Saturday, December 24, 2011

silent saturday

Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.

Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya

"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)

Friday, December 9, 2011

surat untuk dia

- found this quotes from a friend of mine -
"Aku tak mampu untuk mencarimu buat detik ini kerana keutamaan aku sekarang bukan kamu. Dan aku belum bersedia untuk bertemu denganmu. Hadirlah ketika aku sudah tidak dihantui rasa serba salah untuk menemuimu. Jangan hadir sekarang, saat perasaan masih dilambung ombak rawan kerana tak mampu menguruskan keutamaan dalam hidup.

Everyday,
I fight back the urge to text you or call you,
telling myself that if you wanted to talk to me, you would."

Saturday, December 3, 2011

penat

penat

speechless

heartless

tak tau apa yang kau kejar

oh lupa

kau memang selalu blur

Wednesday, November 30, 2011

Sunday, November 20, 2011

Friday, November 18, 2011

pudar

2, 3 tapak lagi

tapi macam jauh je aku rasa

mampu kah aku

masa depan tampak suram

akan adakah untuk aku?

tolong...

rasa semangat makin hilang

angan-angan makin pudar

kosong

sepi

kosong

sunyi

suramnya jalan di hadapan

akan adakah esok untuk aku?

atau

aku memang ditakdirkan begini?

sigh~~

Saturday, November 12, 2011

exam week

assalamualaikum...

hehe...da lama xupdate...biasa la...time2 kene study ni baru ade mood ngan menconteng kat blog ni...next week da start endblock exam 1...cam biasa, last minute study masa weekend je...ari laen sibuk...(or buat2 sibuk..hehe)...alhamdulillah...semalam last treatment perio untuk sorang patient for periodontitis ni...masuk blog 2 nanti bleh proceed ngan cons n crowning...hopefully...Ya Allah...permudahkan lah...crown satu pe pon xstart lagi...pulpotomy pon xjumpe case lg...harapnye junior sorang tu sanggup la nak dermakan satu/dua case...

btw...next week punye timetable for exam agakla penat...da la semalam dgn jayanya tido dekat 9 jam...study baru sket...cam baby tua plak tido lelama...hari ni kene struggle study plak...huhu..

~Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami...bukakanlah pintu hati kami untuk menerima ilmu....Tuhan, berikanlah kami ketenangan dan kecerdasan akal fikiran untuk terus berjuang dalam medan ilmu ini...amin...~

Saturday, October 22, 2011

Tuesday, October 18, 2011

bila aku menjauh

bila aku menjauh.
bukan bermaksud aku marah.
bukan bermaksud aku benci.
bila aku menjauh.
aku dapat tenangkan hati.
bila aku menjauh.
dapat meditasi diri.
bila aku menjauh.
tak perlu kau cari - cari.
kalau kau yakin pada hati.
aku tak akan lari.
tapi
bila kita jauh, perlu berhati - hati.
ada sesuatu yang pasti.
percaya mula kurang, nafsu mula menguasai.
perlu bijak kawal diri.


kalau aku jauh. ada sesuatu yang aku cari.
keyakinan hati.

credit to : si buta huruf

Aku percaya naluri hati, kerana itu kekuatan kami. Kaum Hawa yang sensitif di hati.

Bila Dia Menjauh, Bila Dia Mengelak


Kadang – kadang,
Bila dia menolak,
Bila dia menjauh,
Bila dia mengelak,


Bukan sebab dia membenci kamu…
Bukan kerana kamu seorang yang bertepuk sebelah tangan…
Bukan kerana cuma kamu seorang yang merasakan segala rasa itu…


Tetapi kerana dia tahu,
Dan kerana dia sedar,
Ini bukan caranya,
Ini bukan masanya,
Walaupun dia punya rasa yang sama.

Dia melakukan itu,
Kerana tak mahu ‘merosakkan’ kamu….
Kerana tak mahu kamu terfitnah oleh dirinya…
Fahamilah dia,
Dan maafkan dia.
credit to : Paradigma Mukmin

Sunday, October 9, 2011

Saturday, October 8, 2011

entri yang tak seberapa

dah lama rasanya x update blog...busy je memanjang...nak cakap fon ngan mak ayah pon dah kurang...huhu...ari2 pk patient je...alhamdulillah, td bersembang lame ngan mak...dekat 1 jam bercerita itu ini...

alhamdulillah...segalanya Allah permudahkan...siapa la aku kalo tiada Dia...Dia Maha Teliti....kekadang kecewa sebab bila patient yang datang tu bukan yang kita harapkan...tetapi digantiNya dengan yang laen....Ya Tuhan, sesungguhnya aku benar2 berserah padaMu....aku hanya mampu berusaha sedaya termampu...terima kasih atas segalanya....

tika diri ini lemah diasak ujian dan tekanan...ku mohon Kau tunjukkan jalan...jangan pernah biarkan aku keseorangan...amin

this week agak hectic...especially last thursday..dari pagi, petang n sampai malam klinik...aku dah niat nak puasa khamis tu, so teruskan je lah...sangat penat...tp rasa puas...sebab aku rasa cam make full use of my time...daripada nak pk bukan2...hehe

jumaat dah free...siket la...sebab xde clinic siang...bila mula malam, start la buat keje yang menimbun2 tu...huhu...

banyak wooo keje dis week...memang xleh kuar mane...gipun kakzizah xde, g convest...hari ini sabtu seharian wat keje je dari pagi sampai malam....tp bile da masuk petang tu otak da jammed...mula la cari alternatif...haha..sejak2 ade modem ni, laju je aku main internet...download itu ini...sampai capacity da tinggal 1/3, padahal baru pakai seminggu...gile x gile...di sebabkan gile tengok SPSS jugak la aku lari blogging jap...n giler jap mencari template yang cantek2...btw..cantek x template baru ni? huuuuu...penat doo cari template yang betul2 puas ati...yang laen cam dull je...hehe

ok..got to go...dah bape jam da aku ngadap blog je dari td...xde la nak cite ape sangat pon...tp rasa sangat teruja untuk mencari template...memang kapla aku biol sket ari ni...huhu...

Friday, September 9, 2011

Thursday, September 8, 2011

Saturday, September 3, 2011

ramadhan yang berlalu

assalamualaikum...

dah hampir seminggu raya...cuti pon dah nak habes...sok pg2 lagi dah nak kene bertolak ke kuantan...takot jammed..alhamdulillah...target untuk cuti >< 3weeks ni dah berjaya aku tunaikan...sepanjang 2 minggu berpuasa di rumah...dapat la jugak buat 2,3 jenis kuih raya...hazelnut, ice cream n crunchie almond...tart nenas mak buat...yang laen tunjuk2 je,,,sambil2 membaby sit kan si kecik 2 orang tu...huhu...malam raya sempat lg wat muffin coklat n muffin butter...sepanjang puasa juga alhamdulillah hampir penuh solat taraweh...wp ade jugak kalo xsalah 2,3 malam termiss sebab tertido...hehe...rasa seronok sebab dapat bantu mak tolong siapkan rumah, kuih raya, pilihkan baju raya untuk mak n ayah (bukan aku belanja la...baju raya kitorang kakngah belanja..hehe)...

sepanjang cuti jugak, sempat la jugak tengok2 nota study gp hari tu, tp xsempat habis sumer pon...literature review for OVD pon dah habes rephrased, cuma nak cek ngan assha je...then literature review for fasting...yang ni xsure sempat g x nak join, so ak just summarize je, x rephrase pon lagi...bile confirm kene join baru ak rephrased nanti...then notes yg melompong2 dalam folder tu pon dah sempat ak siapkan, tinggal nak print n binding bile balik kuantan nanti...huhu....borang research prof bazirgan pon dah diisi...alhamdulillah,,,

hari raya pulak alhamdulillah, dpat jumpa sedara mara...seronok sebab lama xjumpa...sebelum2 ni, cuti raya kejap sangat...xsempat pon nak beraya ngan sumer orang...sempat jugak snap gambar ngan family tersayang...


rasa bersyukur sangat dengan kesempatan yang ada ni...namun dalam masa yang sama, sedih jugak ramadhan yang berkat telah berlalu...Ya Allah...semoga amalan2 kami di terima olehMu....dan temukanlah kami dengan Ramadhan akan datang...amin~~

bermulanya hari isnin, 5 sept 2011, maka officially aku melangkah ke final year...dentistry IIUM...ya Rabbi, risaunya hanya Dia yang tahu,,,ak xleh maen2 lagi dah....clinical n theory harus seiring...ditambah dengan research n dugaan nak melawan penat...ya Allah...berikan kami kekuatan...agar dapat kami tempuhi semua dugaan...Ya Allah...jgn Kau biarkan kami tenggelam dalam putus asa...murahkan rezeki kami...berikan kami semangat yang x pernah padam dalam mencapai kejayaan, walau berkali2 kami terjatuh....

jadual for 2weeks da kuar...adoi...packed nye lah hai....Rabbi yassir wa la tu'assir...amin ya rabb...





Monday, August 29, 2011

Friday, August 26, 2011

nice to read

Don’t worry if you’re single.
God’s looking at you right now, saying,
“I’m saving this girl for someone special

CUKUPLAH SEKADAR AKU MENCINTAI DALAM DIAM



Catatan dan penulisan ini bukan kerana nama,
Nama tidak menjamin Redha Rabbuna.
Penulisan ini bukan kerana harta,
Lagilah harta tidak menjamin ke syurga.
Bukan juga kerana terpaksa,
Memaksa itu bukan sifatnya Habibullah.
Ini bukan kerana sesiapa,
Kerana sesiapa bukan ghoyah utama.
Penulisan ini hanyalah kerana Allah,
Kerana RedhaNya adalah kunci kejayaan dunia,
Gerbang menuju Jannah ..




Kalau kita sukakan seseorang,
jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya
Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..
Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )





Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.
Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu

Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup

Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga

Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan

Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )




Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri

Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya
"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."
(Umar Bin Khattab ra)


If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way




“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” 
(HR. Al-Hakim)
ihsan : Allah Seeker

Saturday, August 13, 2011

bersyukurlah dengan kurniaan-Nya


Abu Hazim Salamah bin Dinar berkata, Bagiku, dunia terbagi menjadi dua. Satu untukku dan satu lagi untuk orang lain, yang menjadi bagianku seandainya aku mencarinya sebelum waktunya meskipun dengan memeras keringat, hal itu tidak akan pernah kudapatkan. Adapun bagian orang lain yang bukan bagianku, sampai kapanpun tidak akan pernah aku miliki.

Bagian rezekiku tidak akan pernah diberikan kepada orang lain, begitupun bagian rezeki untuk orang lain tidak akan pernah kunikmati. Akankah untuk dua hal itu aku menghabiskan umurku ?


Abu Utsman Al-Haira berkata, Wahai Hamba Allah, mengapa hatimu lelah, hingga kamu berselisih dengan saudaramu serta saling bermusuhan hanya karena ingin meraih pangkat dan kedudukan. Mengapa kamu tega menukarkan kebaikan dirimu sendiri dengan iri dengki terhadap orang  yang berada di atasmu, seakan-akan kamu tidak beriman dengan pengabaran Allah bahwa Dia-lah yang mengangkat dan menurunkan derajat seseorang yang dikehendaki-Nya dan DIa pulalah yang memberi dan mencabut kekuasaan dari seseorang. Oleh karena itu, manfaatkanlah ilmumu sesuai profesimu, perbaguslah dalam mencari rezeki. Tinggalkan segala hal yang haram dan syubhat karena sebuah jiwa tidak akan pernah mati sebelum rezeki dan bagiannya terpenuhi. Jika seorang hamba lari dari rezekinya, ia tetap akan menemuinya. Seperti halnya jika ia lari dari kematian, ia tetap akan menemuinya juga. Keyakinan terhadap rezeki tidak membuat pelakunya berhenti mencarinya di dunia ini. Prinsip mereka adalah ridha saat rezeki sedikit dan zuhud saat rezeki melimpah. Hal tersebut sesuai dengan Sunnah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Mereka semua adalah imam-imam yang bertawakal dan zuhud. Mereka merasa tenang dengan rezekinya sendiri dan tidak tertarik dengan rezeki orang lain.



Hatim Al-Asham pun pernah ditanya, Bagaimana kamu bisa bertawakal ? Ia menjawab, saya memiliki empat pondasi agar bisa tawakal yaitu :
Pertama, aku tahu bahwa rezekiku tidak akan diambil orang lain, maka aku tidak terlalu sibuk memikirkannya.
Kedua, aku tahu bahwa amalku tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibuk mengerjakan amalku sendiri.
Ketiga, aku tahu bahwa kematian pasti akan datang kapan saja, maka aku mempersiapkannya dari sekarang.
Keempat, aku tahu bahwa penglihatan Allah selalu mengawasiku, maka aku malu untuk berbuat maksiat. (Al-Jami' Li Syu'abi Al-Iman)

Sunday, August 7, 2011

tentang sedekah

"Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah dan mulai dengan mereka yang menjadi tanggunganmu. Sebaik-baik sedekah ialah ketika berada dalam keadaan mencukupi (segala keperluan). Siapa memohon dipelihara (untuk tidak meminta-minta), maka Allah akan memeliharanya. Siapa yang bermohon dicukupkan (segala keperluan), maka Allah akan mencukupkan kehidupannya." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya." H.R. Muslim

"Hendaklah setiap orang Islam itu bersedekah, jika ia tidak dapat berbuat demikian , maka hendaklah ia berusaha sendiri yang dapat memberi faedah kepada dirinya sendiri dan dengan yang demikian ia dapat bersedekah, jika ia tidak sanggup, maka hendaklah ia menolong orang yang susah yang memerlukan bantuan, jika sekiranya ia dapat berbuat demikian, maka hendakah ia menyuruh orang lain mengerjakan kebaikan, jika ia tidak dapat berbuat demikian juga, maka hendaklah menahan dirinya daripada melakukan kejahatan, kerana yang demikian itu adalah dianggap sedekah." H.R. Ahmad.

Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar! [Al-Hadiid 57:11]

Semoga Allah menjauhkan kita daripada sifat sombong dan merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Kerana "ana khoirun minhu" (aku lebih baik dari dia) - surah al-A'raf:12, iblis dihina oleh Allah dan dikeluarkan dari syurga..

teguran dariNya....

Masya Allah...teguranMu lebih terkesan di jiwaku...

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar." (An-Nahl : 126)
Geram...marah...rebell...nak balas balik...kecik hati...sume memang ada di hati kala itu...namun xsangka...teguran dariNya benar2 buat aku terkaku...sesungguhnya sabar tu sifat yg mulia di sisiNya....daripada aku mencari kesalahan orang laen...salah sendiri elok dibetulkan....biarlah ape orang buat pada kita...sabar dan berserahlah padaNya...andai hati x tenang...damaikan dengan ayat2 cintaNya....

Wednesday, August 3, 2011

Ya Allah...berikan aku ketenangan...


Pernah tak nampak signboard macam ni, "Ketenangan ada dijual disini, dapatkan segera!" Atau iklan macam ni, "Ketenangan untuk dijual" ataupun bila buat carian di mudah.com, jumpa "Untuk dijual: Ketenangan". Pernah tak kita jumpa? Erm... saya yakin, belum pernah ada ketenangan terjual di mana-mana.
Penting ke ketenangan ni?
Pernah sesekali atau kerapkali mungkin, dalam hidup ini kita diuji dengan dugaan yang kita rasakan sangat berat, hingga kita jatuh terduduk, tergamam, terpana. Terasa jiwa yang tenang mula berombak, fikiran yang lapang terasa sesak. Dunia yang semalamnya cerah, hari ini terasa gelap gelita, tiada cahaya, tiada apa-apa. Kita teraba-raba, mencari tangan-tangan untuk berpaut, mencari bahu-bahu untuk bersandar, mencari dinginnya embun nasihat buat menyejukkan hati, saljunya madah kata pemujuk jiwa yang bisa mengembalikan kelamnya hidup kita. Kita tercari-cari mana pasangan, anak-anak, sahabat-sahabat kita. Adakah ketenangan ada bersama mereka?
Namun, kita rasa hampa kerana tiada tangan yang datang menghulur, tiada bahu yang datang mendekat, tiada curahan kata, tiada madah pujangga, tiada apa-apa. Sedang hati kita semakin terjerut kehibaan, mengenang dugaan yang semakin memberat, sedang jalan keluar seakan tidak kelihatan, kita seolah-olah tersesat di hutan belantara, di malam kelam yang tiada bintang, tiada juga bulan penunjuk haluan.
Mungkin juga sesekali, seolah kedengaran sayup-sayup bantuan yang datang, ada insan-insan yang cuba menghulurkan pertolongan. Namun, suami, isteri, anak-anak, sahabat, saudara, juga tidak dapat meminjamkan ketenangan itu kepada kita. Entah mengapa, semuanya bagai tak kena. Masalah yang menimpa tidak juga menampakkan penyelesaiannya, sedang insan di sekeliling kita tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kita. Kita keseorangan, sendirian, dalam kegelapan, kebuntuan...
Sungguh, kita terasa ingin lari jauh. Jauh kemana-mana saja, asalkan kita terlepas dari belenggu yang menyesakkan fikiran ini. Kita mahu mencari sesuatu... "Ya Allah, berikan aku ketenangan". Ya, tiada apa yang lebih kita inginkan, tiada lain yang kita perlukan saat ini, melainkan ketenangan. Kita ingin Allah pinjamkan kita ketenangan, biarpun seketika, biarpun hanya sedetik cuma.
Kita cuba memujuk hati yang walang, cuba mencari ketenangan yang diimpikan. Pergi bercuti untuk menenangkan fikiran, window shopping, keluar berhibur dengan rakan-rakan. Bermacam-macam cara kita mencuba, namun gundah jiwa kita masih tidak berkurang, dugaan yang menimpa tidak juga surut, malah makin menyesakkan fikiran.
Kita mencari-cari dimana kita bisa mendapatkan ketenangan itu. Andai ia terjual di mana-mana, ya! dalam saat ini kita rela berikan segalanya untuk sebuah ketenangan. Andai apa jua syaratnya, kita pasti mahu memenuhinya, asal saja kita mendapat ketenangan itu. Andai ada manusia yang menyimpan ketenangan itu, akan kita cari dia walau di puncak mana dia berada. Semuanya demi ketenangan, kita umpama pengembara yang kehabisan bekalan air, di padang pasir yang panas terik. Walau segunung permata yang kita miliki pada saat itu, tidak berguna, kerana yang kita perlukan adalah air dan sekiranya ada yang mahu menukarkan segelas air dengan permata yang kita miliki, maka kita sanggup?
Sungguh, ketenangan ini adalah satu anugerah yang sangat istimewa. Kerana ia tidak dimiliki oleh sesiapa, melainkan Allah S.W.T. Manusia tidak dapat memberikan ketenangan, harta bertimbun bukan syarat memiliki ketenangan, paras rupa bukan juga tukaran ketenangan, keluarga dan sahabat bukan jaminan, kerana di sinilah terletaknya Keadilan dan Keagungan Allah S.W.T.
Andai saja ketenangan itu mampu dibeli oleh si kaya, maka bagaimana dengan mereka yang miskin? Kalau ketenangan itu syaratnya kecantikan rupa paras, maka bagaimana dengan si hodoh? Sekiranya ketenangan itu pada pangkat yang tinggi, bagaimana pula dengan si hamba? Andai ketenangan itu pada kaum kerabat dan keluarga, bagaimana dengan si yatim piatu yang tidak punya sesiapa? Maha Adilnya Allah S.W.T.
Indahnya, Allah meletakkan ketenangan pada hati-hati yang dekat dengan-Nya, firman-Nya:
'Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana' [Al Fath: 4]
Ya, pastinya segala sesuatu di atas dunia ini ada harganya, begitu juga dengan ketenangan. Harganya bukan tukaran wang mahupun harta, namun adalah keimanan kepada pemiliknya ketenangan. Mana mungkin kita mendapat ketenangan, kalau pemiliknya kita dustakan! Lalu bila hatimu dipagut resah, jiwamu hilang arah, hatimu dirundung gundah, maka mendekatlah kamu kembali kepada Allah! Mintalah kepada-Nya. Hanya Dia. Hanya Dia yang mampu menurunkan ketenangan itu ke dalam hatimu. Dialah saja yang berkuasa mendamaikan hatimu, sedamai sungai mengalir tenang, sedingin salju menyejukkan perasaan, sebening awan berarak perlahan. Itulah yang ditunggu-tunggu, bagi pemilik jiwa yang kegundahan.
Lantas, yakinlah kita bahawa tiada sesiapa, tiada apa-apa yang mampu menghadiahkan ketenangan itu, melainkan Allah S.W.T. Namun tidakkah kita malu, di saat kita perlukan sesuatu, kita mencari-cari Allah, namun saat kita telah memperolehi apa yang kita mahu, kita lupa! Kita lupa kepada-Nya. Allahu Rabbi, di manakah tempatnya Allah di hati kita? Mungkinkah ini sebabnya Allah menarik seketika ketenangan dalam jiwa kita, kerana kita telah jauh daripada-Nya, kita lupa kepada-Nya!
Ayuh, sama-sama kita renungi. Andainya ada ketenangan di hati kita saat ini, maka bersyukur dan ingatlah selalu kepada-Nya. Namun sekiranya ketenangan itu diambil seketika oleh-Nya, maka kembalilah bersegera membawa hati kita kepada-Nya.
Dia sedang menunggumu,Dia sedia menyambutmu,Tunjukkan pada-Nya hatimu yang terluka,Adukan pada-Nya betapa kau kecewa,Kisahkan pada-Nya betapa kau hiba,Pasti kau takkan kecewa kerana Dia sungguh kasih kepadamu,Walaupun hari-hari yang lalu kau pernah dan seringkali melupakan-Nya.
Namun, hari ini pabila kau datang pada-Nya, Dia akan berlari mendapatkanmu. Namun, ingatlah! Jangan pernah lupa kepada-Nya bila telah Dia berikan ketenangan lalu membebaskanmu dari belenggu kesukaran! Bukankah Dia terlebih dahulu memujuk kita hamba-Nya dengan firman-Nya:
'(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram' [Ar-Ra'd: 28]