sins except Allah ? - and [who] do not persist in what they have done while they know.

Those - their reward is forgiveness from their Lord and gardens beneath which rivers flow [in Paradise], wherein they will abide eternally; and excellent is the reward of the [righteous] workers.

Similar situations [as yours] have passed on before you, so proceed throughout the earth and observe how was the end of those who denied.




This [Qur'an] is a clear statement to [all] the people and a guidance and instruction for those conscious of Allah .

So do not weaken and do not grieve, and you will be superior if you are [true] believers.

di saat hati tertanya-tanya apakah betul tindakan yang aku pilih, dan di saat hati berbelah bahagi, ragu-ragu untuk meninggalkan 'kebahagiaan' yang aku sedar satu dosa...dan di saat hati bersedih dengan tindakan yang aku ambil...oh Tuhan, indahnya teguran dan jawapan daripadaMu atas segala persoalan di hati ini...ya Allah, aku bersyukur kerana diberikan kesempatan untuk bertaubat atas segala kesalahan yang aku lakukan. bersyukurlah...Allah berikan lebih daripada apa yang kita harapkan...malah Allah sentiasa ada jawapan untuk semua persoalan...semua ada dalam surat cintaNya - Al-Quran...

dan sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang... ;-)

Saturday, December 24, 2011

silent saturday

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)