Saturday, June 22, 2013

15 Jun 2013

Assalamualaikum...

Kenangan semasa majlis walimah sebelah suami di Sungai Petani...

Enjoy =)



 





























pimpinlah saya ke syurga, abang... =)
Till we meet again insyaAllah... 
Thanks for reading this entry =)

Friday, June 7, 2013

Saturday, June 1, 2013

17 May 2013

Assalamualaikum...
Some pictures during my big day...

Tanggal jam 9.45 malam... 17 May 2013... saya telah selamat diijabkabulkan dengan suami, Mohd Sanirol Saad di rumah ibu bapa saya di Perlis... bersyukur kerana semua telah selamat berlangsung...

Detik-detik perkenalan

Perkenalan saya dan suami sebenarnya bermula sejak suami mula bekerja di Kilang Gula Felda Perlis pada penghujung tahun 2011..yang mana kakak saya merupakan salah seorang eksekutif di situ...suami dan kakak saya bekerja di bawah satu department... dia adalah akauntan baru yang menggantikan pembantu kakak saya yang telah berpindah. mulanya saya memang tidak berapa tahu siapa dia...tambahan pula pada masa tersebut saya masih kelam kabut menguruskan kehidupan sehari-hari sebagai final year student kat UIA...memang xde masa nak fikir benda-benda luar alam dentistry...haha...masih ingat post-post patah semangat yang saya post sebelum-sebelum ni? semua sebab berkaitan ngan susahnya nak struggle masa final year...bersyukur sangat-sangat semua tu dah tinggal memori...tapi memori yang banyak mengajar untuk tabah...uhuu

Mungkin dah jodoh agaknya...setelah beberapa bulan dia bekerja di Perlis...saya pun mula mengenalinya...tu pun kenal sebagai kawan sekerja kakak..tapi tiada apa yang menghairankan...sebab most kawan kakak memang saya kenal...saya pun ada facebook kawan-kawan kakak termasuklah dia...

kami mula berhubung melalui facebook tidak lama kemudian...tupun sebab dia banyak bertanya pasal masalah gigi dia..haha... dia memang x compliant dengan rawatan gigi dia... nak jumpa dr gigi pun takott...sebab tu dia berani tanya student ja..haha.. dia pun ada berkongsi serba sikit masalah yang dia hadapi...dari situ baru saya tahu...dia baru kehilangan arwah ibunya yang meninggal kerana brain tumor... kami berhubung melalui facebook dan sms..tu pun kadang2 sembang2 biasa...tapi selalunya saya xsempat sangat nk borak lama...sebab sibuk ngan urusan belajar

sehinggalah dekat-dekat dengan final exam saya...dia menyatakan hasrat kepada kakak yang dia nak mengenali saya lebih dekat... mulanya saya xberapa bersetuju...sebab kepala saya masa tu memang tingtong nk final exam...dia pun paham...n dia beri saya ruang untuk teruskan final exam... pada masa tu saya ada tetapkan syarat pada dia...pada saya kalau dia nak serius, jumpa lah dengan mak dan ayah saya dulu...minta persetujuan mereka...barulah saya bersetuju...saya tidak suka dengan budaya nak bercintan cintun sebelum kahwin ni...pada saya...kalau betul2 sukakan seorang perempuan, jumpa terus walinya...be gentleman...cukuplah setakat berkenalan apa-apa yang perlu tahu...kalau rasa sesuai teruskan pada pernikahan...make it halal way...dia faham dengan syarat tu dan bersetuju...

Ketika saya masih di Kuantan...kakak ada bercerita serba sikit pasal saya dan dia pada mak...mak risau kalau-kalau ayah dapat tau hal tersebut dan mungkin marah kerana saya masih belajar...takut mengganggu pelajaran...tak sangka pulak...tiba-tiba suatu hari ayah terdengar mak dan kakak tengah bercakap-cakap pasal hal tu...n reaction ayah sangat berbeza dari apa yang kami sangkakan..hehe...ayah meminta kakak menjemput suami saya ke rumah untuk berkenalan....

Si dia pun datang lah ke rumah pada suatu hari untuk beramah mesra...tp saya masih di Kuantan pada ketika tu...tukang report kat saya kakak laa...kakak kata mak n ayah ok ja ngan dia...nampak gayanya macam berkenan... tidak lama kemudian dia membawa ahli keluarganya datang menziarah ke rumah...untuk mak dan ayah kenal familynya...masa tu pun saya masih di Kuantan...hehe..

Sehinggalah saya disahkan lulus final exam dan grad...tarikh pertunangan pun ditetapkan dan jatuh pada 15 September 2012.. cepat betul...xsangka secepat tu...kawan-kawan rapat pun ramai terkejut sebab tiba-tiba...yelah...saya memang tiada siapa-siapa sebelum ni...tak sangka Allah permudahkan jalan begitu...hanya ahli keluarga terdekat dan kawan-kawan rapat saya sahaja yang tau saya bertunang...majlis jamuan pun cuma diadakan secara sederhana..

Kemudian pada hari raya tahun 2012...keluarganya menjemput kami sekeluarga ke rumah mereka di Pendang. Pada masa tu lah saya mula mengenali ahli keluarganya dengan lebih rapat.. Alhamdulillah...melihat kedua-dua keluarga berjumpa...rasa semakin kukuh silaturrahim terbina...keluarga kami boleh dikatakan sama...dari segi latar belakang, saya cuma budak kampung...bukannya orang berada...hanya bersederhana...begitu juga dengan keluarganya...alhamdulillah...

Kami berkenalan hampir sepuluh bulan melalui fb dan sms,,Sepanjang kami berkenalan...kami hanya pernah berjumpa dua kali sebelum bertunang..kedua-dua perjumpaan tu pun sebab keluar makan dengan keluarga kakak, dan dia juga ada sekali...

Kemudian selepas bertunang, kami banyak berjumpa atas urusan persediaan majlis perkahwinan...itupun saya pergi dengan kakak dan abg ipar...berjumpa dengannya untuk urusan memilih butik perkahwinan untuk tempahan baju, hantaran dan lain-lain.

Suami pada masa ini baru tiba di rumah...semua hadirin sedang menunggu ketibaan tok kadi yang akan menikahkan kami pada malam tu...nasib baik la ade kawan-kawan datang menemani saya...hilang skit rasa berdebar...hehe



Sebelum bertukar status...


Anak-anak buah yang sangat kecoh pada malam pernikahan saya...adoi..pening makcik nak layan korang tau...dari kiri Marissa  (anak kakak), dan kanan Ayra (anak abang)

Saat khutbah nikah dibaca...rasa sangat mendalam maksud khutbah yang dibacakan...rasa semakin berat tanggungjawab yang bakal dipikul...huhu ( bertudung biru tu kawan baik saya dari zaman uni hingga sekarang menjadi housemate di jb...dari jauh drive untuk ke majlis saya..terima kasih Kak Zizah)
Saat akad nikah dengan sekali lafaz...

  

 



Semoga pernikahan ini menjadi suatu ibadah untukMu ya Allah...



kawan-kawan UIA...dari kiri Najihah, Assha, saya, Kak Zizah, Sarah dan Akmarina

bersama kawan-kawan dan anak anak buah.. terima kasih ya Allah kerana kurniakan sahabat seperti mereka...

Kawan-kawan sekolah menengah... dari kiri Mira dan anaknya, Fizah, saya, Akmarina dan Najihah. Akmarina kawan dari sekolah menengah sampai la UIA..sekuliah pulak tu...Najihah pula kawan dari sekolah rendah, sekolah menengah dan UIA...

Ni lah serba sedikit gambar-gambar semasa majlis pernikahan saya.. next saya updatekan gambar-gambar masa majlis walimah Perlis dan Kedah pulak ye...

Thank you for reading this entry =)

Saturday, May 25, 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Hmmm...dah lama benor  tak update blog...yeah...lately memang busy...weekend ni je yang terasa aman damai berada di rumah di Taman Setia Tropika JB...kalo x every weekend mesti busy...huhu

Alhamdulillah....status saya telah bertukar tanggal 17 May 2013 jam 9.45 malam...dengan sekali lafaz...saya telah sah bergelar isteri kepada encik suami, Mohd Sanirol Saad...syukur alhamdulillah...semoga masjid yang terbina diberkati Yang Maha Esa dan sentiasa dilimpahkan rahmat daripada-Nya...


Seriously penat nak menguruskan majlis pernikahan dan walimah ni disebabkan saya masih bekerja di Johor sedangkan majlis akad nikah dan kenduri dilangsungkan di kampung halaman terchenta Perlis...cuti untuk walimah saya pd bulan Mei pula terpaksa disingkatkan kerana majlis di pihak lelaki pula pada bulan Jun..majlis resepsi saya 18 Mei..3 hari kemudian saya dah berada di Johor bekerja seperti biasa...huiii...memang penat...so bulan Jun ni ambil cuti lagi...nak kena simpan cuti untuk raya juga...hmmm..honeymoon terpaksa KIV dulu..

sejak mula bekerja, every month saya akan berulang alik dari JB ke Perlis utk melakukan persiapan...dari mencari butik pengantin yang sesuai...dengan nak mencari barang2 hantaran...barang2 untuk goodies...catering dan macam2 lagi lah...alhamdulillah rasa sangat lega setelah majlis selamat dilangsungkan...sebenarnya majlis ini takkan berjaya tanpa pertolongan drp family saya sendiri...terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada mak dan ayah yang bersusah payah nak siapkan persiapan perkahwinan saya...kakngah dan abang mat yang paling banyak membantu...abang buzar dan kakros yang menyumbangkan tenaga...saudara mara...sepupu sepapat dan jiran tetangga yang berhempas pulas membantu keluarga saya menyempurnakan majlis...hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian...


Penat traveling from JB to Kangar masih terasa menjelang majlis akad nikah saya...manakan tidak...dengan kesibukan melaksanakan tugas sebagai FYDO, saya hanya mampu mengambil cuti 2 hari sebelum tarikh akad nikah...sampai saja di rumah masih ada lagi saki baki persiapan yang perlu disempurnakan...ke hulu ke hilir ada saja barang yang masih perlu dibeli...2 hari berturut2 sebelum akad nikah saya, mak dan ayah tido dekat pukul 4 pagi... mengemas itu ini...

my parents and I lepas majlis akad nikah...

Menjelang detik akad nikah...perasaan memang bercampur baur...antara sedih dan gembira...gembira kerana satu lagi masjid bakal terbina...gembira sebab satu lagi ibadah bakal terlaksana...gembira sebab bakal menghalalkan suatu hubungan yang sebelum ini terlarang...gembira sebab bakal menghubungkan silaturrahim antara 2 keluaga tapi dalam masa yang sama perasaan sedih dan sebak juga terasa...sebak kerana selama 25 tahun dibenarkan bernafas di bumi Allah ni, tanggungjawabku tertumpu kepada mak ayah dan keluarga...tapi seusai saja sahnya akad, maka tanggungjawabku kini tertumpu kepada suami...segala dosa pahalaku di bawah tanggungjawab suami...kalau sebelum ni keredhaan Allah terletak pada keredhaan mak dan ayah tapi kini keredhaan-Nya terletak pada keredhaan suami, selagi mana tidak melanggar batas2 agama...semoga Allah memberikan saya kekuatan dan kelancaran untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri...

Majlis resepsi pula selamat berlangsung pada 18 Mei 2013. Alhamdulillah ramai yang hadir... Terharu sebab dapat jumpa kawan2 lama dari sekolah rendah..SK Paya, sekolah menengah SMK Agama (P) dan kawan2 UIA...thanks semua kerana hadir memeriahkan majlis..



Buat encik suami...
selamat berkenalan dengan lebih mendalam...semoga ikatan pernikahan yang kita bina sentiasa dirahmati Allah, dilimpahkan rahmah dan kasih sayang-Nya ...jom berchenta sampai syurga =)



ps...
- selepas berkahwin terpaksa hidup PJJ sementara menunggu peluang untuk pertukaran posting...=(

Next saya updatekan detik-detik perkenalan saya dan husband...

Thanks for reading this entry =)

Monday, April 8, 2013

wah...dah bersawang

Assalamualaikum...

Masha Allah...lama benar tak update blog..dah bersawang2 dah...nak kata busy...xda la busy sgt...ada ja masa free...tp maybe xda benda best nak diceritakan...hari-hari benda yang sama ja dilalui...hehe

alhamdulillah...dah dua posting berjaya dilalui. posting Oral Surgery (OS) selama 3 bulan (26November 2012 - 25Februari 2013) banyak mengajar erti berani dan jiwa kental..tu pun rasanya belum cukup 3 bulan OS untuk menimba pengalaman dlm OS. macam-macam kes jumpa. mostly motor vehicle accident(MVA). alhamdulillah...rasanya ada hikmahnya saya ditempatkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSA JB)...tempat paling lebat kes MVA di JB. penat memang penat..tp berbaloi penat mcm tu bila banyak new experience berjaya dikutip..malah rasa bahagia dapat membantu pesakit2 yang datang. masih saya ingat minggu pertama di OS...hari2 balik menunggu masuk waktu Isyak. usai ja solat Isyak terus pengsan.. kadang2 tertido di sofa selepas makan malam sementara menunggu Isyak. namun itu cuma minggu-minggu terawal. setelah hampir 3 minggu di OS baru lah saya dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja di OS HSA.

di OS lah saya belajar memasang arch bar. Arch bar adalah kepingan besi yang dipasang pada rahang atas dan bawah, diikat pada celah2 gigi bila adanya kepatahan tulang muka. tujuan pemasangan arch bar ni adalah untuk memegang bahagian tulang muka yang patah supaya berada pada kedudukan asal sementara menunggu proses penyembuhan tulang tersebut. biasanya kalau patah kaki or tangan kita akan simen kan? tp kalau patah tulang muka Dr gigi tidak akan simen, sebaliknya menggunakan arch bar. arch bar ni tidaklah susah dipasang sekiranya patient yang datang mempunyai kebersihan mulut yang baik (tiada karang2 gigi). tetapi selalunya patient yang datang kebanyakannya oral hygiene tidak memuaskan. malah siap berbau arak lagi. (yelah, sebab mabuk lah sebab tu accident)

arch bar with elastic. elastic ni pasang untuk pastikan occlusion gigi atas dan bawah stable.

di OS lah saya belajar berhati kering untuk membantu pesakit. kes yang datang majoritinya pecah2 muka...terkoyak2 mulut.. berdarah sana sini.. mulanya memang saya takut2 bila berhadapan kes2 sebegini.. namun setelah beberapa lama saya mula berani dengan niat cuma satu : nak bantu pesakit. insyaAllah Allah akan permudahkan.

di OS juga saya belajar teknik menjahit luka (toilet and suturing).bilamana luka di muka through and through (dalam dan luar), teknik layering digunakan. nak menjahit luka ni memerlukan kesabaran yang tinggi. xbleh nak jahit sesuka hati sesedap rasa ja. kena pastikan ruang antara jahitan tidak terlalu jauh supaya tiada peluang untuk jangkitan kuman berlaku. perlu juga pastikan jahitan tidak terlalu ketat supaya scar yang akan berlaku tidak nampak distorted. pesakit juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan tempat jahitan untuk mengelakkan jangkitan. kat OS juga saya telah mula tagging oncall selama seminggu dan oncall juga selama seminggu. alhamdulillah...semasa oncall weekdays saya tidak terlalu penat. kes cuma 1-2 kes sahaja setiap hari. namun semasa weekend kes oncall agak lebat. alhamdulillah saya berjaya mengharunginya. selepas ni oncall cuma 3-4 hari sahaja. (first time oncall ja seminggu)


ni serpihan kaca yang berjaya dikeluarkan dari mulut patient. bayangkan patient ni MVA (windscreen injury) cermin depan lori yang dipandunya pecah dan terkena muka. kaca2 ni melekat di dalam pipinya hingga ke pangkal hidung. patient xsedar ada kaca dalam mulutnya (siap boleh makan dan minum plak tu) hinggalah kami (fydo) datang ke ward masa oncall nak buat toilet and suture.

di OS juga saya berpeluang mengikuti operation theatre (OT) yang diadakan setiap selasa. kami fydo akan bergilir2 untuk masuk OT. saya berpeluang untuk scrub and assist beberapa kes ORIF (Open Reduction and Internal Fixation) dan Carcinoma.


ni kes squamous cell carcinoma of maxilla yang berjaya dikeluarkan semasa OT.

kemudian posting kedua saya adalah Oral Medicine Oral Pathology (OMOP) selama sebulan (26 Februari 2013- 25 Mac 2013) di Hospital Sultan Ismail (HSI). agak cultural shock sebabnya di OS HSA saya hari- hari sangat busy ngan patient. bukan hanya kes2 OS. sebelah petangnya kes appointment yang mana pesakit root canal treatment (RCT) dan tampalan juga kami uruskan. sebaliknya di OMOP HSI patient yang datang kadang2 2-3 orang sahaja untuk 1 hari. hehe.. hari pertama saya di OMOP memang saya tidak tahu nak buat apa.. macam kucing nak beranak pun ada ke hulu ke hilir. hinggakan Kak Yam (DSA di OMOP) pun tegur " kesian Dr...dah biasa ramai patient tetiba datang sini xda patient.." hehe..ya benar. itu yang berlaku. hoho...tp tidak pada minggu seterusnya. actually semasa minggu pertama saya di OMOP, specialist OMOP Dr Hans berkursus. so memang xbanyak appointment yang ditetapkan. masuk minggu kedua saya di OMOP, Dr Hans dah balik.. maka masak lah kitorang (saya dan sorang lagi fydo). everyday akan ada sesi soal jawab bersama Dr Hans. and assignment akan diberikan sekiranya kami tidak dapat menjawab. hehe...mulanya agak stress. tp lama kelamaan saya dapat rasa ini banyak membantu saya recall balik apa yang telah dipelajari masa di uni dulu.

semasa di OMOP HSI, saya tidak hanya didedahkan semata-mata dengan oral medicine and oral pathology., kadangkala staff di OS HSI tidak mengcukupi (OS dan OMOP sebelah menyebelah je), so kdg2 ada lah jugak saya membantu di OS. Specialist di OS HSI juga mewujudkan Journal Club pada setiap hari Rabu, di mana journal akan diberikan sehari sebelum hari perbincangan. semasa di journal club lah kita akan dilatih untuk melihat dan menganalisis sesuatu journal itu secara kritikal (critical analysis)

boleh disimpulkan di HSI banyak dari segi teori yang ditekankan...manakala di HSA banyak dari segi praktikal dititikberatkan. overall kedua-duanya saling melengkapi. alhamdulillah =)

currently saya sedang berposting Pediatric Dentistry di HSA selama sebulan bermula pada 26 Mac 2013 yang lalu. Baru 4 hari saya di paeds, tetiba pula saya terkena chicken pox. huhu...masa kecik2 dulu xpernah kena. agaknya ada lah tu terkena jangkitan dari mana2 budak2 yg datang ke klinik..masa berMC lah saya selama seminggu di Perlis. huhu..ari ni hari terakhir saya MC. sok saya akan memulakan semula tugas saya selepas seminggu bermanja ngan mak di umah.. hehe..biasalah.. sakit2 macam ni manja lebih sket ngan mak..dah lah duk jauh nun di selatan kan..hehe..semoga Allah permudahkan urusan saya untuk meneruskan tugas saya insyaAllah..