Saturday, May 25, 2013

Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Hmmm...dah lama benor  tak update blog...yeah...lately memang busy...weekend ni je yang terasa aman damai berada di rumah di Taman Setia Tropika JB...kalo x every weekend mesti busy...huhu

Alhamdulillah....status saya telah bertukar tanggal 17 May 2013 jam 9.45 malam...dengan sekali lafaz...saya telah sah bergelar isteri kepada encik suami, Mohd Sanirol Saad...syukur alhamdulillah...semoga masjid yang terbina diberkati Yang Maha Esa dan sentiasa dilimpahkan rahmat daripada-Nya...


Seriously penat nak menguruskan majlis pernikahan dan walimah ni disebabkan saya masih bekerja di Johor sedangkan majlis akad nikah dan kenduri dilangsungkan di kampung halaman terchenta Perlis...cuti untuk walimah saya pd bulan Mei pula terpaksa disingkatkan kerana majlis di pihak lelaki pula pada bulan Jun..majlis resepsi saya 18 Mei..3 hari kemudian saya dah berada di Johor bekerja seperti biasa...huiii...memang penat...so bulan Jun ni ambil cuti lagi...nak kena simpan cuti untuk raya juga...hmmm..honeymoon terpaksa KIV dulu..

sejak mula bekerja, every month saya akan berulang alik dari JB ke Perlis utk melakukan persiapan...dari mencari butik pengantin yang sesuai...dengan nak mencari barang2 hantaran...barang2 untuk goodies...catering dan macam2 lagi lah...alhamdulillah rasa sangat lega setelah majlis selamat dilangsungkan...sebenarnya majlis ini takkan berjaya tanpa pertolongan drp family saya sendiri...terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan pada mak dan ayah yang bersusah payah nak siapkan persiapan perkahwinan saya...kakngah dan abang mat yang paling banyak membantu...abang buzar dan kakros yang menyumbangkan tenaga...saudara mara...sepupu sepapat dan jiran tetangga yang berhempas pulas membantu keluarga saya menyempurnakan majlis...hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian...


Penat traveling from JB to Kangar masih terasa menjelang majlis akad nikah saya...manakan tidak...dengan kesibukan melaksanakan tugas sebagai FYDO, saya hanya mampu mengambil cuti 2 hari sebelum tarikh akad nikah...sampai saja di rumah masih ada lagi saki baki persiapan yang perlu disempurnakan...ke hulu ke hilir ada saja barang yang masih perlu dibeli...2 hari berturut2 sebelum akad nikah saya, mak dan ayah tido dekat pukul 4 pagi... mengemas itu ini...

my parents and I lepas majlis akad nikah...

Menjelang detik akad nikah...perasaan memang bercampur baur...antara sedih dan gembira...gembira kerana satu lagi masjid bakal terbina...gembira sebab satu lagi ibadah bakal terlaksana...gembira sebab bakal menghalalkan suatu hubungan yang sebelum ini terlarang...gembira sebab bakal menghubungkan silaturrahim antara 2 keluaga tapi dalam masa yang sama perasaan sedih dan sebak juga terasa...sebak kerana selama 25 tahun dibenarkan bernafas di bumi Allah ni, tanggungjawabku tertumpu kepada mak ayah dan keluarga...tapi seusai saja sahnya akad, maka tanggungjawabku kini tertumpu kepada suami...segala dosa pahalaku di bawah tanggungjawab suami...kalau sebelum ni keredhaan Allah terletak pada keredhaan mak dan ayah tapi kini keredhaan-Nya terletak pada keredhaan suami, selagi mana tidak melanggar batas2 agama...semoga Allah memberikan saya kekuatan dan kelancaran untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri...

Majlis resepsi pula selamat berlangsung pada 18 Mei 2013. Alhamdulillah ramai yang hadir... Terharu sebab dapat jumpa kawan2 lama dari sekolah rendah..SK Paya, sekolah menengah SMK Agama (P) dan kawan2 UIA...thanks semua kerana hadir memeriahkan majlis..



Buat encik suami...
selamat berkenalan dengan lebih mendalam...semoga ikatan pernikahan yang kita bina sentiasa dirahmati Allah, dilimpahkan rahmah dan kasih sayang-Nya ...jom berchenta sampai syurga =)



ps...
- selepas berkahwin terpaksa hidup PJJ sementara menunggu peluang untuk pertukaran posting...=(

Next saya updatekan detik-detik perkenalan saya dan husband...

Thanks for reading this entry =)