24 years of living =)
Alhamdullillah...syukur kepadaNya, kerana masih lagi diri ini diberi peluang untuk bernafas di bumiNya..
Ya Rabb, syukur padaMu, kerana selama 24 tahun aku hidup di bumiMu, terlalu banyak nikmat yang Kau kurniakan...terima kasih kerana selama ini sentiasa mendengar doa-doaku, memakbulkan doa-doaku, mendengar keluhan2 hambaMu ini, menenangkan jiwaku, dan menjawab segala permintaan-permintaanku dengan caraMu yang tersendiri...ya Allah, terima kasih kerana melahirkan aku sebagai seorang Islam, kerana dengannya aku dapat mengenalMu, ya Allah, ampuni aku kerana aku masih belum menjadi hambaMu yang sempurna...terlalu banyak dosa2ku jika dibandingkan dengan nikmat dan kasih sayangMu...terima kasih kerana mengurniakan aku seorang mak yang sangat menyayangiku, ayah yang sentiasa mengambil berat akanku, dan adik beradik yang sentiasa menyokongku... terima kasih atas segala ujian dan dugaan dariMu, kerana hanya dengan ujian2 aku belajar untuk lebih dewasa dan mendekatiMu...kerana aku tahu, ujian itu tanda perhatian dan kasih sayangMu, dan sebagai kifarah atas dosa-dosaku...
Mak, mintak maaf kalo selama 24 tahun adik jadi anak mak, banyak hak2 yang adik x laksanakan sebagai anak... terima kasih mak, yang 24 tahun lalu bertarung nyawa nak melahirkan adik, yet adik kadang2 masih degil n suka sakat mak...hehe...mak, adik tau mak selalu marah adik sebab adik degil, sebab mak sayang adik, xmau adik susah kemudian hari...mak, adik tau adik kadang2 degil, tp mak tau x, dalam diam sebenaqnya adik tau ada benarnya apa yang mak cakap, n siapa adik sekarang adalah hasil didikan mak...terima kasih mak...
Ayah, terima kasih sebab selama 24 tahun adik jadi anak ayah, ayah selalu melengkapkan segala keperluan adik...adik tau dulu kecik2 adik suka bazirkan duit ayah...mintak beli itu ini, tp ayah selalu x pernah hampakan adik...adik tau ayah selalu risau pasal anak2 ayah, tp ayah selalu tunjuk cool ja depan anak2 ayah...mintak maaf ayah, sebab selalu buat ayah risau selama 24 tahun ni...terima kasih ayah, sebab berikan didikan agama untuk adik...ayah ajar adik untuk selalu ingat Dia...selama ni kalau adik sedih n risau adik selalu cari someone to turn to...n selalunya adik mesti kacau mak n ayah..hehe...tp ayah ajar adik, sebaik2 pengharapan adalah pada Dia, bukan pada manusia...manusia hanya dapat mendengar dan memberi nasihat, tp Dia lah yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan Maha Memakbulkan doa...terima kasih ayah...
terima kasih juga pada kawan2 yang mendoakan kejayaanku di dunia dan akhirat...semoga kita semua dilimpahi dengan rahmat dan kasih sayangNya, dan semoga kita terus kuat untuk istiqamah berusaha menjadi hambaNya yang terbaik... =)
wassalam...
0 comments:
Post a Comment